KENAPA POLITIK MEMBIKIN MANUSIA JADI GILA


KENAPA POLITIK MEMBIKIN MANUSIA JADI GILA




Oleh: Loretta G. Breuning Ph.D.
----------------------------------------
Beginilah kisah bagaimana politik mencipta keharuan sarafkimia manusia.


Otak kamu berevolusi terhadap survival hidup, jadi sarafkimia mencipta kepekaan pada kekalutan/cemas pada setiap terkait keperluan survival. Keperluan sosial dirasakan sama cemas seperti cemasnya keperluan fizikal kerana gen (genes) tergantung padanya.


Politik akan mencuit kimia gembira di otak dengan mencipta harapan harapan di mana keperluan keperluan bergabung; tetapi jika bersilang ia akan mencuit kimia Tidak Gembira melalui pecerahan terhadap hadangan hadangan terhadap keperluan. Kamu akan mudah berakhir dengan perasaan serabut (roller coaster).


Sebaik sahaja dilahirkan, dunia berkitar pada keperluan keperluan, tetapi bila dewasa, kamu mengadap kenyataan pahit bahawa dunia tidak selari dengan keperluan dan tentang kamu. Melalui perspektif otak survival, kamu mendapati bahawa ada sesuatu tidak betul dengan dunia kerana setiap orang hanya berfokus pada keperluan masing masing! Saat tersebut 'Ahli Politik' masuk dan umum merayu pada kesakitan tersebut melalui perjanjian tentang kitar duniamu. llusi sebegini mengoda para manusia dalam masa singkat, dan menjurus pada kekecewaan besar pula dalam jangkamasa panjang.


Nasib baik, kita belajar untuk hidup bersama dengan membina ikatan sosial demi meningkatkan kemampuan kita mendapatkan keperluan. Nenek moyang mamalia (animal ancestors) kita hidup dengan membina ikatan sosial, jadi kita mewarisi otak yang tercipta untuk hal yang sama.


Binatang berotak kecil nampaknya akan kekal dengan satu kumpulan sosial, manakala binatang yang berotak besar tercari cari akan peluang yang jauh lebih luas dan baik. Otak otak yang hebat pada pembinaan ikatan sosial terus melahirkan lebih ramai yang seperti mereka, dan seleksi semulajadi membina otak yang merespon pada peluang peluang sosial dan ancaman pada saraf kimia melonjak.


Pakatan pakatan politik dirasakan bagus kerana mereka membantu kamu mencapai kemahuan/keperluan sosial. Gabungan politik mampu menstimulasi 'rasa dipunyai' @ sense of belongings yang membuatkan mamalia itu merasa selamat. Namun otak sang mamalia mencari lebih dari hal survival: Mencari KETUANAN/keunguglan. Ini tidak kamu fikirkan secara sedar, tetapi kejayaan reproduktif tergantung pada status sosial secara semulajadi, dan seleksi asli mencipta otak yang tercari cari status sosial.


Dalam dunia moden kita sudah belajar bagaimana mengelak konflik ganas digantingkan dengan ketuanan/keunggulan dengan konflik secara verbal begitu juga dengan keunggulan moral. Kamu mencuit kimia gembira di otak dengan terus mendakap satu 'matlamat tertinggi' tetapi setiap ancaman pada matlamat juga akan mencuit kimia di otakmu. Kamu boleh berdamai dengan huru hara politikmu bila kamu faham tentang mamalia dalaman yang mendesak pada dominan sosial.


Setelah mengerti akan kitaran di atas, kamu ada pilihan. Kamu tidak perlu menterjemah setiap isu politik sebagai hal HIDUP dan MATI . Mudah untuk dipercayai bahawa survival peribadi kamu diancam oleh musuh politik sehingga kamu faham benar akan mamalia dalaman dirimu yang mereka cipta perasaan tersebut. Keharuan kimia saraf akan jadi berkurangan bila kamu sedar bahawa ia sebenarnya direka secara peribadi oleh kamu sendiri.


Terjemahan longgar: Regina Ibrahim - setelah melihat pergoalakan Politik Malaysia pada hujung bulan Februari 2020 - PM letak jawatan, Bakal PM kemaruk - Cita cita politik sesetengah individu politik - netizen meroyan bagaikan mental bergaduh sesama kenalan.

Comment