COVID-19 MALAYSIA

Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai Rabu ini, 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perintah kawalan tersebut dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Berikut adalah catatan catatan yang dibuat sepanjang tempoh PKP 1, 2 dan 3 sebagai simpanan kenangan peribadi.

=====================================================

LEIMBACH, SWITZERLAND (MID 80s)

Suasana dingin bulan Mac itu, sejuk gedi udaranya menerpa kulit dan tulang kampunganku. Sesekali badan kudekatkan pada bingkai pemanas Apartmen 4 tingkat di pinggir bukit Leimbach, Switzerland. Setiap tingkat ada 4 buah keluarga. Saat menuruni lantai bahagian paling bawah untuk membasuh pakaian, aku melihat barisan makanan dalam tin (ada kekacang, sardin, daging luncheon dan pack ubi ubian), banyak bersusun. Milik siapa? Aku jadi bertanya dalam hati.

Di garaj berasingan bersebelahan apartmen selain bergantungan baju dan jaket musim dingin ada peti sejuk seperti kedai aiskerim dengan pelbagai jenis keratan daging tersusun di dalamnya. Aku jadi tertanya lagi, maklumlah hadir dari Bukit Mertajam yang asas dan makmur.

"Ah!!! ambillah jika mahu digunakan, tetapi ganti, ada buku nota di situ bukan? Ya, kami pernah melalui zaman perang dan catuan. Semua ini sudah jadi tradisi masyarakat di sini...," ujar Puan Meredith ibu mertuaku yang bekerja sebagai telefonis saat perang dunia ke 2.

Aku yang ciwi segan mahu bertanyakan pada Joe (manusia sinis kerap menghina dan metertawakan orang Asia), saat membantu Puan Meredith menyusun kertas kertas, suratkhabar, bungkusan dan botol botol kosong untuk diletakkan di hadapan apartmen setiap hari Rabu.

Bicara seperti ayam dan itik itu masing masing kami fahami.

Leimbach secara tidak langsung mengajar aku akan tata budaya hidup masyarakat, hal kitar semula eropah, aliran air dari rumah disaring, keluar dari kawasan tepat tinggal disaring, disaring lagi hingga masuk ke sungai besar tempat itik itik liar berenang. Kenangan menggunting bunga bunga liar dan melihat arnab arnab liar yang comel, busana berlapis lapis dan mulut yang berasap tidak mudah dilupakan.

Selain dari itu aku pulang akibat kerinduan berat pada tanah air yang polos di pertengahan tahun 80an sambil mengenangkan kisah kisah yang tidak jadi. Gagal atau jaya sangat kupercaya ada sumbangannya yang hebat!

========================================
Pekan yang sepi dan pasaraya yang sesak. Kita belajar lagi... Malaysia mengistiharkan LOCKDOWN bermula 18hb - 31hb Mac

Berikut antara sektor perkhidmatan yang tidak ditutup dalam tempoh berkenaan, bermula Rabu hingga 31 Mac depan:

1) Air
2) Elektrik
3) Tenaga
4) Telekomunikasi
5) Pos
6) Pengangkutan
7) Pengairan
8) Minyak
9) Gas
10) Bahan api
11) Pelincir
12) Penyiaran
13) Kewangan
14) Perbankan
15) Kesihatan
16) Farmasi
17) Bomba
18) Penjara
19) Pelabuhan
20) Lapangan terbang
21) Keselamatan
22) Pertahanan
23) Pembersihan
24) Peruncitan
25) Bekalan makanan

-----------------------------------------

COVID19 ANTARA TULARAN DAN KEPUPUSAN

Rongga pernafasan sesak, paru paru tidak mampu menampung lembapan. Pulih? Jika bernasib baik, terselamatlah kita pada tiupan asal dari Wuhan, China sejak Disember 2019.

Tungkus lumus, kekalutan tidak keruan.

Didendangkan sebagai wabak menghapuskan populasi oleh sesetengah pihak. Mahu dinafikan... terbaris pula akan kebenaran.

