LELAKI JENIS MANA MENDEKATI MAK NYAH?

JENIS LELAKI YANG HADIR DALAM HIDUP MAK NYAH.


Dalam kehidupan para transgender M to F, selalunya titik tertarik pastilah manusia berjantina Lelaki. Mereka hadir dari pelbagai latar belakang. Mungkin sebagai kekasih, kawan, suami, teman sekerja dan pelbagai bentuk. Ada yang singgah hanya sebagai regu kegiatan seks (pelanggan $$ untuk pekerja seks atau suka sama suka untuk transnita yang aktif secara seksual)


Dalam kajian sosiologi oleh Martin S. Weinberg and Colin J. Williams 26 lelaki telah diwawancara tentang ketertarikan mereka terhadap trans M to F. 13 mengindeitifikasi diri sebagai Lelaki Hetero dan 13 lagi mengatakan mereka adalah bi-seksual atau mungkin bi-seksual. Pengkaji beropini bahawa label tersebut (bi-seks) hanyalah senjenis kepalsuan/penafian akibat takut pada stigma identiti diri. Sebagai contoh: Mereka para lelaki yang mengaku bi-seks berbanding gay kerana dia katanya mampu berfikir bahawa transnita adalah wanita.


Bagi Maknyah yang tertarik pada lelaki, hubungan dan berdating dengan lelaki secara amnya adalah satu cabaran, tidak kira samada kamu pre atau post opt. Ramai lelaki yang tidak akan sudi untuk bersama kamu disebabkan oleh pelbagai alasan. Ini bukan atas alasan yang Maknyah itu cantik, tidak cantik, maskulin atau feminin.


Banyak lelaki menolak hubungan dengan Mak Nyah atas alasan bahawa Mak Nyah bukan wanita asli. Mereka juga takut sekiranya seksualiti mereka dipersoalkan oleh masyarakat awam. Mereka takut dilabelkan sebagai PONDAN dalam konteks ini.


JENIS JENIS LELAKI YANG HADIR


1. Lelaki Panseksual yang tidak kisah pada sebarang jenis aktiviti seksual. Dia tidak pedulu pada sebarang label asalkan mampu beraksi secara seksual.


2. Lelaki Skolioseksual. Jenis yang hanya tertarik pada manusia yang dirasakan mempunyai kecelaruan jantina. Sebarang bentuk Trans dia tidak kisah. Pasangannya mungkin (transnita, shemale, gay lembut, gay keras atau apa sahaja termasuk pengkid).


3. Lelaki bereksplorasi. (coming of age) Selalunya di usia awal akhil baligh dalam proses mencuba. Ketika tinggal di asrama, pusat tahanan juvenile dan lokasi lokasi tertentu (sering melihat maknyah). Teruja mahu tahu akibat banyak perkara (kata orang, video porno dan lain lain)


4. Lelaki Rebound (setelah putus cinta/cerai/kecewa cinta) dari pasangan cisgender. Bermula dengan tujuan seksual sahaja tetapi tersangkut pada MakNyah. - konotasi selepas itu pelbagai. (suka, terlekat, tidak suka, kesal, tempat tinggal sementara dan lain lain)


5. Lelaki Sodomite (terlibat giat seksual melalui dubur - anal intercourse). Ada kekangan budaya jika dilakukan pada perempuan cis, janggal pula untuk meminta agar disodom oleh gay atau dari lelaki cis. Jadi pelihan terbaik adalah transnita pre-opt. Ada hal maruah terlibat di sini (barat atau timur ia tetap dikatakan tabu)


5 pernyataan di atas hanyalah pernyataan akademik. Bukanlah menjadi tugasan manusia untuk bertanya hal hal intimasi pasangan. Soalan seperti: "Korang masa main macam mana ek? Siapa hentam siapa?" Soalan seperti ini hanyalah layak jika muncul hal hal medikal dari Pengamal Perubatan untuk kes kes tertentu.


Seperti yang diterangkan dalam Buku Mak Nyah, memang ada lelaki dilahirkan tanpa cela sifat dan gerak lelaki yang hanya mahukan Mak Nyah sebagai pasangan hidup. Jika dipaksa berkahwin dengan perempuan cis sekalipun dia akan tetap mencari Mak Nyah dalam apa cara sekalipun.


