MANIPULASI BERITA



ADAKAH KITA JENIS YANG MUDAH DIMANIPULASI BERITA?


Difikirkan kembali ada baiknya medsos. Berita dan lapuran jadi pantas. Dibaca dan sesekali emosi merasa tercuit cuit. Kalau dahulu ternanti nanti cetakan akhbar harian, kini tidak lagi... peristiwa dari serata pelusuk mampu dinikmati dalam beberapa minit atas dasar tularan.


Pernahkah kamu merasa seronok, kecewa, kesal, ragu ragu setelah membaca berita yang dikongsi paut oleh teman teman medsosmu?


Menyusuplah pula mereka yang menikmati suasana kalut pembaca. Sang tukang tular bukan pemberita asal.


Berita jenis apa? Pembaca bagaimana?


Adakah dibaca tajuk dan terus melakukan komentar pedas agar kelihatan sebagai manusia yang wow? Dibaca dan disalah mengerti seperti syntax error? Lain orang kata lain kamu tanggap akibat lemah bahasa?


Sila ambil hentang: Berita yang baik sifatnya masih sama. Melapurkan, Telus, Jelas, Berniat melapurkan semata mata dan tidak menyebelahi mana mana pihak secara terang terangan. Bukan dilapurkan secara lewa...


Sifat kita pada sembarang pemberitaan harus kental dan bijak (bukan hanya kerana ini zaman pantas medsos, dalam cetakan terdahulu juga kamu dituntut membaca dan berakal). Kamu pernah membaca ruang RALAT dalam akhbar dulu, kini jauh lebih mudah tular hari ini, esok ditularkan pula PEMOHONAN MAAF. Sudah tentu persoalan penting di sini adakah berita tersebut penting buat kamu secara peribadi? Apakah cerita/berita/gosip itu penting untuk pembangunanmu sebagai manusia? Sesekali kita mahu bernakal nakal secara terhormat, itu kebiasaan di dunia maya.


Membezakan fitnah dan jenaka. Fakta atau auta semata mata? Kepuasan apa yang sudah diterima kalau dikongsi paut? Hati siapa agaknya yang bakal kita guris?


Jadi evolusi tentang hidangan berita harus sentiasa dikaji selia. Tidak cukup sekiranya dikutuk rapat mana mana personaliti dalam pemberitaan tanpa mendekati mereka dahulu. Dalam keghairahan mahu berita jadi tular, jangan sampai kamu dijadikan jambatan mudah oleh mana mana situs murahan.


Nasihat ini tidaklah meliputi parodi parodi, swafoto narsis dan sisipan jenaka medsos yang hanya berbentuk hiburan ringan. (meskipun ada dua tiga yang tidak sensitif pada budaya manusia).


Setakat ini sudah berapa ramai dari kamu merasa tertipu dengan berita berita dari medsos? Tularan restoren yang tidak sepertinya? Produk produk endorsan yang gagal? Mampukan kamu membezakan curhatan samada ia signal depresi atau sekadar luahan semasa? Ya, sama seperti lapuran berita, ianya harus tepat, bertanggung jawab dan jelas.


Nota sisipan kamu sewaktu membantu tularan juga harus dilihat penting. Jika tidak, dalam diam teman temanmu akan memberikan kamu label tertentu... mereka diam kerana ia tidak sedap dan memilih untuk selamat di dunai medsos.


Jangan tidak tahu ada latihan latihan pemasaran yang sudah menetapkan bahawa Tularan Berita Akan Membantu Peningkatan Jualan. (mereka memilih kamu untuk jadi jambantannya) Ada faham?


Selamat menikmati paparan yang sedia ada...


Comment