HISTRIONIK ALAF BAHARU



HISTRIONIK ALAF BAHARU


Histrionic personality disorder (HPD) is defined by the American Psychiatric Association as a personality disorder characterized by a pattern of excessive attention-seeking emotions, usually beginning in early adulthood, including inappropriately seductive behavior and an excessive need for approval.


-----------


Peribadi manusia histironik merupakan gangguan yang agak dramatis. Seringnya beriring emosi yang tidak stabil dan mahu/tampil mencari perhatian.


Manusia histrionik sebenarnya meletakkan harapan pada orang lain dan memiliki tahap percaya diri yang rendah. Sebaik berhubungan dengan orang yang disukai (kekasih, teman biasa atau hubungan sosial) ia akan menganggap bahawa hubungan tersebut sangat erat, walaupun regunya tidak beranggapan begitu.


Kondisi Histrionik selalunya menyerang perempuan berbanding lelaki, (dan kini di alaf baharu menyerang para LGT) dipamerkan sewaktu menjelang awal remaja. Semua manusia memerlukan perhatian, namun kondisi histrionik kadarnya didapati sedikit berlebihan.


Kalau dahulu para histrionik hanya berlingkar di kelompok kecil (kawan, keluarga dan tempat kerja sahaja) kini, di alaf baharu mereka boleh menawan jagat maya.


Ruang ruang medsos sudah membenarkan sifat histrionik dipaparkan dengan mudah. Malah mengakibatkan suasana menjadi lebih parah dan tegang. Tumpuan pada isu yang mereka muatnaik akan menjadi tular dan jika tidak akan diusahakan lagi sehingga dapat, termasuklah berkongsi keaiban hidup.


Apa yang mengganggu mereka?


Selalunya mereka mempunyai penampilan sosial yang agak baik. Sifat yang bagaikan semulajadi cenderung memanipulasi orang lain untuk dijadikan pusat perhatian. (kisah peribadi, kisah orang, kait mengait dengan kejadian sedia ada dalam lingkungan).


Berikut ini adalah ciri-ciri seseorang yang mengalami gangguan keperibadian HISTRIONIK


1. Tidak selesa selagi tidak diberikan tumpuan


2. Gemar untuk mencuit/provokasi atau berusaha menggoda (goda – dalam erti kata gunaan cantik, seksi, fizikal, kata kata dll).


3. Cepat terganggu emosinya


4. Cara yang dramatik beremosi dengan luahan yang berlebihan


5. Peka. Terlalu peka tentang penampilan diri (busana dan gaya)


6. Kerap tercari cari persetujuan/geng/kumpulan penyokong.


7. Ada ketikanya mudah diperdaya oleh orang lain


8. Beremosi sensitif bila dikritik atau tidak sehala/bertentangan pemikiran.


9. Toleransi yang sangat rendah dan tidak suka pada hal yang berulang ulang.


10. Tidak menggunakan akal sewaktu mengambil tindakan.


11. Keputusan yang diambil agak kabur


12. Ego diri dan tidak peduli pada kemahuan orang lain


13. Sukar untuk kekal lama dalam hubungan (tidak bertemu regu)


14. Ancaman mahu bunuh diri kalau tidak diberikan perhatian


Narsis Histrionik?


Histrionic Personality Disorder (HPD) adalah dikarekterkan sebagai sifat paten yang tidak henti henti mencari/curi perhatian dan beremosi eksterim. Selalunya mereka yang narsis histrionik dianggap sebagai dangkal dan sering melibatkan godaan seks atau bersifat provokatif demi menjana perhatian terhadap diri.


Penyebab gangguan peribadi yang Histrionik.


Pakar tidak menemui penyebabnya secara pasti. Namun di kalangan pakar psikologi ada mengatakan ia mungkin faktor genetik berperanan sebagai pemangkin dan perkembangannya.


Namun ada dibariskan faktor faktor seperti suasana keliling sewaktu membesar, jarang ditegur, kurang hukuman sewaktu kanak kanak, tidak ada nasihat positif dari ibubapa dan perhatian yang berlebihan (terlalu manja) pada anak anak. Gangguan sebegini akan bertambah pada individu yang cepat marah (naik turun mood) dan dalam proses mengendalikan tekanan hidup.


Diagnosis Gangguan Keperibadian Manusia Histrionik


Pakar /pengamal kesihatan selalunya akan mewawancara riwayat pengidap, untuk menilai tahap histrionic. Mungkin melihat pada ubat ubatan yang pernah diamalkan pesakit dan sekaligus melihat tahap kejiwaannya. Ujian yang melibatkan saraf atau ujian darah boleh dilakukan untuk memastikan tidak ada unsur unsur sakit pada fizikal memberi pengaruh pada pengidap histrionik.


