MARAH!!!



"I marahlah...i geram...i benci...i meluat...celaka semua!!"


Biasalah... kita ada rasa marah, deria marah itu adalah kurniaan Illahi.


1. nafsu kita tidak berbalas


2. Lain disuruh lain yang mereka buat


3. Menyusahkan langkah dan waktu kita.


4. Menghina kita secara terbuka dengan niat mahu memalukan


5. Darah tinggi/rendah kita yang tidak terkawal. 


Sangat mengecewakan sebenarnya setiapkali kita dilanda rasa marah, bagi orang yang damai seperti kita. Kita kalau boleh mahu segalanya lancar dan tenang, suasana damai. Tetapi sayangnya kitaran dunia dan manusia yang berlapis lapis itu adalah mustahil.


Hari ini mari kita sama sama mengenal pasti apa agaknya kita bila marah? Marah kita adalah berbaloi? Bukan apa, takut nanti ditertawakan orang pula. Memang ada orang dilahirkan dengan wajah dan sifat pemarah. Dia tahu, tetapi tidak melakukan apa apa sebagai langkah baik pulih.


"Omg...you are right, she is an angry black woman!"


"So... have you met that angry ugly prunes at the office?"


"aku tak mahulah ada apa apa urusan dengan singa itu"


"oh! janganlah buat main, dia nanti mengamuk seharian sesen tak guna"


Orang marah, orang damai, orang pendiam, orang tidak berjiwa...segala mak nenek akan ada dalam dunia ini. Kamu akan temui mereka. Hari ini kita mahu lihat sifat yang paling orang tidak suka: MARAH.


Deria ini adalah untuk manusia sejagat mengenal pasti suasana sebenar. Kerana kata orang, apabila manusia marah kita akan mendengar segala kebenaran. Kebenaran apa?


Kebenaran tentang perasaan si tukang marah. Kebenaran tentang situasi sebenar sesuatu keadaan, besar kemungkinan bila marah ada rahsia rahsia terhambur, yang selama ini tidak kita ketahui.


Apa yang terjadi bila kita marah?


Segala sifat rasional kita akan tertutup. Ada tenaga baru dari belakang akan mengambil alih pemikiran dan nafsu kita ketika itu akan meransang hormon dan tidakkan gerak badan atau kinetik akan mula mengambil alih. Badan kita yang sedang tegang akan menyalurkan segala kolesterol asli dan secara saintifik tindakan kimia yang dikenali sebagai 'cathecholamines' akan terhasil. Ianya akan menyebabkan terkumpulnya segala lebihan lemak badan di bahagian jantung dan pembuluh darah. Oleh kerana itu ada orang mati sebenarnya akibat rasa marah yang membuak buak.


Rasa marah yang tidak terkawal itu akan berterusan mengganggu sistem ransangan manusia. Memutuskan aliran darah ke bahagian perut, menganggu sistem penghadaman. Ketegangan juga boleh mengakibatkan pertambahan asid di perut. Ahh... saintifik sekali penerangannya.


Nyatanya ia sesuatu yang tidak elok. Hormon hormon stress bernama Kortisol akan bertambah dan menambah kacau bilau hidup, mejadikan sistem ransangan kalut dan sukar untuk kembali menjadi manusia tenang, seterusnya menganggu sistem imunisasi.


Kita berbicara tentang sifat marah yang kronik. BUKAN marah marah sayang atau marah marah manja di sini.


Bagaimana menangani MARAH?


1. Kumpulkan tenaga melatih semula otak. Kemaskini otak.


2. Latihan pernafasan, supaya lega, tenangkan perasaan. Hela nafas keluar dan masuk.


3. Senaman. Ya, senaman membantu bukan sahaja meringankan badan tetapi pemikiran.


4. Kawalan yang sudah tersedia, untuk situasi yang sudah dijangka. Kamu tahu dan kamu kawal.


5. Dapatkan bantukan medikal. Ada ubatan kimia yang boleh meredakan sistem badan.


Bagi 5 hal hal yang di atas, ianya mampu dilakukan oleh manusia. Jangan tidak tahu berat badan dan kesan darah tinggi adalah penyumbang pada sifat marah. Tetapi jangan fikir kemarahan itu milik orang gempal gemuk sahaja, tekanan darah rendah untuk si kurus juga ada impaknya. Latihan seperti YOGA dan Olahraga membantu sebenarnya, orang yang bersukan akan muda mengenal pasti rasa atau deria hidup. Sistem pernafasan mereka lebih lancar dan dari situ mereka boleh berfikiran secara waras.


Manusia yang bijak dan sihat tahu, situasi situasi yang menjadi keterbiasaan, kelas manusia yang akan kamu jumpa bagaimana? Ekspetasi/Jangkaan manusia yang akan kamu berurusan itu lebih kurang akan sama. Persoalan dan permasalahan yang hampir sama, jadi kawal kemarahan kamu. Kamu sebagai manusia alaf baru harus kenal siapa pakar Endocrinologist. Apa tugasan hormon dalam badan demi hidup sejahtera. Kamu tahu sekarang kenapa wanita mengandung yang hormon tidak stabil dan maknyah yang mengambil rawatan ubatan ubatan kimia agak emosional? Ya, kita bercakap tentang KESEIMBANGAN HORMON dalam badan yang akan menentukan sejahtera damai manusia. Pakar Endo boleh membantu, kamu hanya perlu berterus terang sahaja pada beliau...situasi kamu yang mudah marah marah.


Marah marah siapa yang suka?


Orang akan mula menjauhkan diri dari kamu, lebih teruk kamu akan dituduh sebagai manusia gila tidak beremosi. Kamu pula antara sedar atau tidak akan marah pada apa sahaja yang dirasakan menganggu, walaupun untuk hal hal remeh. Sifat sifat ini sudah kamu saksikan bukan dalam paparan Medsos orang orang marah? Entah entah kamu juga termasuk kategori ini? Manalah tahu...


Pantauan sifat marah kamu ada kebaikannya. Kamu akan hidup lebih sihat, tampil sebagai penyabar dan tentunya akan lebih mudah berhubungan dengan sesiapa sahaja di bidang kerjaya, sosial dan berkeluarga. 


Bayangkan bagaimana takutnya anak anak dan saudara mara mahu menyatakan cadangan dan kemahuan daripada kamu? Kamu heran. Sepi. Merasa terpinggir. Terlupa bahawa semua ini hanyalah akibat oleh pengalaman mereka yang lalu menyaksikan API KEMARAHAN kamu yang meluap luap... Kamu boleh membaikinya.


Banyak akibat kemarahan yang berakhir di Mahkamah, Kematian dan hal hal yang sesal dalam hidup. Anak anak yang lari, saudara mara yang menghindari, kepalsuan kenyataan dalam setiap perbincangan kerana orang jadi takut dan benci pada si PEMARAH. Rugi bukan?


Marah adalah deria asli manusia. Sekali sekala kita akan diterjah oleh deria tersebut, namun biarlah segalanya jelas dan masuk akal. Marah itu ada hadnya, pastikan hari ni kamu nilai kembali graf kemarahan kamu...dalam seminggu berapa kali kamu marah? Perhatikan juga sifat sifat orang sekeliling kamu. Adakah mereka bercakap biasa biasa sahaja demi.... adakah mereka cuba menggelakkan kamu? Bagaimana kamu meluahkan rasa apabila marah?? Jangan sampai kamu mati kesepian hanya kerana kamu manusia PERMARAH.


bila bergebang tak mahu kalah, 


dia yang betul  semua orang  salah,


marah jangan sebarang marah, 


lama lama semua orang belah!

Comment