SEJAHTERA




MERANGKA SEJAHTERA DIRI


Suka tidak suka ianya hadir dari dalam diri terdahulu, kemudiannya barulah persekitaran. Sejahtera dalam erti katanya sangat luas melibatkan keamanan emosi, fizikal dan sekeliling. Sudah tentu ia melibatkan kecerdikan untuk berfikir, memilih dan gerak langkah. Tidaklah kita mengatakan orang lain itu kurang cerdik pula.


Ada yang bertuah menikmati sejahtera dengan orang orang terdekat, dilindungi dan dipantau penuh kasih. Segala paten pilihan adalah berbentuk peribadi, sesekali dibincangkan secara aman terbuka. Debat debat yang berdentum juga bukanlah solusi untuk sejahtera diri, di hujung cerita ianya melibatkan holistik diri. Tidur yang nyaman, fizikal yang sihat, rasa hati yang bahagia dan mampu menjadi/merasa berguna dalam kitaran harian yang 24 jam (8 jam untuk tidur dan selebihnya apa?), diusahakan lagi untuk hari hari berikutnya.


Tidak ada resepi khusus, meskipun dari bijak pandai (akademia atau ulama). Dalam rangka awal hidup ianya diproses secara peribadi. Timbang tara kesesuaian. Menilik acuan apa, perlukan pendekatan baharu, apakah perlu dirangka teknik ampuh dan terus mencari jika belum bertemu.


Kefahaman sejahtera manusia harus dilihat dari perspektif yang menyeluruh, meskipun tahu bahawa tidak ada manusia yang tertakluk pada kesempurnaan. Pembahagiannya sangatlah remeh menyentuh hal hal badan, kewangan, sekitar, hubungan, kepuasan dan banyak lagi hal hal yang mungkin tidak terjangkau.


Rancangan dan rangkaannya dimulakan secara berdikit dikit sehinggalah kita menghembuskan nafas akhir. Dipercayai dalam proses usaha mencari tersebut (ditafsirkan sebagai hidup), akan dicerahkan pemikiran dan jika bernasib baik kamu akan tampil mengerti dan tenang.


Hal hal sakit, rupa paras, siuman, perang, pendidikan, empati, seksualiti dan banyak lagi ciri ciri yang harus diambil kira.


Laluan kita mencari sejahtera tidak sama dan tidak ada ukuran tepat. 


Comment