KRISIS IDENTITI

KRISIS IDENTITI


Merupakan fasa tidak pasti dan kekeliruan individu melibatkan titik rasa pada indentiti menjadi tidak selamat, selalunya diakibatkan oleh perubahan pada hala tuju harapan atau peranan dalam masyarakat.


Pecahan pada indentiti gender sudah dikenal pasti setelah kita menelaah maksud SOGIE. Namun identiti menyeluruh sebagai manusia boleh mengakibatkan perasaan goyah manusia bila menyertai masyarakat secara terbuka.


1. Rasa selesa peribadi


2. Penghakiman secara peribadi dan dari masyarakat


3. Tahap peduli individu dan peduli masyarakat


4. Solusi dan rakan sokong bantu


5. Lokasi, Sejarah dan bentuk naugan Politik dan Agama.


Segala kekeliruan yang digelar krisis identiti boleh hadir daripada individu dan akibat dari penghakiman peribadi atau masyarakat sekeliling. Ini adalah hal yang paling asas.


Setiap kita tanpa mengira apa bentuk jantina membawa identiti masing masing. Identiti secara literal adalah bentuk@cara gerak, berbahasa, stail, kesukaan, curahan –expresi, pendekatan, yang dipamirkan oleh si individu dan kemudiannya pula ditafsirkan oleh manusia terdekat (keluarga, teman teman, orang sekampung, polisi negara, pihak politik dan agama). Secara longgar IDENTITI diterjemahkan begitu.


Cukup tidak cukup? Untuk siapa? Demi apa?


Maka timbullah jenaka jenaka tentang manusia tidak beridentiti (tanpa pasport, persona non grata atau kad pegenalan diri), meniru identiti personaliti sedia ada, kelaku secara bermusim atau manusia yang lain dari manusia yang biasa yakni beridentiti tidak selari, luar biasa atau pelik. (terpulang pada tafsiran orang).


Krisis identiti melibatkan kiraan pertembungan yang melibatkan budaya setempat, budaya semasa dan keterbiasaan sedia ada. Terdapat indivdu kuat yang tidak pernah peduli pada hal identiti dan terus hidup begitu sahaja (mereka dianggap bertuah kerana menjimatkan tenaga dari berfikir yang bukan bukan atau secara semulajadi indentiti mereka selari dengan permintaan lingkungan). Harus ingat, masalah hanya muncul apabila ada pertembungan, persoalan betul atau salah, halal atau haram, ya atau tidak (menjadi masalah sekiranya sang individu gagal membaca dan mengambil tindakan)


Sama seperti sifat ubat dalam badan YMMV (Your Mileage May Vary) penetapan pada identiti yang kukuh dan kuat tidak pernah ada resepi atau formula khusus.


Atas dasar tersebut kita akan bertemu dengan ramai yang dianggap menggalas bersama krisis identiti (sebenarnya kita semua membawa bersama identiti di bahu – cumanya kita selesa dan biasa). Namun ada orang yang gerak gerinya dipertikaikan, dijadikan bahan ketawa, berterusan dipersoalkan dan paling teruk apabila ia melibatkan hal kesihatan mental sang individu yang tidak stabil dalam menghadapi situasi tersebut. Tanpa sedar muncullah manusia yang pelik, menarik perhatian yang salah sehingga ada situasi yang melibatkan hal BUNUH DIRI.


******


Berikut adalah terjemahan dari lapuran tentang Krisis Identiti LGBT Italy bertarikh: 21 April 2015


Pakar bedah otak Italy mengatakan para manusia gay membunuh diri bukan kerana tekanan hidup dalam masyarakat homphobik, tetapi kerana deraan krisis identiti.


Massimo Gandolfini, pengarah sain saraf dan ketua bedah saraf di Poliambulanza Foundation di Brescia, berucap sewaktu pertemuan yang dianjurkan oleh Comitato Articolo yang berkempen menentang mengajar kanak kanak tentang gender dan seksualiti.


Beliau menekankan bahawa kadar bunuh diri di negara negara yang dianggap 'mesra gay' adalah tinggi, walaupun negara negara tersebut mesra gender.


"Selama ini pernah dikatakan sebagai bukti bahawa kadar bunuh diri tinggi kerana masyarakat tidak mesra atau menerima"


"Sebagai bukti bahawa kenyataan itu salah, sila lihat pada data dari Belgium dan Skandinavia. Insiden insiden bunuh diri di 2 negara ini, yang dikatakan 'gay-friendly' masih kekal tinggi kerana di sebalik kisah kisah ini melibatkan tidak selesa identiti – identity discomfort" Gandolfini memberi kenyataan pada L'Espresso.