Bayangkan tularan pada negara dan lokasi tidak bersedia? India dan Afrika? Berjuta nafas akan terhenti meningkatkan data kematian. Dialas murni bahawa virus mudah menyerang warga tua... mungkin benar mahu mengawal angka populasi dunia, sehinggakan yang muda juga tidak mampu berleka, ada yang tewas.

Angka 7.38 billion warga dunia jelas sang bijaksana sudah menyusahkan susunan ekonomi, pesaingan sesama dan caturan politik lain lainnya. Amerika yang gah masih tidak mampu menghadapinya...

Benarkah Novel Corona Virus @ COVID19 antara senjata pengurangan populasi? Akal fikir kita mula membayangkan yang macam macam..

"The great plague of maritime city. Will not cease until there be avenged the death. Of just blood, condemned for a price without crime," ramal si Nostradamus sejak sekian lama.

Marintime City? Bandar pelabuhan? Apakah makanan dari pasar makanan laut Wuhan? atau merujuk Itali yang berpelabuhan yang paling sendu berperang Corona?

Kita semua warga dunia masih tertanya tanya.

-------------------------------------------------------------

COVID19 ANTARA TULARAN DAN KEPUPUSAN

Rongga pernafasan sesak, paru paru tidak mampu menampung lembapan. Pulih? Jika bernasib baik, terselamatlah kita pada tiupan asal dari Wuhan, China sejak Disember 2019.

Tungkus lumus, kekalutan tidak keruan.

Didendangkan sebagai wabak menghapuskan populasi oleh sesetengah pihak. Mahu dinafikan... terbaris pula akan kebenaran.

Bayangkan tularan pada negara dan lokasi tidak bersedia? India dan Afrika? Berjuta nafas akan terhenti meningkatkan data kematian. Dialas murni bahawa virus mudah menyerang warga tua... mungkin benar mahu mengawal angka populasi dunia, sehinggakan yang muda juga tidak mampu berleka, ada yang tewas.

Angka 7.38 billion warga dunia jelas sang bijaksana sudah menyusahkan susunan ekonomi, pesaingan sesama dan caturan politik lain lainnya. Amerika yang gah masih tidak mampu menghadapinya...

Benarkah Novel Corona Virus @ COVID19 antara senjata pengurangan populasi? Akal fikir kita mula membayangkan yang macam macam..

"The great plague of maritime city. Will not cease until there be avenged the death. Of just blood, condemned for a price without crime," ramal si Nostradamus sejak sekian lama.

Marintime City? Bandar pelabuhan? Apakah makanan dari pasar makanan laut Wuhan? atau merujuk Itali yang berpelabuhan yang paling sendu berperang Corona?

Kita semua warga dunia masih tertanya tanya.

Jaguhnya tularan kuman berjangkit di bandar pelabuhan. Tidak akan mereda hingga terbabit kematian. Hanya darah, terkutuk untuk nilaian tanpa jenayah.

Hebatnya jangkitan pekan pelabuhan. Tidak mahu bepergian hingga bertimbun kematian. Atau hanya darah kotor, mengutuk mahukan pembalasan tanpa jenayah

Jangkitan hebat di pekan pelabuhan. Tidak reda sehingga bertimbun kematian. Atau hanya titis darah, terkutuk untuk bayaran tanpa kejahatan.

-------------------------------------------------

APA TERCUNGKIL SAAT COVID19?

1. Berita Hoax dan Palsu tularannya jauh lebih hebat dari virus corona. (data, kematian tokoh tertentu, ubat ubatan alami dan pemasaran saat cemas)

2. Bijaksana menilai akan sejarah virus, tularan, kawalan dan tidakbalas melalui perkongsian. Termasuk pandemik lalu kolera, spanish flu dan lain lain.

3. Menikmati drama drama manusia. Pergaduhan, rungutan dan tindakan pemerintah. Karantina panjang, waktu sengang dan gelodak emosi masing masing.

4. Pemanipulasi. Tidak kira dari sektor agama dan politik. (Termasuk sang athiest pahit, tidak damai - saat tidak covid juga mereka memang begitu, apatah lagi saat terkurung di rumah)

5. Kreativiti pelayar internet. video lucu, meme, cabaran, resepi dan pelbagai lagi keseronokan yang harus difikirkan positif.

