ANXIETY (KERESAHAN) & INTERNET

ANXIETY (KERESAHAN) & INTERNET


But does the internet make you anxious? ... In a study conducted at McMaster University in Canada, researchers found that those who rely on the internet are susceptible to developing mental health issues such as anxiety, depression, and impulsivity issues.


- Kecelaruan keresahan (anxiety dan internet) Sewaktu melayar dan menggunakan dinding medsos.


- Jika tidak ditegur rasa bersalah pula...


- Yang sihat walafiat, gembira berprovokasi sampai terlupa...


----------------------------------------------------------


Komputer mini dalam bentuk telefon, kamera yang cekap lancar sudah di tangan. Membaca segala berita negatif and membeli belah di hujung jari jadi pantas. Tidak dapat tidak ia boleh memberikan kecelaruan keresahan (Terma 'anxiety' dalam Bahasa Malaysia)


Sehinggakan tidak bertemu doktor kerana segala remedi simptom ada di talian. Hasilnya? terbitlah kecelaruan keresahan setelah membaca segala carian. Saya fikir bertemu doktor secara manual masih perlu dilakukan. Berapa ramai pakar kedoktoran (yang tidak bertauliah - medsos) sudah kamu temui? ada yang digelar doktor Google!!!


Cuba kamu perhatikan tindakbalas pada suapan berita berita sedia ada... tidak kira lapuran negatif atau lapuran hiburan POP semata mata, terdapat unsur unsur sesuatu di situ (akibat ADHA, Bi-polar, Anxiety dan Depresi) - kamu pasti tahu membezakan reaksi biasa atau reaksi yang bersalut 'mental illness'.


Berbicara tentang sakit mental harus hati hati. Berbahaya. Sekali lagi dipesan, 'Diagnosis' peribadi selalunya berbunyi bijak, begitu juga dengan tindakbalas kata kata dari mereka dari golongan yang sama. Setelah deteksi, mereka yang kononnya normal seharusnya jadi lebih bijak dan elak akan hal hal provokasi. Provokasi orang sihat setelah tahu keadaan sebenarnya adalah sejenis KEJAHATAN.


CONTOH: - Menghina orang tidak bertudung dengan nilaian agama kamu - mengutuk orang yang bergambar bagai artis sewaktu berfoto saat umroh dan haji atau di rumah suci apa agama sekalipun - berfalsafah negatif bila ada teman teman mempamirkan kemewahan hidup - memberikan solusi pada si pesakit mental sedangkan kamu tidak mengalaminya - cukuplah sekadar mendukung, memujuk dan meminta beliau mencari bantuan.


"Eh! Dia yang gatal meletak semua di medsos... aku komen jer, lawak lawak,"


Kamu lupa bahawa teman CURHAT terdekat dia hanyalah portal dan dinding medsos. Harus difikir juga akan hal yang ada benarnya ini.


INGAT: Itu dinding orang tidak stabil menjalar di jalur masa kamu, ia boleh dibuat buat tidak nampak. Pujuk diri, ajar diri, peka etika dan berperi kemanusiaan sedikit. Perdebatan tidak membawa pulang modal merugikan waktu.


MEDSOS di alaf ini adalah hal yang 'TIDAK DAPAT TIDAK' dan kamu akan bertembung akan unsur unsur ANXIETY pelayar lain. Kamu juga faham bagaimana kamera telefon siap sedia untuk merakam kejadian spontan agar TULAR. - Rakaman CCTV sudah hilang bisanya kan?


NOTA: Jika kamu mampu menelusuri mukabuku, twitter dengan perasaan damai, tenang, membaca dua tiga kali jika demi pemahaman isu, mampu memberi pendapat secara waras dan berpada - kamu jelas berada di kondisi yang selamat. Jika tercuit dengan penuh luapan emosi, menganggu harimu berterusan, tidak mampu tidur, silalah kaji semula situasi - dapatkan bantuan - tidak sihat jika berterusan begitu.


Comment