ARTISAN YANG TAMAK

SAYA ARTIS YANG TAMAK..."A Picture is a POEM without words," - HORACE"Seni membasuh, debu debu di jiwa kehidupan harian," - Pablo Picasso---------------------------------------------------------------------"Bukan main kau ek, cerita dan cita cita macam orang tak nak kalah, walaupun....," ujar seseorang yang membaca tampilan diri kita yang tidak seberapa itu.Rasa malu dan segan (bukan tidak yakin) tetap berlegar dalam jiwa. Tanpa dukungan, seksualiti diri dan tidak pandai propar adalah kelemahan peribadi. Bukan pula jenis hemoi muahhh! muuuah! muuuuah... di majlis majlis sosial, jadi susahlah! Sekarang kamu faham kenapa bersosial itu penting demi kerjaya. Kalau di zaman tanpa medsos pemula perlu hadir majlis majlis ramai orang penting.


Dalam majlis itu pula perlu cari jalan untuk up up diri setelah diperkenalkan pada kenalan baharu, mana tahu ada peluang luas terbuka? TIDAK SALAH. Itu antara teknik yang perlu dibiasakan kalau mahu survive. SENI HUBUNGAN MANUSIA ini antara yang masih saya ralat hingga kini.


"Yer...saya penyanyi, pengacara, pelukis, penulis dan pereka hiasan kostum...," Allahuakbar tidakkah NARSIS bunyinya? (saya sendiri rasa seriau - belum lagi orang yang mendengarnya)Perlukah saya melempar semua album album gambar, sebagai bukti? Seperti kisah si ibu ayam yang bosan mendengar kisah anak anak ayam yang asyik masyuk berbicara tentang kecantikan, gah hidup, kekasih kaya, kelas hidup dan lain lain...?


"Betul ker Mak Gina buat show? Ada ker orang nak tengok tu?" bukan tidak ada mereka yang berfikiran begini. Ada yang anggap semua cerita hanyalah halusinasi.Ya, saya akhirnya berani mampus menggelar diri sebagai ARTIS HOLISTIK.


Ada ketikanya untuk kenalan kenalan baharu yang membosankan saya menipu bahawa saya tukang masak di restoran atau saya isteri ahli bomba, demi memendekkan perbualan (Bukan apa, kalau diceritakan kisah pentas dia akan ghairah bertanya tentang artis artis pop dan paling tidak mahu bercerita tentang kisah dia menang ratu, diapun buat show pakai pompuan atau pertandingan karaoke, saya cepat meluat). Pernyataan tentang diri adakalanya mengalir seperti sungai yang lancar jika kena gaya... setelah itu entah mereka percaya entah tidak, Wallahualam!Kamu ini biar betul?


Atau paling tidak saya nampak ada kerutan dahi dan iris mata aneh terbentuk dari kenalan baharu yang merasa kurang senang apabila berbual santai tentang kerjaya. Sukar juga untuk telus bercerita apa aktiviti kita. Ada yang tahu kerja pentas saya, ada yang tahu saya ini bekas guru kerajaan dan ada yang pernah membaca buku tulisan saya. Sebagai pelukis? OMG... tidak mungkin! Semua dia mahu buat? Itu belum lagi diceritakan tentang kraf mengikat batu mineral jadi perhiasan untuk dijual, dihadiahkan.... entah entah dia propar? (Baru saya tahu bahawa kita kena cepat cepat beli kamera atau memiliki hp yang baik untuk merakam)Apabila dikhabarkan tentang aktiviti melukis, tentulah bunyinya sangat ambisius. Penipu yang kuat propar memang gemar bercakap besar atau berkhayalan bagai orang sasau. Jadi saya selalunya memilih untuk tidak diceritakan. Sekali sekala dipaparkan di medsos, beriring soalan: Mama lukis ker tu? Not bad!