Ada lelaki yang TIDAK suka langsung pada kewujudan Mak Nyah. Muktamad - tidak perlu ditanya lebih lebih.


Hubungan antara lelaki dan transnita jarang dibicarakan secara terbuka walau di negara barat sekalipun. Jika ada hanyalah secara sipi sipi sahaja (manusia masih merasa topik ini sebagai sesuatu yang tabu). Jika tidak dapat dielak sekalipun jawapan skema akan diberikan oleh pihak lelaki: "Saya melihat dia sebagai perempuan"


Alasan alasan di atas juga mampu melahirkan sifat Homofobia teruk bila sang lelaki diasak dengan hal hal dosa, pahala, sonsang atau dilaknati oleh institusi agama masing masing. Kaum lelaki secara azalinya sangat peka pada maruah diri dan ego yang tidak berbatas. Ada kes kes pembunuhan terjadi hanya kerana si lelaki menjaga maruah. Lebih menyedihkan jika si lelaki Homofobia sebenarnya adalah GT (gay/trans) yang bertarung dalam diri akibat ketakutan ketakutan tertentu (maruah, agama, dosa, terbongkar seksualiti sebenar).


Bagaimana pula lelaki yang bercitarasa tinggi tetapi tidak mampu mendekati wanita wanita cisgender yang jelita untuk giat seks? (akibat fizikal diri yang berkurangan?) Besar kemungkinan mereka akan menghampiri kaum Mak Nyah yang selalunya berimej ultra feminine.


Dalam banyak kes pelecehan terhadap kaum Transnita, ia dilakukan oleh homofobia yang beridentiti gender rahsia secara seksual. (Dendam disodom sewaktu kecil, ketika penjara, cemburu kerana tidak berani tampil jadi diri - lebih buruk jika kekerasan dialas sebab musabab tuntutan agama). Jawapan pelaku/penjenayah jika tertangkap sekalipun tidak akan dinyatakan dengan jelas. "Saya memang tidak suka kaum mereka".


JANGAN LUPA ramai kaum cisgender lelaki yang hadir secara terbuka dan tidak berniat langsung untuk berhubungan secara seksual dengan Mak Nyah atas dasar siratulrahmi, pekerjaan atau urusan urusan sosial sahaja. Mereka mampu menghormati kamu sebagai manusia seadanya.


(MakNyah pula harus tahu membezakan samada lelaki cis tersebut mahu menukar indentiti gender dan orientasi seksual dalam program motivasi tertentu untuk kaum Mak Nyah demi KPI bidang mereka - kalau suka teruskan jika, tidak baik diputuskan sahaja siratulrahmi sedemikian, kerana akan wujud konflik dalaman).


Lelaki akan terus hadir dan diinterpretasikan oleh Mak Nyah dari waktu ke waktu hinggalah ke akhir zaman. Sebagai langkah mudah hadirlah sebagai apa sekalipun asalkan memudahkan dua dua pihak. Lebih mudah jika bermental sedemikian, berbanding persoalan tentang lelaki fetish (sifat macam macam - mahu pakai pakaian perempuan, mahu disolek, mahukan golden shower dan tahi atau apa sahaja yang tidak kena regu walaupun berbayar) Ya, ramai yang mencari transnita kerana berfikir bahawa transnita adalah MUDAH. Terpulang kamu.


"Kenapa abang tak buat gini kat isteri abang?" soal si Mak Nyah nakal


"Giler kau... dia pompuan betullah," jawab si lelaki dan mereka berdua tertawa.


Dengan evolusi baharu bila terdengar tentang ketertarikan seksual antara MakNyah dan MakNyah untuk gerak seksual, kita merasa sedikit janggal terkejut kerana dianggap itu tahap lesbian - Hal ini adalah luar dari pemahaman penulis - tetapi ia wujud - dan rasa hormat itu diperkukuhkan lagi dengan terus mempelajari ilmu SOGIE.


Jadi tidak perlulah dipersoalkan pertanyaan  begini: "Nok, laki kau gayboy ker? Mak tengok semacam jer"


Comment