CINTA APA NOK?



Manusia kerana fikiran terlalu singkat mula menaruh harapan di usia awal. Tertarik pada lawan seks tidak kiralah samada mereka cisgender atau LGBT. Ada saja rungutan cinta tidak berbalas, cinta dikhianati, Cinta tidak kesampaian atau jatuh cinta sebelah tangan. 


Ingin sahaja aku maki mereka yang bermati matian berusaha mahu memenangi hati lawan seks mereka. Ada yang sanggup membelakangi keluarga, teman teman dan nasihat nasihat sewaktu hati mereka sedang giang ghairah.


Berkenan, tertarik, suka, comel cute semua akan keluar sewaktu nafsu membuak buak mahukan pasangan. Ditambah pula kata kata penyedap dari buku buku romantis yang mereka baca. Setiap manusia itu ada pasangannya. Cinta adalah kurnia. Cinta juga adalah pemangkin pada jiwa manusia. 


Tidak pula mahu mereka lihat bahawa dari titik cinta itu akan wujud pelbagai bala di hadapan. Bunuh diri? Merajuk? Kes Mahkamah? Dicurangi? Dikhianati? macam macam, segalanya hanyalah kerana KEMAHUAN DAN CARA HIDUP IMPIAN KITA TIDAK TERCAPAI. 


Mereka jarang berkisah tentang GAGAL CINTA pada aku kerana aku pasti pintas dengan...  


 1. Dunia ini luas · · · 


2. Aku menyuruh mereka kenal pada nafsu · · 


3. Aku akan bercerita tentang kisah bonggok manusia mahu MEMILIKI · · ·


  4. Aku meminta mereka mula mendakap diri dan memberi diri terbaik duluan · · · 


5. meminta mereka supaya tidak terbeli dengan pembentukan budaya cintan cintun yang hampir tidak wujud. Kalau ada seperti nasi panas yang mereda setelah...... · · · 


6. Selalunya mereka akan pergi sendiri kerana aku tidak menjamu emosi mereka yang seolah olah dihasut setan cinta


7. mereka tidak tahu bahawa akulah manusia paling romantis suatu ketika dahulu. · · · 8. Cinta kiranya ada hanyalah BONUS buat manusia. Ianya bukanlah dipaksa atau dibentuk oleh kamu manusia fana yang tidak ada apa apa sayang....




Berapa lamalah sangat jangka hayat manusia? Separuh hayat hidup bersama, kalau damai bahagia Alhamdulillah. Kalau sekalipun ditipu selama 10 tahun, tidak perlulah kamu mempertikaikannya. Ianya memakan nyawa dan tenaga. Tidak rasa rugikan bermatian cuba menangani cinta yang runtuh? Baik cari yang baru, kalau gagal kita bangun lagi. 


Ini tidak kamu bagaikan manusia yang rindukan bayangan, semakin dikejar semakin lari dan tidak dapat. Dari situ bermulanya rasa kecewa berat dan merasa diri tidak berguna. Bagaimana jadi berguna? Kamu menghambakan diri pada orang yang silap. Orang yang cepat bosan, Orang yang tamak, orang yang mahu mencuba cuba... dan ditipu pula kesetiaannya dari waktu ke waktu, itu yang kamu tahu, yang kamu tidak tahu bagaimana?


hey.... dengan manusia matematik mudah harus diamalkan. Dia okay kamu akan okay. Dia menipu? dia tidak berminat? dia suam suam kuku? Baik saja kamu berambus. Nah di sini kita dapat melihat ulah manusia yang TAHU tapi pura pura tidak tahu, penafian berat. Dia mahukan yang lain sayang... dia tidak berminat dengan kamu, yang dulu pun mungkin hanya kerana kasihan atau membalas budi atau ketika dia tidak ada pilihan.


Jadi... apa kata kamu? Masih mahu menangis lesu kerana cinta gagal?

Comment