KENAPA SAYA TIDAK DAMAI?

KENAPA SAYA TIDAK DAMAI? HIDUP TIADA KETENANGAN...


Beberapa kenalan sepanjang 20 tahun lalu menyuarakan persoalan yang sama (dalam nada dan bahasa berbeza). Ada sahaja tidak kena. Ketenangan dan kedamaian hidup, ruang yang besar dan luas, tidak terjangkau jika mahu diperhalusi.


Kamu pernah melihat manusia terjerumus pada hal macam macam demi mencari ketenangan? Antaranya merantau, menyertai kumpulan spiritual baharu (ashram, sekolah pondok, kultus dll), mencari dan terus mencari sehingga terpelanting ke pelusuk jauh dengan amalan yang bukan bukan. (penyembahan, dadah dan laku diri aneh)


Sedangkan dunia luas ciptaan Tuhan ini sama rata kelebihan dan kekurangannya. Apa yang ada hanyalah perbandingan mata kasar manusia, belaian nafsu serakah, cita cita, kesumat dan bayangan peribadi akibat arahan otak pada laluan situasi yang sedang galau.


"The grass is always greener on the other side" pepatah lama Inggeris kekal relevan diguna pakai. Rumput hijau tetangga nampaknya jauh lebih segar hijau, mungkin bajanya bagus? Kerajinan tetangga mantap? atau adakah ia rumput palsu?


Mencari ketenangan? Baiklah ayuh kita LERAIkan senarai di bawah dahulu, kemudian kita bercerita pula perihal MENDAKAP DIRI.


-------------------------


FAMILI


Nukleus utama pengenalan erti bahagia. Keluarga dan sanak saudara yang bagaimana sudah kamu miliki? Pupuk ikatan kasih sayang dan ruang hidup yang selesa, apakah ada? Dukungan keluarga terhadap aktivitas apakah ada? atau kamu digunakan sebagai contoh kambing hitam secara beterusan. Ini hal yang perlu difikirkan. - Keluarga, ada yang biologikal dan ada yang kita reka sepanjang hidup.


SEKS


Jangan malu-malu untuk difikirkan. Ia tidak kotor. Seks tidaklah merangkum pada giat laku atas katil samata mata. Secara asasnya adakah kamu menghormati jantina selama ini? Sudahkah dipastikan orientasi dan identiti seksual kamu? Apakah ia melibatkan hal maruah, tekanan dan depresi? Seksualiti dalam kelompok masyarakat sering melibatkan budaya, agama dan pemikiran sosial. Apakah kamu sering dibelenggu rasa bersalah? Fikir dan bertanya pada yang pakar.


SOSIAL


Sebaik keluar dari lingkungan selesa rumah dan keluarga - ada ruang lain yang perlu dihadapi secara tempatan atau secara nasional. Apakah masyarakat tersebut memberi tekanan pada kamu sebagai individu? Jika tidak, syabas! Jika Ya, hal ini akan terus menjadi gangguan emosi dan tahap bahagia. Bagaimana dengan usaha kamu berbaik baik dengan masyarakat? (Sistem, peluang, toleransi, layanan sosial dan lain lain) Ada garis halus yang perlu difikirkan sewaktu bersosial.


KEWANGAN $$$


Wang mampu menjadi punca pada banyak perkara. Wang bukan Tuhan, tetapi berkemampuan jadi kuasa kuat Fikirkan pergaduhan dan sesak kewangan. Selama ini bagaimanakah janaan kewanganmu? Baju diukur di badan siapa? Erti bersederhana dan mewah? Desakan material bagaimana? Merasa kecil kerana tidak berkecukupan? Wang menjadi titik yang macam macam: Penipuan, hutang, gangguan hubungan, berkira dan lain lain.


Wang banyak tetapi masih kosong?


PENCIPTA DAN AGAMA


Damai boleh dicapai jika kamu susuk yang akur pada susunan Pencipta. Ada yang memilih untuk mengenepikan Tuhan atau berfalsafah bagai orang meracau tentang Agama dan Tuhan. Lain orang lain caranya. Namun secara peribadi, pemahaman tentang Pencipta dan Agama mampu menghindari rasa angkuh, amarah dan rasa juah. Manusia sebaiknya redho dan telus dalam menjalani hidup (Ia akan diikuti oleh hal hal yang baik saat hidup). Kamu pernah melihat teman teman yang meracau tentang agama dan Tuhan? (Gagal membezakan tentang agama dan penguasa agama setempat)


FIZIKAL - BADAN


Tubuh badan yang sihat walafiat dengan mental yang baik penting demi menjalani gerak manusiawi. Atas dasar itu tubuh badan dijaga, dihargai molek. Badan dan mental sihat akan menjadikan manusia waras aktif. Pernah mendengar rungutan tentang fizikal yang bersifat vaniti selama ini? Atau kamu sendiri gemar merungut mahukan itu dan ini? Makanya belajarlah untuk menghargai tubuh badan beranggota lengkap. Selainnya jika tidak sempurna sekalipun boleh diusahakan secara sains atau secara redho (Gemok kurus, warna kulit, hidung kembang, tinggi rendah, wajah jelek - antara gangguan tidak masuk akal manusiawi). Tahap kesyukuran kamu saat ini bagaimana? Pemahaman gentik asal atau rungutan berpanjangan? Pernah melihat orang cacat yang mengagumkan?


Sudah tentu semua hal di atas perlu dilihat dengan penuh bijaksana. Inilah yang dimaksudkan dengan saranan sila LERAIKAN. (SETTLE IT FIRST AND FOREMOST)


NOTA: Manusia antara ciptaan yang bijak. Pemikiran masing masing akan bertembung bila dibentangkan apa sahaja. Artikel ini amat asas, tidak minta untuk didebatkan bagi yang belum dikurniakan pemahaman.


Comment