SEJAHTERA HOLISTIK

SEJAHTERA HOLISTIK


(Sihat, Aman, Kondusif, Berpotensi, Lega)


Capaian hampir mustahil manusia. Namun perjuangan ke arah tersebutlah yang membikin kamu hidup. Setiap kita ada hala dan tumpu yang mahu dibereskan. Tercapai atau gagal adalah nadi hidup, mungkin akan disambung oleh generasi seterusnya.


Sejahtera sudah kita bincangkan sebelum ini. Tidak mampu dianggap umum kerana perjuangan manusia tidak sama. Ada yang taksub dan terbelenggu sehingga menjadikan mereka mental. Memilih untuk diam atau pura pura setuju demi menghindari debat panjang merugikan liur dan tenaga.


Betuah jika manusia bertemu atau jatuh dalam kelompok yang mendukung, paling tidak memahami meskipun tidak mendukung penuh. Sejahtera melibatkan hal besar sehinggalah keremehan perkiraan. (kesihatan mental dan tubuh, sosial sihat, negara aman, peluang terbuka, tingkatan rasa hormat, empati segar dan lingkungan selesa)


Segala rungutan, kemarahan, bebelan digabung menjadi harapan dan perspektif. Mencari jalan melalui mesyuarah, berpiket, menulis dan mungkin juga disertakan keganasan. Malangnya, sejahtera melibatkan hubungan manusia dan manusia, tidak mampu dicapai sendirian. Membawa diri (merajuk) sebagai protes tidak membantu langsung.


Sejahtera holistik harus dikaji semula oleh setiap individu, meskipun dia jenis yang boleh berlebih kurang. Persepsi tentang kemudaratan sebaiknya tidak hadir dari pendapat orang lain atau pihak yang berkuasa. Suara kamu dalam menuju kesejahteraan harus didengari, dibincangkan serta dikompromi.


Kesimpulannya tafsiran dan taksiran HOLISTIC WELL BEING terpulang pada bijaksana masing masing. Mungkin boleh bertemu di petengahan jalan, melangkah bersama atau membawa diri masing masing demi sejahtera.


Bukankah objektif akhir kamu adalah menjadi bahagia sambil menyelesaikan segala tantangan?


Comment