SPEKTRUM HIDUP

SPEKTRUM




Lapisan warna, sebagai yang dilihat pada pelangi, dihasilkan oleh pemisahan komponen cahaya oleh darjah pembahagian menurut gelombang.


Spektrum digunakan untuk penentuan posisi atau timbang tara antara dua titik yang eksterim.


Masih lagi kabur?


Begini caranya: warna kuning pekat menuju kuning cerah seterusnya kuning kabur dan akhirnya menuju warna hijau pekat yang juga cerah dan kabur di hujungnya sebelum tiba ke warna lain...


Kenapa spektrum pelangi digunakan dalam penjelasan tentang gender dan seksualiti? Kerana tidak ada jawapan tepat dan pasti pada kelaku seksual dan tahap gender masing masing. Manusia akan terus berdebat pada benar/salah yang tidak selari dengan nafsu kemahuan manusiawi. Jika deria toleransi menusup masuk mereka akan lebih damai. (namun ada manusia yang tidak damai sehingga ke liang lahat)


Sama seperti bicara harian dalam hidup bila kita menilai sesama manusia. Contohnya: A, B, C, D dan E adalah perempuan namun membawa nilai nilai yang berbeza. Berada di paksi perempuan tetapi tidak berspektrum sama. Begitu juga F, G, H, I dan J yang berada di paksi lelaki, tetapi membawa nilaian berbeza. (mungkin dari nilaian pada tinggi, rendah, warna kulit, tahap feminin/maskulin, tampan/cantik atau apa sahaja yang diukur oleh manusia biasa). Berada di paksi yang sama tetapi jadi di titik spektrum lain.


Setelah penat bercanggahan pendapat, meluahkan rasa takut pada berbezaan, berdebat sehingga kering air liur dan macam macam langkah hadangan diambil semampu mungkin, manusia menjadi penat atau terus menggelar diri mereka pejuang sampai mati.


Spektrum dan warna kehidupan itu sebaiknya diraikan sahaja.


Comment