SELF-CARE/PEDULI DIRI

SELF-CARE
Self-care is taking care of and honoring your body, mind, and spirit in a way that activates your best self. Self-care choices are those that improve your physical, mental, or emotional health and move you towards your desired outcome.


PEDULI DIRI
Adalah langkah menjaga dan menghormati jasad, minda, dan semangat yang termampu demi memupuk dirimu jadi terbaik. Pilihan 'jagaan diri' adalah yang meningkatkan tahap fizikal, mental dan kesihatan emosi, dan mula melangkah pada hasil yang diimpikan.


NOTA: Berbeza sekali dengan 'Penting Diri' yang disuntik saat saat hidup/bertindak dalam keramaian. Peduli Diri atau Self-Care secara holistik adalah serapan setelah nilaian dilakukan, boleh juga salah kerana sesi percubaan dibetulkan dengan apa cara sekalipun (berguru, bertanya pakar atau apa sahaja). Peduli Diri tidaklah menjadikan kamu pejuang yang tidak tentu hala. Dengan tenang segala nilaian orang sekeliling kamu imbangi (selalunya penuh damai dipekakkan).


Peduli Diri seperti hal lain akan dihurung pertanyaan oleh manusia sekeliling dan dijawab penuh yakin secara skema, "ini hanya self-care, saya kenal kapasitas peribadi.' Tidak ada perdebatan yang diperlukan lagi.


Harus ingat. Senjata bernama KETAKUTAN akan jadi ugutan sesama manusia (busana, agama, pilihan, keputusan). Malangnya di pihak si tukang suntik, rasa takut itu juga masih kabur dan tidak sempurna mana hidupnya ya... remember that!


Bila self-care diabaikan, diterjemah pula sebagai pengorbanan, yang merasa sakitnya adalah pemilik jasad. Jangan pernah merasa diri sebagai ibu yang tidak baik kerana menjadi tidak tradisional... semua ada peruntukannya mengikut kapasitas dan olahan minda kamu yang dewasa dan matang.


Comment