MEDSOS



TEKNOLOGI MODENNampaknya diam diam aku mula merindui zaman lalu tanpa medsos, teknologi menual yang polos. Lingkung medsos yang terlihat menyeronokkan juga sebenarnya menuntut tajam otak. Sewaktu anak remajaku mahu memiliki akaun mukabuku, aku bertanya apakah dia bersedia? Kerana ada imej yang harus dijaga, bukan imej aku tetapi dirinya.Dalam hidup sekiranya kita tidak menghakimi orang, kita tidak akan tercuit langsung kalau kita dihakimi orang atau perlu bimbang akan hujatan orang terhadap kita. Hati yang kering dituntut jika mahu memaparkan segalanya di dunia maya. Yang paling utama, harus berfikir apabila mahu membuat postingan, berkomentar atau memberi sebarang reaksi.




Segalanya bermula dari dalam diri sebenarnya, menurut nenek secara tradisional ada tiga kategori manusia dalam kehidupan.




a. Apa saja yang kamu lakukan dia akan tetap membencib. Apa saja gerak lakumu dia tidak perdulic. Apa saja gerak lakumu dia akan tetap menyukaimu




Jadi kita menempatkan manusia yang ditemui dalam 3 kelompok di atas, jadinya kamu akan tidak merasa apa apa kerana sudah kenal akan sifat mereka. Kategori C itulah kelompok yang perlu kita jaga, atau mungkin jadi lebih baik menjaga diri agar hubungan jadi lebih akrab. Kategori B sememangnya tidak perlu ada kerisauan. Kategori A pula tidak perlulah kita berusaha apa apa, kerana mereka sememangnya sudah negatif sifatnya, jimat tenaga.Jika kita kerap menghakimi manusia lain, jelasnya ia akan kembali pada diri lambat launnya. Di zaman informasi terbuka sebegini, kita harus lebih berhati hati pada apa yang dibaca, kalau tidak kuat jangan dibaca. Imej yang dijaga maksudnya segala paparan yang berhati hati dengan apa yang akan menjadi tatapan umum.




Dengan segala teknologi dan gadjet yang ada manusia seolahnya sudah tidak bertemu manusia yang lain, jadi ruang otak empati semakin mengecut, kalau boleh dibilang semakin autistik, ya betul kerana kita semakin tidak bertemu orang. Mimik orang sudah tidak mampu dibaca lagi (lain sekiranya berhadapan, kita mampu membaca rasa hati orang lain di hadapan kita) apakah kata kata kita lewat medsos itu melukakan hati? Membuatkan orang bahagia atau apa?




Jadinya kita seharusnya berhati hati dengan apa yang mahu dikatakan pada orang, tidak kira dalam bentuk maya atau ketika bersosial.





PERLUKAH SEMUA KEMARAHAN DIPAMIRKAN?


Rasa tidak senang, lemas, benci dan meluat sedang digoda oleh Medsos untuk dilampiaskan. Merasa luapan emosi bagaikan terjamin bila didukung oleh insan insan yang entah pendukung ikhlas, batu api atau tukang kipas.


Ini sesi berbahaya.


Ada mata yang melihat dan kamu sendiri mengerti bahawa jejak digital sukar dihapus. Jejak Digital besar kemungkinan akan dikorek balik sebagai pembuktian dan memenuhi resah teman teman medsos kamu yang kini mungkin menjadi musuh, berselindung di sebalik nama samaran, pesaing atau boleh jadi apa sahaja.


Rasa marah dan tidak puas hati sifatnya memang aneh. Ia bagaikan sejenis luapan yang mahu bahangnya dirasakan oleh sekeliling, kata orang putih 'seeking for shared emotions'. Rasa seronok bila merasa disokong ramai... Kalau di zaman dahulu kala rasa mahu berdepan dan menyelesaikan, kini medsos menawarkan pelbagai pilihan (gambar, kapsyen malah kalau ada video jauh lebih baik).


Kita terarah jadi manusia yang laparkan penonton!
Di masa yang sama kewarasan sedia ada kita terus meneliti pentingnya saluran di medsos. Ya memang benar, banyak hal boleh diselesaikan dengan baik melaluinya. Mempercepat imbal balik yang diharapkan malah mendapatkan bantuan, pun begitu nasihat: Jauhi peranti saat hati sedang meluap marah tetap relevan - sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Sifat medsos yang bagaikan 'Dinding Pengakuan' perlu diwaraskan.


Pokoknya sekarang, bukan semua harus jadi paparan perkongsian di mukabuku. Senang cakap kita semua sudah melaluinya dan paling tidak pernah melihat rententan kisah kisah sebegitu.


Ingat ada perkongsian yang boleh menjana gelak ketawa seronok, memalukan orang, mengaibkan, dituduh riak, didebatkan berminggu minggu, dipetik oleh portal berita lapar dan paling pilu ada yang mengakibatkan pergaduhan sesama adik beradik dan teman teman akibat salah faham atau mungkin jadi bahan fitnah.


Kalau berani dan ampuh, saya fikir sila teruskan. Bukanlah menjadi tanggungjawab kita untuk menghadang sesama. Manalah tahu Medsos merupakan saluran penting buat kamu? Medsos jadi nadi hidup pembunuh sepi?


Guru guru pemasaran banyak juga meminta kamu memanafaatkan medsos dalam apa cara sekalipun... (lihat sahaja teknik bisnes) terkulat kulat wanita hidung penyet berambut merah mempromosi ubat pelansing badan...dia cantiklah katakan ek? Ketawa sang netizen


Semoga pengguna medsos kekal bijak, terjurus mahu hidup harmonis!

Comment