Ya! Saya melukis dan banyak lukisan harga mampu milik dikumpul beli oleh mereka di Pulau Pinang sebagai menyokong aktiviti seorang Transwoman yang melukis. Antara pengumpul pengumpulnya adalah:


Joe Sidek, Latif Kamaluddin, Keith Hockton, Dato Anwar Fazal, Fuan Wong, Jerry Richwork, Didi Elle dan ramai lagi yang tidak mampu saya senaraikan. Penglibatan bersama GTF untuk pameran Indigo pada tahun 2014 dan Café Display 2018. Pameran solo pertama di Ching Lotus Humanist Space pada tahun 2003 dan diikuti oleh pelbagai pameran gabungan termasuk pamiran 8 bersama 7 pelukis wanita di Pulau Pinang di ChinaHouse (sila google)11/12/2018 sudah diserahkan 3 lukisan besar 4 kaki X 4 kaki dan kerja kerja awal impressionist untuk pemilik café muda, akibat tidak cukup ruang penyimpanan. Saya kira lebih baiklah lukisan lukisan tersebut diperagakan daripada dibiarkan menyimpan habuk.Lukisan lukisan yang didermakan untuk kutipan dana rumah SEED saya percaya sudaha dimiliki oleh individu yang tidak saya kenali.


2019 akan dimanafaatkan melukis dalam saiz sederhana bersama dengan gurisan dan media gabungan, sementara menanti novel terbaharu diedarkan. Kelahiran demi kelahiran karya sebenarnya adalah resah penantian yang menyumbang pada rembesan hormon dopamin bahagia.


Tahukah kamu yang saya masih kekok untuk memperkenalkan diri sebagai PELUKIS? Ada sejenis rasa pelik di situ. Sesekali bersama anak saya Fahmi Mustaffa kami akan menyelinap masuk ke pameran pameran di sekitar Penang menikmati minuman dan makanan percuma. Kadang kadang kami tidak berceritapun bahawa kami juga menggunakan warna, kanvas dan gurisan. Bukan apa, takut orang meluat!


Hamboi... semua depa nak karau kat depa!Jangan silap. Jangan risau. Kehidupan pelukis yang menulis bukanlah seperti yang kamu lihat dalam filem filem fiksyen.Melukis dan menulis adalah kerjaya seni yang sepi, tetapi disyukuri dengan penuh misteri (Ia membahagiakan walaupun miskin secara kewangan), yang membayar segala bil dan sewa sehingga tahun 2020 adalah duit kerja kerja pentas yang dipekin sebenarnya.


Tak kaya kayapun aku tengok?Bukankah pernyataan di atas sudah membikin kamu membayangkan bahawa saya ini seharusnya kaya raya?Kayalah juga... kaya budi dan idea... dan sehingga kini secara psikologi saya tetap menterjemah kata 'Narcicistic' itu sebagai hal PERASAN atau Syok Sendiri... saya sedikit ralat jika begitu....


NOTA: Saya kini tahu, ramai para artisan Transpuan di seluruh Asia mengalami hal yang sama. Sukar untuk ditetapkan mana satu kategori di dunia yang gemar membahagikan jantina. Ia akan menimbulkan persoalan dan menjadi bahan hencapan masyarakat setempat dan sesama rakan di bidang yang sama bila bersaing. Secara kesal bias saya akan berkata: Dunia ini milik cisgender, biarlah mereka menikmatinya, kita duduk di tepi, kalau ada yang percaya kita selinap masuk dan tadah tangan bersyukur.


Teman teman yang mendukung juga ramai. Saya sangatlah berterima kasih... melukis memerlukan ruang yang luas dan suasana kondusif... saya tidak mampu untuk meneruskan secara kerap kerana masalah ruang/space.

Teman teman yang mendukung juga ramai. Saya sangatlah berterima kasih... melukis memerlukan ruang yang luas dan suasana kondusif... saya tidak mampu untuk meneruskan secara kerap kerana masalah ruang/space.

Comment