BEBERAPA HAL SUKAR

BEBERAPA HAL YANG SUKAR


1. Saranan agar tidak terlalu membazir pada hal hal nafsu materi (selalunya pakaian, keperluan harian, makanan dan layuran jualan murah). Bersederhana ikut mampu, tidak telan liur pada hal yang tidak mampu.


2. Cadangan agar teman jadi PEMAYUR demi sakit yang sedang dialami. Tidak mudah kerana masing masing ada kelemahan pada nafsu makan.


3. Prihal YMMV (your mileage may vary) pada apa sahaja bentuk dadah perubatan, kecantikan dan lain lain. Saranan pada remedi alami yang ditolak mentah. Kata kata harus datang dari mereka yang dikategorikan meletop rupa paras.


4. Jamuan pada hal hal Bawah Sedar (subconscious mind) tentang hantu jembalang dan mitos mitos dalam hidup. Ada orang terarah untuk kisah kisah horror, bomoh, santet, warisan dalam hidup.


5. Romantik yang keterlaluan (romantic freak). Kiranya muda kita akan mengerti – seronok dan mengasyikkan. Kiranya masih berlansung di usia emas, apa kisahnya?


6. Kemurungan yang diasiosasi dengan buatan orang. Padahal ia mampu dikawal sekiranya mendapatkan bantuan pakar perubatan. Masih tidak percaya pada imbangan kimia dan hormon dalam badan.


7. Latihan agar 'setuju untuk tidak bersetuju' dalam sebarang topik. Tambahan pula ada medsos, ia jadi semakin garang.


8. Kegemaran berhutang dan ghairah berkredit. Yang akhirnya dijadikan keluhan sewaktu berhimpun.


9. Ketakutan pada ilmu ilmu baharu (selalunya membabitkan teknologi)


10. Urusan urusan agar REDHA. Tidak dominan dalam perhubungan, faham akan sistem pemilikan yang tidak wujud dan seni melepaskan.


Kitapun tidaklah sesempurna mana, masih lagi dilingkungi kekhilafan hidup bila punat putarannya tiba. Namun, kalau mahu dirungutkan secara lewa ia tidaklah jadi masalah. Hasrat biarlah menuju pada 'Sejahtera Holistik'. Hati kecil sebaiknya mahu diberi peluang agar terlatih demi proses baik pulih, paling tidak jadi manusia yang lancar. Tidak terlalu bertumpu pada kekurangan diri, gagal mengasah potensi dalam diri. Pokoknya kita berpada pada meskipun tidak mahu buta buta mengaku kalah. 


Regina Ibrahim


310519








Comment