Kenyataan sang professor bertentangan dengan lapuran yang dicetak pada 2007 oleh Ilga-Europe, sebuah organisasi hak LGBT yang sebaliknya mengatakan,"kajian terperinci sudah menunjukkan bahawa suasana sosial yang menidakkan dan berstigma pada LGBT remaja mengakibatkan ramai dari mereka memilih untuk bunuh diri untuk keluar dari depresi, kesunyian dan hidup tanpa harapan"


Gandolfini, yang mengajar sains saraf di Catholic University of The Sacred Heart di Milan, mengatakan bahawa dorongan bunuh diri manusia hanyalah sekiranya mereka tidak bahagia/gembira pada identiti mereka: " Selagi manusia rasa tidak selesa dalam diri mereka, ia tidak lagi mudah untuk terus hidup"


Tambahnya lagi adalah tidak wajar guru guru untuk menebak orientasi seksual kanak kanak dan kemudiannya membenarkan mereka jadi gay, hanya berpandukan kebebasan untuk memilih.


"Sekiranya kita menemukan apa yang digelar 'tidak selesa identiti", pendidik tidak seharusnya menidakkan rasa tidak selesa tersebut, sebaliknya rasa tidak selesa itu harus dirawat/pantau"


Kumpulan hak gay dan politisi di Italy sudah menyatakan secara perundangan untuk membenteras bunuh diri di kalangan gay.



Seruan untuk tindakan undang undang pada anti-homophobia telah disuarakan setelah kejadian bunuh diri remaja 14 tahun pada tahun 2013. Remaja tersebut terjun bangunan di Rome, meninggalkan nota kecewa pada masyarakat yang kurang pengertian terhadapnya kerana dilahirkan sebagai gay.





Manakala di Malaysia kita sudah melihat bagaimana krisis identiti yang terbentang di laman medsos. Ada kes kes yang bagaikan kusut bersawang dan ditambah burukkan lagi oleh tindakbalas para netizen.


Identiti diri yang bersawang itu adakalanya sengaja dipaparkan sebagai tatapan yang tujuannya pelbagai. Perniagaan, populariti dan ada yang dirakam tanpa sedar oleh tuan punya tubuh. Tidak kiralah secara sedar atau tidak. Dipaparkan dalam bentul bergambar, bertulis atau di videokan. Secara jelas ia adalah KRISIS IDENTITI tidak kiralah samada tuan punya tubuh itu dikatakan cisgender, transgender atau yang tidak dapat di pastikan apa sebenarnya kegalauan mereka.


Antara isi isi paparan yang melibatkan KRISIS IDENTITI BERBAHAYA:


1. Menjual nilai pada suatu keinsofan (ini paling banyak)


2. Bercakap tanpa hujung pangkal dengan aksi aksi aneh (e.g Iqram Dinzly)


3. Pengasas barangan yang membahagikan kehidupan pada dua (medsos dan dunia nyata). Populariti yang absurd!


4. Pihak Jabatan Agama yang ikut mendukung program mahu merubah manusia memilih individu tertentu dengan harapan besar (akhirnya dicurangi dan menjadi buah mulut)


5. Rakaman dan curahan sang OCD dan kenikmatan berdebat panjang di ruang medsos, begitu juga dengan ugutan mahu bunuh diri yang terlalu kerap seperti ulangan memakan bertih jagung.


PESANAN


Sebaik sahaja kamu rasa ada hal krisis identiti, tanganilah sebaik baiknya. Krisis ini melibatkan deria waras manusia dan cara manusia berimbang dengan alam sekeliling: Lokasi, Negara, Politik, Keluarga, Teman sekerja, Agama dan apa sahaja dalam lingkungan terdekat kamu.


1. Dapatkan bantuan secara medikal dari hospital kerajaan atau swasta


2. Tidak melakukan diagnosis secara peribadi (yang melibatkan ubat ubatan kimia)


3. Mencari rakan sokong bantu dari organisasi yang dipercayai


4. Tidak semberono menjadikan krisis identiti sebagai paparan berkala di mukabuku atau ruang medsos lain.


5. Berdamai dengan diri seadanya


6. Berterusan mencari solusi dengan cara yang berhemah.


7. Dinding medsos yang dirasakan terbuka dan akhirnya menambah sakit pada krisis identiti. (makanya berpada pada bercurhat).


Harus ingat sama seperti hal perubatan yang masuk ke dalam badan bersifat YMMV, manusia tidak pernah sama. Kembali menilai imbangan keselesaan kamu dalam keramaian atau bila perlu berurusan. Tahap humor kehidupan di hitung. Bukan semua manusia perlu mendapatkan perhatian ramai. Gabungan rasa: Jaya, Kecewa, Gembira, Pilu, Gagal dan Keraian hidup harus selaras didakap sebagai manusia.


Jelasnya IDENTITI tidaklah sedangkal yang sering dibicarakan dalam dunia fesyen bila berbusana dan berpenampilan. IDENTITI dalam sebenarnya lebih dalam dari hal tersebut.


Krisis apalah lagi kalau sudah dikurniakan segala kesempurnaan tubuh badan, udara yang nyaman, lingkungan yang aman dan kehidupan bergabung yang jauh lebih baik dari lokasi lokasi terpinggir yang lain?


Selamat menikmati hidup tanpa KRISIS IDENTITI.


Comment