SLOW FASHION - FESYEN PERLAHAN


SLOW FASHIONIni bukan soal ada duit atau sedang pokai. Ini penerangan mudah tentang Slow Fashion setelah kita kenal bagaimana mudaratnya Fast Fashion (kewangan, semangat diri, keadilan, keselamatan dan lingkungan)Dalam rumusan ini kita akan menggunakan singkatan FF dan SF.----------------------SF adalah aspek aspek kemampanan dan konsep yang sudah tentu bertentangan dengan nilaian FF. "Slow Movement – Gerak Perlahan" sebenarnya membawa saranan pada pengusaha pakaian agar menghormati Manusia, Lingkungan sekitar dan Binatang. SF juga berfokus pada tingkah brand/jenama dari peringkat awal produksi sehingga menjadi produk akhir. Begitu juga dengan pembetulan akan sikat/habit penguna. Bermatlamat pada pengurangan gunaan dan produksi produksi tamak merugikan. Manakala apa yang disebut sebagai 'Sustainable Fashion' merujuk pada daya tahan, teknik gunaan dan pilihan bahan bahan hebat dalam kitaran hayat produk (tahan lama, daya kitar semula, nilai meningkat, ubahsuai, turunan dll)Kenapa SF dianggap penting? Ada yang mengatakan ia trend untuk mengalakkan manusia KURANG MEMBELI tetapi bijak melabur pada helaian helaian yang berkualiti dan tahan lama. Tujuan pergerakan ini adalah untuk mengeluar, membeli dan memakai helaian yang ramah lingkungan dan mendukung kehidupan para artisan dan perajin sedia ada.


Godaan FF yang mengangkat kamu sebagai manusia penting perlu difikirkan semula, cuba hayati apa sebenarnya berselindung disebalik usaha SF.


Langkah dan Pemikiran kamu bagaimana?1. Kenal diri peribadi (ekonomi dan kemampuan $$$)2. Kenal iklim/cuaca daerah dan bahan buatan.3. Akur pada sikap-sikap beretika (upah, bahan, pelupusan)4. Niat terhadap artisan tempatan bagaimana?5. Apa serat serat semulajadi? (kain kapas, linen, sutera)6. Peka kempen (Pencemaran polyethelyn – plastik, sintetik, aliran dari parit industri ke sungai dan melobi pemerintahan)7. Maruah terhadap kitar semula, ubahsuai, vintaj. Merawat semula penuh bangga8. Nilaian UPAH berbaloi yang tidak berat sebelah.9. Mahu ikut serta Gerakan mana satu? Pembeli bodoh tidak peduli atau Penilai SF yang tampak cerewet?10. Tetaplah berfikir akan koleksi Kapsul bermutu tinggi dan terancang.


Artisan tempatan (tukang jahit, pandai emas atau apa sahaja) dan penguna yang selama ini memasuki daerah keliru perlu ada mahasabah. Penguna dan Artisan perlu menjadi jauh lebih bermaruah. Apatah lagi bila masuk bab UPAH dan penghargaan.SF bukanlah hanya bertumpu pada pakaian semata mata. Ia melibatkan banyak objek objek lain yang dihasilkan untuk gunaan seharian. Cuba lihat di sekeliling kamar kamu yang kecil dan cantik itu, cuba tulis nota ringkas akan objek objek yang ada....SF antara amalan tidak sewenang wenang tamak mengumpul tanpa guna, perbelanjaan terancang, pakar menilai kualiti dan tahu menghargai penghasilan produk/perkhidmatan.-------------------------------Mudarat FF tidak perlulah disentuh lagi.


Pemain utama pasaran FF terdiri dari Zara, H&M Group, UNIQLO, GAP, Forever 21, Topshop, Esprit, Primark, Fashion Nova dan New Look. Banyak syarikat syarikat ini berperanan sebagai PENGELUAR dan PERUNCIT sekali gus. Sekali lagi mata fesyen dan tanggungjawab kamu sebagai penguna dituntut.


NOTA PENTING: Selaras dengan kemajuan pemikiran penguna, ada jenama jenama FF yang memutar belitkan pengeritian SF. Mereka faham benar ancaman para penganut SF. Sememangnya ada barisan jenama FF yang memberikan kualiti, potongan klasik dan pilihan serat serat kain yang memenuhi syarat.

Comment