TEMAN TEMAN MUKABUKU CISGENDER

TEMAN TEMAN MUKABUKU CISGENDER


Saya memiliki ramai dan selesa dengan mereka. Memang prinsip asas sebagai Transnita, saya mahu menjalin siratulrahmi dengan sesiapa sahaja.


Dari waktu ke waktu sejak tahun 2004 di dinding medsos sering dikongsi artikel panjang dan pendek tentang kehidupan/laluan Mak Nyah, dengan harapan teman teman yang menjawat jawatan ibubapa, penguasa atau pemimpin akan mula mengerti sekaligus tahu bahawa dunia ini dikongsi serta menuntut kadar toleransi tinggi.


Saya tidak mahu berada di kalangan para Transgender sahaja jika sekalipun memerlukan sokongan padu dari komuniti. Kami para transgender akan tetap berkomunikasi dengan baik di sesawang khas.


Berbalik pada rakan rakan cisgender mukabuku sejak tahun 2004, ramai yang kekal menjadi teman lama medsos. BUKANlah mereka itu mendukung, menghalalkan kewujudan saya sebagai transnita, tidak sama sekali. Mereka berada dalam senarai atas niat yang sama: menjalinkan siratulrahmi, menghormati, mempelajari susur galur hidup mak nyah, tertawa pada jenaka jenaka sosial dan sesekali berkongsi hal yang macam macam. NAMUN, yang tidak selesa akan pergi dengan sendirinya atau dipadam kerana jelas kebencian dalam muatnaik menghina tanpa tahu.


Pelbagai terma seksualiti dan penerangan sudah dikongsi (mereka mungkin baca dan cuba memahaminya). Tanpa ada niat lain selain dari memperbolehkan mereka sama sama menjadi ahli masyarakat yang bijak bertoleransi, sama sama membantu, sedar pada variasi manusia dan melengkapi pemahaman tentang ilum SOGIE (Sexual orientation, gender identity and Expression). - Diharapkan mereka tumbuh menjadi manusia penuh pengertian apabila menghadapi dunia luar dan negara yang kerap mempertikaikan masalah remeh LGT.


Penerangan adakalanya berbunyi aib, namun perlu/harus/penting untuk diterangkan dari waktu ke waktu.


Sesekali saya dilanda rasa bersalah bila timbul polemik remeh LGT yang sengaja diumbar oleh Masyarakat Malaysia dah ahli politik (due to political milleage). Rasa bersalah kerana terus mempertahan dan membidas akan sifat kedekut ruang, kuasa Tuhan yang dilupakan dan terus secara tidak langsung mengemis toleransi, ia perlu dilakukan agar mereka faham: Tidak memperlekeh kaum Transnita, peka pada hak kemanusiaan, tidak semena mena menjadikan Mak Nyah sebagai bahan lawak jenaka dan menghina tanpa sedar.


Setiap gender ada perwakilan baik dan buruk kelaku, begitu juga kaum transgender, mereka sedia maklum akan hal tersebut bila dirangkul menjadi sifat manusia.


Sejak tahun 2004 ramai teman teman cisgender menjadi pendorong agar penulisan tentang Mak Nyah Malaysia dibukukan. Jelas ia berhasil dan saya sekali lagi mahu berterima kasih pada mereka, kerana memberi ruang untuk berkongsi ilmu samada dalam penulisan akademik atau fiksyen seksualiti.


Seperti biasa terdapat teman teman cisgender yang dihadang dan dipadam, kerana saya tidak mahu berkongsi/berhubung apa apa dengan mereka hanya kerana muatnaik mereka yang tidak peka akan kewujudan para transgender, kasar menerakakan manusia, berfikiran sehala hanya kerana mereka manusia bertuah. RUGI besar kalau diteruskan perkongsian ilmu untuk manusia manusia cis yang sebegini. (Hatta ilmu ilmu mudah lain sekalipun)


Sejak 2004 - 2021 masih wujud polemik negara bersama kaum Transgender mahu dihangatkan di medsos. Sama seperti sumbangan tenaga pada hal hal yang baik, hal buruk dan keliru pasti akan ada. Berlapang dada dan membuka telinga mendengar itu penting, TIDAK bermakna segalanya akan selari dengan kehidupan masing masing. Saling membidas tentang ulah cara masing masing dan mencari kebenaran subjektif selalunya membawa pada kata mengata, menghina, debat berat sebelah dan bersinis yang tidak pernah sedap.


Untuk teman teman cisgender yang masih wujud di dinding medsos saya, ini adalah TERIMA KASIH pada sifat TOLERANSI yang sudah kamu pamerkan selama ini. Percayalah kita semua hidup dengan doa dan harapan, dipohon dari yang MAHA kuasa. Didoakan agar kamu tumbuh menjadi individu, ibubapa dan pemimpin yang penuh PENGERTIAN.


Regina Ibrahim


150221


Comment