KISAH ROGOL

ROGOL YANG DIANGIN LALUKAN.


"Kau jangan macam macam aku rogol kang....," penonton ketawa para pelawak bersemangat


"Jangan jangan bang... Ina masih suci," penonton ketawa lagi terbahak bahak tergeletek hati


Penonton di atas mungkin kita yang menonton atau berkumpul bersembang kosong sambil ketawa ketawa.


Minda dibentuk untuk melihat ROGOL sebagai sesuatu yang lucu, sensasi, siapa, apa, bila, di mana? Ketawa lagi... sambil mengukur diri dan nasib malang orang. Kemudiannya diaduk fikiran dan pengetahuan cetek manusia tentang sebab musabab perempuan dirogol. Disentuh soal kelaku, pakaian, tingkah dan tahap sosial si mangsa... hebat sungguh minda tidak adil itu bergerak.


Jangan tidak tahu ada kumpulan manusia yang gemar menonton babak rogol dalam filem yang dikatakan berseni. Kejadian kejadian rogol di India memaksa para feminist untuk mendesak filem filem di India agar tidak mendewa dewakan babak rogol yang keterlaluan.


JANGAN BEGITU!!! Hubungan badaniah tanpa rela satu pihak bukanlah pekara main main. Tidak lucu. Membawa trauma dan membekas luka dan parut psikologi. Ini BUKAN kes rela yang digelar Zina.


Fikirkan kes Nur Suzaily Mukhtar yang bertudung sopan dirogol bunuh oleh Hanafi Mat Noor di pembukaan tahun 2000.


----------------------------------------
Busana perempuan sering dijadi isu, manakala lelaki? Jantan, mereka memang begitu, normal la.... pakai lagi seksi seksi mendapatlah!


Maaf ini bukan perang jantina. In perang mentaliti, sifat dan khilaf pendekatan manusia.


1. Pernah sang ibu berpesan pada anak lelaki agar jangan merogol paksa, menganiaya anak gadis orang?


2. Mangsa sering dipandang miring, merasa tertekan hanya dikatakan berada di tempat salah dan berpakaian mengundang. Dimana hormat sesama manusia untuk saling membantu?


3. Digariskan penuh yakin, sebab musabab kenapa mereka dirogol. Dari gaya, pilihan busana dan lokasi. "Kenapa kau berada di situ?"


4. Berulang kali mangsa terus dianggap terlibat dengan pergaulan bebas. Bagaimana pula dengan anak anak perempuan bawah umur dan bayi yang didera secara seksual? deraan dari penjaga atau manusia dewasa yang seharusnya prihatin bertanggungjawab?


Akhirnya segala lapuran media tentang rogol dan gangguan seksual dibaca sepintas sahaja sebagai kisah sensasi, diangkat jadi lucu, bahan jenaka, hanya kerana ia tidak terjadi pada diri atau ahli famili terdekat.


Ini belum lagi masuk hal trauma mangsa, tekanan perasaan saat membuat lapuran kerana diuruskan pula orang pegawai yang tidak prihatin bermulut jelabas. Urus selidik yang memakan masa panjang - lapuran polis, dokumen hospital, semakan bahagian alat sulit dan lain lain.
Tanpa sedar dalam memberi pendapat terhadap kes kes rogol dan gangguan seksual kita menjadi cenderung condong tidak adil.


"Padan muka..., orang baik baik waktu waktu begitu dah balik tido! Bukan clubbing!"


"Allahu... kau tengok pakaian dia pun kau faham kan? Mengundang sangat!"


Kita terlupa bahawa ia kejadian buruk dan nasib mangsa. Begitu terlupa dengan cara hidup orang yang tidak sama dengan nilai nilai yang kita amalkan, menghakim pula berlandaskan nilai hidup yang kita bawa.


Ingin diulangi bahawa ROGOL adalah hubungan badaniah tanpa direlakan oleh pihak pelaku. Menceroboh anak bawah umur, paksa seks di kalangan banduan, umpan umpan bijak demi nafsu, melihat wanita sebagai objek seks semata mata.
Tuduhan dan persepsi masyarakat menjadikan mangsa takut untuk membuat lapuran, si pelaku masih bebas dan ada yang bersifat berani dan dominan untuk terus melakukan deraan seksual secara berkala.


Kita berdebat penuh takjub tentang sang isteri yang wajib memenuhi kemahuan seksual sang suami bila bila masa, perempuan menjadi punca rogol/deraan seksual kerana menolak kemahuan pasangan. Kita berdebat rancak bila ada isteri melapurkan suami mereka merogol mereka. Masih ingat kata kata mentah seorang menteri Malaysia suatu ketika dahulu? " If you got rape, try to enjoy it..."


Secara psikologi ia sangat menganggu. Kebanyakan mangsa deraan seks tidak pasti samada saat kejadian mereka dirogol. Ketakutan terhadap stigma adalah sebahagian puncanya, begitu juga ketika badan merespon pada trauma secara automatik.
Ada mangsa yang mengambil masa satu dekad untuk mengenal pasti bahawa apa yang terjadi itu bukanlah hubungan/affair, tetapi rogol/deraan seks. Ramai mangsa yang menelan bahawa segala kesalahan itu jatuh di bahu mereka dan memerlukan masa panjang untuk berterapi. Terdapat mangsa yang menanggung rogol/deraan seks berkali kali oleh orang yang mereka kenali, kenalan terdekat, ketua pejabat, saudara mara dan diganggu oleh kebaikan setelah kejadian (hadiah, perhatian, bantuan hidup - $$) si pelaku yang bagaikan sesal setelah merogol...


Paling pilu apabila si mangsa tidak keruan mengidap PTSD - Post-traumatic stress disorder, yang menganggu pertumbuhan si mangsa sebagai manusia yang seharusnya layak untuk hidup bahagia.
-------------------------------------


NOTA: Luaskan bacaan kamu tentang rogol. Perilaku keji ini dingatkan pada anak anak tidak kira jantina. Jangan ghairah sangat sehingga menilai itu dan ini pada tatacara hidup orang. Jadi lebih objektif. Mulakan topik ini pada anak anak agar mereka berwaspada agar tidak jadi PELAKU atau paling pilu menjadi MANGSA. Kita sudah terlalu lama menyaksikan perempuan mengutuk perempuan bila terjadi sesuatu musibah.

Comment