SAKIT MENTAL



SAKIT MENTAL


Merupakan segmen yang sudah mula diperkatakan secara terbuka di alaf baharu. Mungkin selaras pada bijaksana masyarakat atau terdedah pada segala gerak laku manusia yang semakin cepat, terbuka, terus terang terhadap kondisi. (kita bertemu pelbagai jenis orang dalam urusan hidup).


Namun, sifat penting diri manusia waras masih menjadi penghadang besar. Sesekali ditertawakan sebagai hal yang mencuit titik jenaka samada disengajakan atau tidak.


"Jangan nok...dia mental tau...isem, sasau, tak berapa betul tu!"


"Hang tengoklah dia nanti hilang berkhayalan bila ramai ramai, bukan betul tu... orang cakap lain dia cakap lain..."


"Tak kisah nok anakayam kiter wel wel... cakap dia bukan boleh pakai,"


Kita yang waras sempurna mencuit cuit, kuis kuis teman di sebela dan kita tertawa beramai ramai atas kedukaan tanggungan orang perseorangan yang mengidap sakit mental.


"Eh! Dia tahulah dia tak berapa betul... dia sendiri yang cakap...hahahaha!"


"Abis kenapa si A aku nampak macam sewel jer? Pelik tau...terkebil kebil tengok orang"


Hanya pengamal perubatan sebenar mampu menyarankan sebarang medikasi atau hal hal rawatan. Sebab utamanya sudah tentu kerana kita bukan pakar psikologis atau pakar ubat ubatan.


Sakit mental secara minor atau major boleh dikawal. Untuk manusia biasa yang polos seperti kita, cukup untuk diketahui kondisi sebenar sang pengidap. Dapatkan informasi tentang bi-polar secara tepat, tekanan manusiawi, meroyan setelah melahirkan (post partum blues), sakit mental warisan (hereditary instability of minds). Kita mahu kembali pada titik major dan minor pengidap. Berurusan sekiranya dia wujud dalam lingkungan kita, menawarkan bantuan rawatan atau memberi saranan yang tepat (bukan menawarkan remedi remedi peribadi).


Kita mahu melatih diri agar tidak mempergunakan situasi kekurangan orang lain hanya untuk satira hidup, bahan diperlekeh, objek untuk merasa diri kita beruntung. Ingat, sakit mental boleh menyerang sesiapa sahaja yang dekat atau jauh. Mengawal diri agar bersabar setelah tahu bahawa mereka yang berurusan denganmu adalah mental adalah tindakan terpuji.


Kasih sayang, simpati yang diujurkan serta pemahaman antara langkah awal kawalan dalam perubatan.


Ingat juga, meskipun sang penderita adalah orang lain. Ia melibatkan kamu berdasarkan hal asas perkongsian hidup. Apatah lagi kalau penderita ada pertalian darah dengan kamu.


Hal ini harus dijadikan topik penting sesama, agar solusi yang kekal subjektif dapat dicapai secara waras berhemah.


Comment