Jika tidak ada bukti sakit fizikal terlibat, pengidap mungkin akan dirujuk pada psikaiteri dan pakar psikologi. Ada alat untuk deteksi mental digunakan dalam wawancara dan alatan untuk menilai manusia yang mengidap keperibadian histirionik.


Pemulihan Gangguan peribadi Histrionik


Seperti biasa, mereka yang bergangguan histrionic tidak melihat akan pentingnya terapi. Kecenderungan mereka untuk bersifat heboh membesar besarkan perasaan peribadi dan tidak gemar pada hal hal ulangan (terapi rawatan berulang alik) – menjadikan rawatan agak sukar terhadap mereka.


Selalunya mereka yang histrionik akan mula gawat mencari perubatan apabila terjadinya serangan depresi atau masalah masalah lain yang memberikan tekanan. (hal hal mahkamah atau tangkapan melibatkan undang undang)


Perubatan Psikoterapi atau kaunseling selalunya dipilih untuk meredakan gangguan peribadi histrionik. Tumpuan utama sesi ini adalah sebagai bantuan pada penderita agar lebih bermotivasi dan memulihkan rasa takut, ragu dalam pemikiran dan tingkah mereka. Ia juga antara proses untuk mereka belajar untuk berhubungan sesama manusia dalam kadar yang lebih positif.


Ubat ubatan pula ada digunakan bila perlu sebagai tambahan untuk meredakan gejala depresi atau rasa gugup. (anxiety)


Pencegahan Gangguan Sifat Histrionik


Histrionik sejenis sakit yang melibatkan sifat ini mungkin tidak mampu dirasakan oleh pesakti, nanum sesi kaunseling dan pendidikan dapat memberikan ruang pada pesakit bila mereka didedahkan denga cara cara hidup yang lebih produktif dan tahu bila serangan sifat tersebut muncul.


Gangguan histrionik berpengaruh besar dalam dunai sosial. Lihat sahaja bagaimana manusia berurusan dengan kegagalan dan penolakan. Mereka akan terjurus pada hal hal depresi (tekanana jiwa).


Histrionik di alaf baharu juga sudah menyaksikan mereka yang mencari perhatian di MEDSOS. Janganlah kamu hairan melihat para histrionik yang memaparkan kisah bertulis, video, gabungan audio visual dan mungkin hilang akibat tindakan mahkamah, dipenjarakan atau depresi berat.


Tanpa sedar mereka para histrionik melihat sensasi medos sebagai hal hal di bawah.


- Semakin banyak kutukan semakin banyak peluang endorsan


- Ada wang masuk atau hal hal material masuk


- Jumlah pengikut di medsos meningkat. Resah marah kalau ada hal portal yang tiba tiba hilang musnah, dihentak atau portal menukar sistem.


- Rekaan kisah diri, orang dan segala isu tidak berbatas asalkan mereka merasakan diri eksis dan diberikan tumpuan.


- paparan NEGATIF atau POSITIF sudah tidak peduli asalkan rating tinggi mengikut perkiraan jaya mereka.


- Mereka hidup dan bernafas dengan pujian dan pujaan selalunya.


Kesimpulannya sang Histrionik tidak peduli pada apa impak pada budaya, sosial, komuniti asalkan mereka rasa bahagia. Mereka tidak mahu berfikir jauh, kalau ditegur dengan mudah mereka akan melonggokkan kamu sebagai pendengki atau cemburu. Paparan video atau tulisan balasan yang marah marah dan akan bertambah sakit bila memikirkan bahawa segala tindak tanduk mereka itu mendapat tentangan.


Mereka akan hilang dan sepi bila tidak ada perhatian lagi. Hilang idea untuk menjana perhatian umun. (sekarang sudah ada pereka kisah pemasaran yang boleh diupah – settingan)


Ada yang hilang akibat sakit fizikal atau diarahkan oleh orang terdekat untuk mendapat rawatan.


NOTA/AMARAN: kalau setakat suka, gemar atau ketagih melayari ruang medsos dan tahu untuk ketawa serta masih dalam kondisi berhati hati, kamu dikatakan selamat dari sapaan sifat HISTRIONIK.


Artikel ini adalah informasi bergabung. Penulis bukan pengamal perubatan, jadi anggaplah ini hanya sebagai informasi tambahan.


Comment