6. Tahap bimbang diluahkan mengikut badan dan fikiran masing masing. (si gemuruh, ADHD, OCD dan penderita depresi) - semua sama sahaja samada major atau minor.

7. Dukungan sesama teman dan jiran tetangga. Jika belum sila adoptasi nilai nilainya. Mungkin Corona mampu jadi pemangkin?

"Dengan secubit garam," kata orang putih. Kita masih menilai hantaran hantaran yang agak berbeza berbanding hari hari damai dan segar. Terlebih sensasi saat hari damai kekal ada dan tambah wadidaw saat COVID19. Atas dasar itu, salutasi pada anak anak medsos yang tahu bila mahu menghindari medsos: saat terpanggil jemari tergoda mahu jadi jahat, nakal dan emosi marah bila rusuh jiwa semakin genting.

Khabarnya... sang ustaz ciwi Malaysia mengatakan COVID19 dihantar Allah untuk menutup segala lokasi maksiat. Begitu nikmat sekali dia melakarkan kisah kisah pada pengikutnya.

Sedang kita seluruh umat berperang dan belajar untuk jadi manusia redha yang lebih baik, sang ustaz mungkin terpanggil untuk menjual nilainya.

Apa dia lupa? Lokasi dan aktivitas perjumpaan untuk sebarang tujuan dicantas buat seketika? Bukankah sebagai pemimpin dia harus menenangkan pengikut? Meminta mereka banyak berdoa dan berkomunikasi dengan Tuhan?

Ini bukan catatan tentang saya sedang galau atau diserang gemuruh, panik, OCD, ADHA atau apa... bukan! Sebelum ini kita tetap berserah pada kehendakNYA? Berubat jika sakit? Berusaha atas apa sahaja, bukan?

NOTA: Barusan dipadam pertemanan fb dengan dua tiga teman yang saling mendukung agar Siti Kassim mati saat covid. Apa mereka fikir itu jenaka? Mereka itu penghuni syurga? Ya COVID19 atau tidak manusia akan terus begitu dan kita terus menyaring lingkungan kita.

Regina Ibrahim

---------------------------------------

NASIB NASIB BAIK SAAT COVID19 (Sempena PKP3).

Tiba tiba kita secara berjemaah bagai diarah masuk dalam lingkung tahanan pada 18 Mac 2020.

Kurungan yang aneh, tidak pernah terjadi - si tua mula membandingkan Perintah Berkurung 'curfew' puluhan tahun dahulu saat kita belum lahir atau ingat ingat lupa.

Gabra jadinya. Bagaimana kita boleh terleka sejak bulan Disember bila perayaan Tahun Baru Cina dibatalkan di negara Tiongkok? Membaca berita tentang makanan eksotik dan kematian Wuhan, Bandara Singapura sepi dan cuplikan ke negara romantis Itali. Tebaran virus tanpa sedar akhirnya mendunia... kita mula mencongak, apa? bila? bagaimana berjangkit? Begitu pantas sekali...

Hakikatnya: Berita ini sudah diterima dari teman penerawang aura dan cahaya di Pulau Pinang dalam perbualan kasual kami lewat medsos. Ia berbunyi menakutkan, ada secebis sisi penafian dalam hati (Saya ada 6 ekor kucing kesayangan di Taman Armenian, saya suka merayau bersama teman teman). Dinafi dan diiyakan sekaligus, dalam pada masa yang sama masih berkerut melihat cerita lucu perebutan gelung tisu celet jubur dari luar negara.

Perintah Kawal Pergerakan - PKP akhirnya diistiharkan dan tahap kiasu orang Malaysia akhirnya jadi 2 X 5 seperti situasi yang awalnya kita jenakakan. Suasana aneh sekali, menakutkan, debaran dan diri diajar bertenang bila menyaksikan Georgetown sepi bak pekan zombie dari atas flat tempat tinggal. Masing masing cuba menjadi positif, teman hidup bercuti seminggu sebelum memberanikan diri untuk bekerja lagi dan seperti orang lain kami tahu bahawa ada anjakan hidup yang perlu kami redhai. Bersama kami merangka stok makanan dan keperluan lain. Tanpa disebut sama sama mahu tenang tidak mahu ikut kalut tidak tentu hala.

