MANUSIA DAN TUHAN




Tanpa penarangan yang berbelit belit, berikut dilampirkan penerangan tentang manusia apabila berhubung dengan agama, tatacara dakwah, amalan amalan agama dan bagaimana hubungan mereka dengan TUHAN.


Theist – Mempercayai bahawa Tuhan wujud. Theist tidak seharusnya percaya bahawa mereka boleh membuktikan kewujudan Tuhan.


Agnostik - pula berpegang pada pendapat bahawa manusia sukar untuk mengetahui kebenaran tentang sesuatu hal, contohnya kewujudan Tuhan dan hari Akhirat.


Athiest – manusia yang tidak mengakui bahawa Tuhan itu wujud.


Omnism – perakuan dan hormat pada semua agama. Mereka dikenali sebagai ominists. Bagaimanapun, ianya boleh dilihat sebagai cara untuk menerima kewujudan pelbagai agama tanpa mempercayai pada semua perakuan/anutan untuk berdakwah.


Agnosticism terma yang direka oleh ahli biologis T.H. Huxley dan asalnya kata Greek 'agnostos' bermaksud tidak tahu atau tidak dikenali. Kekeliruan terjadi pada terma Athiest dan Agnostik yang keliru pula antara Theist dan Diests. Manusia theist bertentangan dengan si Atheist. Manakala si Theists percaya pada kewujudan Tuhan.


Mereka yang beragama dan mengikut aturan dikenali sebagai Believer/PEGANUT. Agama mereka boleh jadi apa sahaja senarai agama yang dianuti/WUJUD di dunia. Pengikut, pengamal juga nama gelaran pada mereka yang masing masing mengikut tatacara amalan agama masing masing menuju pada kepercayaan/penyembahan pada Tuhan yang satu.


Kamu seorang Muslim?


Kamu manusia Kristiani?


Apa kamu seorang penganut Budha?


Apa kamu seorang Hindu?


Sesekali kita akan merasa terkejut pada anutan anutan orang lain. (menyembah kemaluan, tikus, patung pantung kuno dan lain lain) Terkejut dan terkedu diakibatkan oleh keterbiasaan kita dan sosio budaya sedia ada. Pelbagai penyembahan dilakukan untuk memastikan mereka bersifat rendah diri pada apa yang mereka percayai (tidak semestinya Tuhan) kerana ada manusia yang meyembah syaitan, hantu atau apa sahaja tafsiran mereka lebih berkuasa.


Jadi kamu disarankan untuk terus mengembara dalam hidup agar lebih jauh melihat tingkah laku manusia apabila beribadat dan menilai intipati cara mereka melalu kajian teologi.


Tidak ada penjualan nilai dalam artikel mudah ini, hanya untuk memastikan kamu bersedia dan tidak akan terkejut beruk pada situasi situasi yang mungkin akan muncul dalam hidup di waktu mendatang.


Sebagai penulis saya mahu mengenali setiap jenis manusia dan anutan mereka tanpa prejudis. Apa yang kekal sebagai pegangan kita secara spiritual tidaklah boleh disogokkan pada manusia lain sewenang wenangnya. Itu kamu fahami/maklumi sendiri setelah menjadi manusia waras.


Selamat menilai warna warna duniawi yang tidak pernah abadi ini.


Have a wonderful life.


Comment