KENDALIAN MEDSOS 2018



KENDALIAN MEDSOS 2018


Kita sudah kenal medium yang satu ini. Bermula sejak lama pelbagai sudah kita lihat. Pergaduhan, pergeseran pendapat, hina menghina dan kutuk mengutuk. Tidak mahu jauh jauh melihat orang lain, kita semak diri kita dahulu. Saya juga 2 X 5 dalam waktu waktu tertentu.


Secara peribadi sejak 2016 Medsos terutamanya sesawang facebook sudah dimaksimalkan kegunaannya secara positif. Ramai teman teman dan peluang kerja sudah diperoleh dari sesawang ini. Jadi adalah dipercayai segalanya atas kita, bagaimana mahu bersifat terhadapnya. Anggap sebagai wadah peluang. Kenalan baharu, informasi penting, silaturahim diperkukuhkan dan belajar berbahagia melihat rakan rakan yang berjaya, paling tidak mereka dalam suasana okay.


Manusia tetaplah manusia. Adakalanya lebih baik kita bersangka baik sahaja. Video video yang dikongsikan boleh kita lihat dengan hati yang buta sekiranya tidak kena dengan falsafah peribadi kita. Hal hal yang melibatkan akhidah, kepercayaan, bangsa dan seksualiti sesekali akan muncul, tidak dapat lari. Nah, ini antara hal yang sangat penting untuk kita kawal. Sesekali kita berjenaka atasnya.


Bukan tidak ada emosi emosi yang terganggu lewat medsos. Itu juga sudah kamu pelajari bukan? Tutup atau matikan sahaja keinginan sekiranya perlu. Ikut hati maka berdebatlah sepanjang hari di dinding ini, perdebatan yang tidak memberi satu senpun di ahkir cerita. Sudah lama diperhatikan hal ini, ada yang melibatkan undang undang dan pergaduhan di luar juga.
Kita sering berpesan sesama kita, hal hal yang serius dan memalukan sekiranya mampu tidak dikongsi secara keterlaluan. Membuka pekung.... Kamu sendiri tahu peribahasanya. Namun ada waktunya kita faham bahawa perasaan harus diluahkan.
Cuma jangan sampai luahan dijadikan senjata untuk menyerang kita di waktu mendatang. Sesekali kita berjenaka lagi, jenaka yang terkawal takut lama lama jadi bunga tahi.


Tahukah kamu berapa ramai yang sudah meninggalkan dunia facebook setelah menganggap ianya banyak memakan waktu, mengkhayalkan dan tidak membawa faedah? YA, tinggalkan sekiranya perlu. Saya sendiri percaya pada polisi yang sedemikian. Sering secara berhemah dinasihatkan pada yang ada gangguan OCD dan emosi tertekan untuk berehat dahulu dari berita berita medsos. Bukan apa takut jadi perang tak guna seduit. (bukan semua orang faham – selalunya mereka fikir orang lain sama juga dengan mereka).


2018 harapan agar ianya menjadi lebih matang dan damai terkawal. Sesekali kita membaca dan berkongsi sensasi negara dan kejadian semasa. Suka tidak suka, berbicara sekiranya ada hal hal yang baik, saranan, cadangan atau pengetahuan. Sekiranya untuk hal hal kutukan yang melemahkan sebaiknya janganlah. Tetap dengan hal 'my wall my rights' sama seperti 'my body my rights' saya pasti kamu tahu risikonya dan tahap kesudian kamu meminta maaf.


Tahap kognitif teman teman yang ada juga tidak sama. Hal hal ukuran subjektif ini pandai pandailah kamu tangani. Bukan semua pengguna medsos itu hebat, terpelajar, bijak, intelektual seperti kamu... carilah keseimbangan di situ ya? Sekiranya perlu membuat penerangan, buatlah dengan cara yang berhemah.
Teman teman yang ada di medsos saya ketika ini adalah sangat selamat dan menghiburkan. Mereka semakin bersopan (setelah disaring dari tahun ke tahun). Rakan rakan yang baharu pula diucapkan selamat datang dalam ruang lingkup perkongsian. Terima kasih kerana banyak mendukung kegiatan selama ini.


Sejak awal menggunakan medsos, pelbagai jenis manusia sudah ditemui. Maknyah operate belagak dari Singapura, adik adik khayal dadah (dua tiga orang), teman sekolah lama yang merapu, ahli keluarga yang bagaikan sewel, pergaduhan kerana musim pilihanraya, bergaduh tentang agama, sindiran tentang kisah anjing, kumpula athiest yang tidak damai dan macam macamlah. Sedikit sebanyak kita tengok dan kita baca sahaja.


Apa harapan saya untuk 2018?
1. Teman teman yang ceria dan damai
2. Kurang hal hal sensasi dari pihak saya
3. Akan terus melapur/kongsi apa yang patut
4. Cuba memahami laluan teman teman
5. Mendukung apa yang dirasakan baik dan sesuai.
6. Kekal menyukai hal hal lucu, sinis, musik, filem dan budaya.


IF YOU GOT NOTHING NICE TO SAY.....might as well keep quiet.

Comment