14 hari PKP1 dikurniakan kemewahan waktu sebagai ruang retrospektif diri. Alhamdulillah, stok makanan dan sistem internet masih ampuh. Kepala mula merangka apa sahaja kegiatan yang boleh dilakukan. Selama ini pun setiap hari saya jenis memerap di rumah, memasak, menulis, melukis dan kreatif berkraf tangan. Kisah kisah CORONA dihadap - samada palsu atau benar, begitu juga penerangan secara akademik tentang virus tersebut.

HATI TERKESAN BILA...

- Membaca kisah engkar PKP (yang penuh alasan).

- Resah anak anak tersangkut di asrama

- Tundingan pada kluster kluster tertentu

- Kebimbangan pada saudara mara barisan hadapan.

- Bicara tentang kewangan (derma, kwsp, morotorium bank dll)

- Kisah artis artisan POP yang pelik dan jengkel.

- Bicara bicara akibat ADHD, Gemuruh, Bi-polar, Germafobia yang kerisauan dan lain lain

- Dermawan seluruh negara

- Langkah KKM dan sidang akhbar secara harian

- Orang biasa dan kenamaan yang mengambil kesempatan.

Kita mula terfikir tentang rumah pangsa 2 bilik dan anak 6 orang? Kerja bergaji harian? Peniaga putus rezeki? Terpisah jarak akibat karantina? Tunding menunding tentang punca sebaran virus? Negara jiran yang longgar PKP? Sistem penerbangan dan pelbagai kisah lain. Ada yang mampu dipujuk dengan ketebalan deria lawak jenaka 'sense of humor' dan banyak juga kisah pilu. Nasib yang baik jatuh pada mereka yang masih mampu berhubungan dalam sistem yang canggih... terhimpun bersama orang tersayang.

"Thank god we are stuck in heaven of our own. I really mean it. (imagine if it's somewhere else boring...- oh yes there are plenty of terrible settings with malicious people)," pesan saya pada anak anak yang bernasib baik.

Jadinya bertuahlah kita yang masih di tahap mampu menghitung kesyukuran.

Kita tidak bersendirian, satu dunia menghadapi hal yang sama.

--------------------------------------

CORONA YANG KABUR TETAPI BERBAHAYA.

Bagaimana perasaanmu setakat ini? Setelah menjalani separuh dari PKP 3 dan mula memikirkan bagaimana menyambut kehadiran Ramadhan?

Kita masing masing berharap ini semua tamat secepatnya. Sukar untuk ditebak tanpa data data telus tepat. Naik turun data pandemik butirannya tidak juga menjadikan prediksi tepat. Ada data data yang dirahsiakan oleh pemerintah setempat. NOVEL kerana ia baharu dan sukar mendapatkan anti-virus yang tepat secara piawai global. Pakar masih belum menemukan jawapan tepat. Pelbagai info kabur tentang virus ini, antaranya: Pulih dan datang lagi, tidak tertular dua kali, akan hilang dengan pergantian musim, kesan sampingan anti-virus dan pelbagai ketidakpastian tanggapan terhadap CORONA. Jadi benarlah bahawa ia virus baharu. Kita mula merindui aktivitas normal walaupun sudah dinasihatkan tentang dakapan terhadap NEW NORMAL. Persiapan untuk menghadapi situasi yang tidak normal adalah disarankan. Semoga lebih bersedia.

Buat saat ini tenangkan hatimu, makan ikut aturan, tidur yang cukup agar sistem imunisasi badan sentiasa sihat dan kuat. Patuhi arahan PKP negara. Kita duduk tenang di satu sudut membaca, mungkin kerja kerja fiksyen atau apa sahaja termasuk melaksanakan hobi hobi kecil yang tertunggak bila dikurniakan kemewahan masa.

