BICARA TENTANG KONMARI

TENTANG KONMARI LAGI...


1. Pakaian (segaja jenis busana)
2. Buku
3. kertas kertas (surat, poskad, bill dan lain lain)
4. Komono (alatan elektronik, pendawaian, alat solek dll)
5. Sentimental (bagaimana mahu disimpan, tayang atau apa?)


Segala isi rumah diselidiki. Dibahagikan pula pada 3 kategori lain:
a. di simpan kerana masih 'membuah rasa bahagia' Spark Joy
b. didermakan pada persatuan atau individu lain
c. untuk dilupuskan di tempat pembuangan sampah.


Ruang hidup manusia antara ubat bius rasa sejahtara. Kemampuan untuk berkonmari adalah kerana kamu pemilik pada bangunan (ruang hidup). Ia lebih bersistematik berbanding langkah langkah biasa dalam hidup (sedekah barang, wang, buang barangan yang mencapai tarikh lupus).


Jika masih teragak agak dan  tercari cari alasan, jangan risau. Kamu mungkin sudah membentuk keterikatan pada barangan akibat asal usul taraf ekonomi (keluarga susah suatu ketika, susah payah memiliki barang dan lain lain). Ada kotak tidak pasti yang membolehkan kamu kembali berurusan dengan emosi kamu nantinya.


Tidak ada sesiapa yang boleh mempengaruhi ikatan kamu terhadap barangan duniawi. Jangan dihakimi mereka yang kamu fikir kedekut dan kemut untuk melepaskan barangan. Mereka masih lagi dalam proses menilai tentang hal hal milikan, semak, kolektor atau apa sahaja alasan.


Sesekali kamu ditakdirkan melangkah masuk ke hotel penginapan atau rumah peranginan, jiwa jadi kagum pada susunatur perabot, kamar tidur, taman dan ditujah rasa lapang bahagia. Nah! itu antara serapan awal sistem KONMARI.


Regina Ibrahim
26.09.19


NOTA: Berikut adalah penulisan penuh tentang KonMari di portal Jejak Tarbiah. Konmari atau tidak kita akan bertanya tentang diri dan ruang. Apa yang semak? Mana yang perlu? Apakah kita manusia hoarders? atau kita memang cintakan DUNIAWI sangat sangat?


https://www.jejaktarbiah.com/tentang-konmari-marie-kondo-dan-spark-joy/?fbclid=IwAR30YvOFKRP0e6PqWvjy_k0vKR0VImae40bZyVKGJO07u0PbskKqVhyqoOQ

Comment