BERHIMPUN, JANGAN NARSIS!

BERHIMPUN JANGAN NARSIS!


Kalau dahulu kita berbicara tentang narsis gaya, wajah, penampilan dan berswafoto berlebihan. Kali ini mari kita berbincang tentang narsisistik ketika berhimpun.


"Oh! ada awat takdak orang macam ni... ramai. Jengkel memang jengkel, tapi nak buat lagu mana... kawan lama, kawan sekerja termasuklah adik beradik sepupu sepapat!"


Dia nak selit juga kehebatan dirinya, pandai pula dicari jalannya. Akhirnya perhimpunan itu paling tidak ¾ adalah tentang dia setelah kita bersurai. Tidakkah terasa pelik kalau begitu? Kita terkebil kebil pulang terfikir pada motif perhimpunan dan mula mencari salah diri... Pandai sungguh dia berdrama kan?


"Itulah kau tak pandai PR, kau lambat sangat merangka kata dan ayat!" Kita jadi marah pada diri


Verbal Diarrhea atau dalam Bahasa Melayu secara literal adalah Cirit Kata. Dia akan bertubi tubi berhujah tanpa peduli pada siapa yang ada, kisahnya harus didengari, perasaan harus dilepaskan tanpa menanti giliran... padan muka kamu semua kerana tidak bijak menangani suasana atau segan mahu memintas. Lebih teruk jika dia pakar berjenaka, pandai merapu dan sudi membadutkan diri – sudah tentu dia akan mendapatkan perhatian atau merasa dia penghibur suasana. Paling sial, bila dia tidak berminat dengan apa apa kisah ahli lain dalam kumpulan... bagai tidak bermakna di telinganya!


Sesekali kita biarkan – kerana kita perlukan badut sarkis untuk menceriakan hidup.


Jadi apabila berhimpun bagaimana kita mahu bertata susila?


1. Kenal dahulu siapa yang berada dalam kumpulan dan bertukar khabar


2. Bila ada yang berbicara, pasang telinga. Jangan dipintas


3. Jika terlalu panjang dan membosankan, tanya: Sudah habis?


4. Kemudian beri peluang pada yang lain untuk bersuara


5. Kekal bersopan dalam pemilihan kata walaupun untuk berjenaka atau menyanggah pendapat yang lain.


6. Kalau perlu merokok atau kencing, terangkan hajat dengan sopan.


7. Diam jika tidak ada apa yang elok untuk dibalas


8. Jawab secara berdiplomasi jika ditanya pendapatmu


9. Jangan jadi seperti batu keras. Berikah reaksi pada suara hati teman teman lain. Paling tidak senyum atau gestur badan.


10. Pokoknya berikan peluang sama rata pada semua. Puji jika bagus, katakan setuju jika sama pendapat, bangkang secara hormat dengan menyenaraikan sebab musabab munsabah.


Ada yang marah marah dan merajuk kerana usulnya yang bersifat narsis tidak disambut oleh kumpulan. Nak sambut macamana? Isi dan isu tiada kaitan langsung dengan tujuan berhimpun atau memang ahli tidak ada kepakaran di bidang yang dia sebut (e.g- cerita glamer dunia artis, filem Hindustan atau filem filem seni yang tidak ada kait mengait dengan ahli ahli pertemanan). Ada kemungkinan di masa akan datang si narsis akan angkat punggung berlalu, memberi alasan bahawa kumpulan kamu membosankan. Kumpulanmu dianggap DINGIN tidak menarik..."a waste of time," katanya!


Cannot relate you.....


Percayalah ketika berhimpun manusia akan saling mengkaji. Besar kemungkinan kamu akan mahu ditemui lagi atau diberikan alasan menolak yang macam macam ketika kamu memerlukan telinga untuk mendengar di kemudian hari.


Kamu jatuh dalam kategori mana?


a. Dominan ketika berhimpun?


b. Penuh bangkangan dan bersuara?


c. Bangkang walau apa sahaja tetapi pakai susunan ayat lain?


d. Murah memuji bila setuju


e. Kerap memperbetulkan tata bahasa percakapan orang?


f. Menjadi badut atau membadutkan orang?


g. Sabar dan penuh diplomasi bila berhimpun


h. Baca suasana dahulu, dan cepat cepat memaafkan


i. Jenis spontan bertanya jika tidak faham


Hal yang subjektif ini sangatlah sukar sebenarnya. Boleh lahir perseteruan atau umpatan di masa akan datang. Kita tidak akan mampu membaca suasana perhimpunan jika di kali pertama, namun perlahan lahan kamu akan mula mempelajari apa yang kamu suka dan tidak suka terhadap perhimpunan bersama teman lama, kenalan baharu, urusan kerja, kumpul sosial, adik beradik dan JANGAN lupa untuk menilik diri samada kamu mampu menjadi ADIL.


NOTA: Peribadi sang narsis asalnya dari mitologi Yunani. Sang lelaki yang jatuh cinta pada dirinya ketika terlihat bayangannya di air tenang. Dia parah kerana terlalu menyintai diri sendiri – ringkasnya sang narsis itu bolehlah dianggap sebagai hanya peduli diri, memang dilahirkan begitu atau tanpa sedar tentang dirinya yang taksub pada dirinya sahaja. What about me? Sebarang kejadian haruslah masuk perkiraan yang melibatkan dirinya sahaja. Period!


Comment