Menonton apa yang melintas termasuk bicara tentang teori konspirasi jahat yang disuarakan secara berani oleh Dr Rashid Buttar tentang rencana Bill Gates, Fauci yang dikatakan sebagai pencetus pandemik akibat kejatuhan ekonomi dan penghapusan jumlah penduduk bumi. Ia bagaikan pembuka mata bila dibarisi prediksi sejak tahun 2015, suasana Wuhan sebelum pandemik yang dikatakan sememangnya sudah tidak nyaman udaranya begitu juga kisah kisah vaksin demi kawalan ekonomi dunia. Komplikasi suasana menjadikan kita berfikir walaupun kita bukan barada di Barisan Medis dan Pentadbiran Kecemasan.

Mula lebih kenal tentang sistem imuniti badan dan anti virus demi pemulihan. Bagaimana ada negara negara yang terpaksa menggunakan sebarang anti virus yang ada (hiv aids) asalkan pulih dari jangkitan. Kemudiannya masuk pula kisah vaksin yang kisahnya berputar jadi hal ekonomi. Kesan Klorokuin yang membawa kesan sampingan pada degupan jantung manusia jika tidak mendapat preskripsi pakar. Busana APD (alat pelindung diri) yang para barisan hadapan.

Kisah ambil kesempatan saat saat COVID19 tidak perlukah dihujah lanjut ia hanya merencat semangat warga dunia. Namun giat NGO dan individu NGI haruslah didukung kerana meringankan beban putus makanan dan hilang pekerjaan.

Pengkebumian mayat mangsa yang jadi ribut di negara jiran, penduduk menolak sedangkan SOPnya sudah dijalankan oleh pihak hospital, begitu juga dengan pemahaman tentang Jarak Sosial (social distancing) yang mungkin bagi sesetengah kita tidak masuk akal (masih mahu bebas membeli belah, makan makan, jamuan, rindu kampung, peningkatan kenderaan di jalan raya, ingkat PKP oleh pihak atasan dan termasuklah penikahan talian yang diperdebatkan).

Saat ini ia sudah merubah keterbiasaan bukan? Hidup kita tidak akan sama lagi. Tetapi manusia seperti kita punya kelebihan untuk menghadapi situasi sebegini. Bukankah manusia itu ciptakan oleh Tuhan menjadi spesis paling mampu untuk beradaptasi? Ya beradaptasi dengan segala kemungkinan samada memudahkan atau menyukarkan. Kita saling memanjatkan doa yang berterusan.

Kita tidak lagi bersalaman buat masa ini, dua tangan diangkat, ditekap bagaikan wai dari Siam. Kita impikan keselamatan serta dikembalikan kesejahteraan.

Regina Ibrahim
210420

-----------------------------------------------

APA SAHAJA SAAT KARANTINA COVID19?

Mahu disesalkan untuk apa? Bukan kamu seorang melaluinya, satu dunia. Lantas melalui medsos diam diam dibaca resah kenalan dan sebarang sisipan berita. Rasa simpati mengalir pada laluan mereka dan giat diri yang terhenti.

Disimpulkan mahu kekal positif secara berkala sejak 18hb March 2020:

1. Bukan kamu seorang yang menghadapinya
2. Alhamdulillah simpanan masih ada
3. Stok makanan dan rokok terjaga
4. Hubungan/komunikasi eletronik tidak putus
5. Giat membaca, menulis dan berkraf (termasuk dapur)
6. Menonton banyak filem dan dokumentari yang selama ini tertinggal.

Sebagai manusia yang HOMELY di hari biasa saya hanya ada 2 -3 jam di luar (taman, kucing, santai bersama teman) dan sesekali bekerja di luar. Jadi tekanan tidaklah sehebat mereka yang aktif ke sana sini... ia tetap tidak sedap namun perlu ditelan hakikat bahawa dunia sedang karantina PKP.

Semangat tidak putus, secara peribadi kita terus mendorong teman teman NGO dan NGI yang turun padang memulakan edaran bantuan (masih lagi ada cerita manusia - maklumlah kita semua tidak terbiasa akan susunan hidup begini - tertekan - emosi tidak keruan). Sesama teman kita terus santai berkisah akan Corona dan sistem imuniti badan, sambil berdoa agar tidak ada satupun antara kita yang terkena. Teruja meneliti pada sistem pemerintahan dengan data data harian mereka, sambil menyemangati pihak barisan hadapan (Allah sahaja membalas jasamu).

Kita menghiburkan sesama hingga tamat Ramadhan dan saling berpesan hingga Syawal. (bertiktok, video call, kongsi link link bagus ...) Sebenarnya resah kenalan kenalan medsos juga menghiburkan dan jadi pedoman buat kita (kisah pelarian, pati, kegiatan dan perkongsian mereka - kita berpesan pada diri agar JANGAN jadi tidak keruan, kisah lucu tetap ada)

Saya fikir inilah indahnya menjadi manusia dewasa, kita prihatin cara kita dan sudah melakukan yang terbaik sambil mengerti benar akan segala amarah yang timbul sepanjang karantina Covid-19.


Semoga terus bersemangat ya...

P/S: I have read so many good books and managed to roughly compile my stage/work stories. Started sharing it since mid fasting season and forgive me if it's always too long...

010620

----------------------------------------

COVID-19 TANPA PASTI

Zona panik sudah dirasai dan lihat bermula sejak 18 Mac 2020 apabila PKP diumumkan. Sehingga artikel ini ditulis ia belum pulih 100%. Manusia yang leka, gelombang ke 2 dan sifat terhadap karantina.

Kekalutan dan kerisauan tentang COVID-10 terjadi di seluruh dunia akibat keterbiasaan tentang hidup sebelum dan hidup mendatang. Kedukaan hilang nyawa yakni kesedihan lalu atau memikirkan tentang impak tularan virus pula mewakili perasaan mendatang. Adat dan lumrah manusia dikurniakan deria perasaan dan belajar dari hasil perasaan tersebut, begitu juga ia adalah imbangan semulajadi untuk sama sama kita menilainya. Dengan kehadiran epidemik, kenyataan berat harus diterima dan kebenaran yang menyakitkan bahawa akan ada kematian dan 'survival' menyelamatkan diri. Suasana tidak pasti ini, menekankan peri pentingnya agar manusia terus kekal kuat secara fizikal dan mental.

"Bukankah bagaikan minggu lepas kita mentertawakan manusia di negara lain berebut rebut tisu tandas di supermarket dan akhirnya menyaksikan bagaimana di negara sendiri berebut akan roti gardenia,"

Pelajaran awal titipan sang virus CORONA adalah layanan tidak sensitif terhadap binatang. Andaian awal dibuat bahawa ia hadir dari kelawar. Paling tidak, kini kita faham bahawa bukan semua binatang boleh dianggap sebagai makanan. Jika kita tidak mampu untuk berkabung akan kematian binatang dan kemusnahan alam, kita bagaikan tidak layak untuk berduka cita pada segala perilaku tidak sihat manusia. Manusia seharusnya tidak layak untuk menganggu persekitaran, sehingga menggugat isi alam seolah olah ia penting dan diperlukan demi survival hidup.

Novel Coronavirus hadir untuk mewaraskan segala kegilaan dan tata hidup moden tidak berimbang selama ini. Memperingatkan manusia tentang hubungan yang hilang antara kita dan alam. Dalam masa yang sama meratapi segala kematian mereka yang tidak bernasib baik, menzahirkan kesyukuran serta mendukung semangat barisan hadapan medis yang bertungkus lumus, sambil berharap dan mendoakan agar vaksin COVID-19 tercipta secepat mungkin, ia masa yang tepat untuk bangsa manusia untuk sama sama belajar menjadi waras di saat yang mendukacitakan ini.

Bercerita tentang alam yang bagaikan memberi pesanan pada dunia dengan kehadiran corona, Ketua Pertubuhan Alam Sedunia Tuan Andersen berkata:

"Gerak manusia sudah memberi tekanan pada dunia asli dengan kejadian tingkah merosakkan, dengan amaran bahawa kegagalan menjaga alam semesta adalah sama seperti diri yang tidak terjaga. Penghapusan berterusan alam semulajadi penuh selesa sudah memperdekat kita pada mergastua dan pohon hutan yang mengalihkan kuman pada manusia. Sudah dilalui SARS, MERS, COVID-19 juga HIV. Kita perlu mempelajari apa yang alam cuba khabarkan pada kita di sini. Harus disedari bahawa kita sedang bermain api"

MCO - Movement Control Order atau apa saja terma yang diaturcarakan oleh para pemerintah di bawah gelaran masing masing (MCO, PKP, PSBB, LOCKDOWN) mengajar banyak hal. Dari hal kebersihan, penutup muka, kerumunan, pejarakan sosial, kawalan rentas negeri serta SOP covid-19.

Biarkan alam bernafas semula....

Ketika berkurung, penjarakan sosial dan kebersihan menjadi solusi untuk pengawalan virus Covid-19, alam semulajadi nampaknya menikmati kebebasan di dunia yang didominasi manusia. Sejak bermulanya PKP, indek peningkatan alam semulajadi meningkat. Telapak karbon tinggalan berkurangan, udara dan air di Itali dan China ternyata membaik. Mergastua kembali berlegar menikmati udara segar tanpa rasa takut dan cuak pada manusia.

Kita sudah pandai berbicara tentang kluster itu dan ini. Kluster yang merujuk pada sekumpulan manusia yang terdedah pada virus... yang berhimpun tanpa SOP, yang pulang dari luar negara tetapi tidak melihat karantina 2 minggu sebagai penting dan kemaruk manusia saat kelonggaran PKP.

Seperti yang dikatakan oleh setiausaha UN, dugaan dari Virus Corona bersifat sementara berbanding dengan dugaan gelombang panas, banjir dan puting beliung yang mengakibatkan kehilangan nyawa akan terus menemani kehidupan manusia di dunia di tahun tahun mendatang. Rupa rupanya kita manusia banyak menghancurkan bumi sendiri. Perkongsian di medsos akan sungai yang jernih dan hutan tenang berbunga adalah satu pembuktian. Begitulah seadanya PKP saat pandemi memberi kesan, semoga kesan indah tersebut menjadikan kita mula menghargai alam indah dan mahu merombak polisi persekitaran di waktu mendatang.

Berapa banyak epedemik/pandemik agar manusia berubah?

Berzaman dahulu, manusia ternanti nanti keajaiban Tuhan demi kesembuhan. Khabar dari sejarah membuktikan pandemik Kematian Hitam sekitar kurun ke14 telah menyapu bersih warga dunia yang dianggarkan sebanyak 475 juta menjadi 375 juta. Sains dan teknologi menjadikan Epidemik/Pandemik kini mudah untuk ditentang dengan kajian, ciptaan dan penemuan vaksin, antibiotik, tingkatan sifat terhadap kebersihan dan pusat rawatan moden menjadikan manusia mampu menentang musuh yang bagaikan halimunan.

Kurun 21 sudah melalui pandemik virus H1N1 yang mengakibatkan kematian antara 1 hingga 4 ribuan manusia. Menurut WHO itulah saatnya tercipta vaksin, dikeluarkan dan diserahkan pada pelbagai negara pada tahun pertama pandemik.

Sejarah telah membuktikan bahawa bantuan datang dalam bentuk perkongsian informasi sains yang terpercaya, usaha secara antarabangsa serta transformasi. Memerangi sebarang epidemik, manusia harus mempercayai pakar sains, rakyat perlu percaya terhadap pemerintah dan negara antara anegara harus saling percaya dan membantu.

NOTA: Saat artikel ini ditulis, Malaysia telah membuka sekolah, panggung wayang, pejabat dan masih dalam rangka menasihati rakyat agar patuh SOP, elak kerumunan tidak masuk akal dan pada 1 Ogos 2020 denda $1000 ringgit jika tidak memakai masker.

Comment