BERHUBUNGAN



HUBUNGAN


Sudah tentu kita membenarkan sesiapa sahaja kenalan yang hadir untuk menafsirkan diri mereka. Caranya terpulang dan masing masing berpilihan. Manusia apabila bertemu dan berhubung sebenarnya mempamirkan siapa, bagaimana, cara dan macam macam terhadap regu temu.


Topik ini tidaklah sebarat mana. Latihan bersiratulrahim untuk menjadi telus sebagai individu.


Sesiapa sahaja mahu disukai oleh manusia yang dihubungi, tanpa mengira darjat atau cacat fizikal. Kita mahu diterima, disukai, dikasihi, diingati dan dikenang oleh para teman? Kakitangan tempat kerja? Mertua? kekasih? atau siapa sahaja termasuk kenalan baharu.


Akibat konstruk yang sudah dicerap tanpa sedar manusia, adakala memaksa diri menjadi bukan diri mereka yang sebenar. Berpura pura dalam jangka panjang pastilah berbahaya. Falsafah barat yang agak queer: I am what I am sering diungkapkan sebagai penyedap bicara ketika tampil atau ketika menyatakan tentang diri. Hakikatnya itulah dia, jika tidak diungkap sekalipun undang undang dalam berhubungan memang begitu. Kamu adalah dirimu dan tidak mengubah apa apa untuk orang lain. Penerimaan atau penolakan pula terpulang pada sesiapa sahaja (suka tidak suka, benci, meluat, geli, lemas dan macam macam). Merapat atau menjauhkan diri dalam radius pilihan.


Mungkin ramai di antara kita yang bertuah dikurniakan mata hati yang cekap, bijak dan liar melihat, menebak dan mempelajari suasana lantas mengawal bicara dan gerak langkah di mana kita berada. Suasana yang dipilih, terpaksa atau sukarela... kita percaya selagi kita dewasa dan waras, kita akan mampu berada dalam suasana apa sekalipun. Bagi mereka yang kabur pasti akan jadi masalah untuk terus beranalisa kenapa, mengapa dan adakalanya emosional terhadap pertemuan lama dan baharu.


Kita sering akan bermasalah sekiranya kita masuk dalam sesebuah ruang membawa bersama harapan besar. Kecewa setelah mendapati ada hal hal hasrat hati yang tidak mungkin tertunai. Nah! uruskan dirimu dengan hal yang dinamakan HARAPAN itu dahulu demi meringankan bakul emosi.


- Nampak sombong semua


- Siapapun tak layan i


- Kekwat masing masing bercakap aksen inggeris


- Nampak macam bukan muslim


- I rasa terpinggir


- Macam macam lagi rungutan manusiawi tentunya.


Latih menerima manusia seadanya. Dalam perhubungan manusia dan manusia, tidaklah wajib adanya tauke besar yang dominan. Yang ada hanyalah kompromi, serta pemahaman. Oh! dia begitu, si polan begini, si A orangnya jelas, Si B agak pendiam tapi bisa meledak bila bila masa... Si C pula aku senang mendengar dia berbicara. Pokoknya macam macamlah yang akan kamu temui dan bisa saja memilih di hujung situasi untuk terus kekal bersama atau angkat punggung berlalu tanpa ada sebarang kebergantungan.


Latihan kompromi bukan membawa maksud setuju 100 persen. Penolakan juga boleh terjadi pada segmen segmen hidup temanmu atau dirimu sendiri. Ada kualiti kualiti yang sudah kamu tetapkan di hati tapi tidak disuarakan, mana mungkin? Kamu siapa? Mana yang elok didepa tangan dan yang kurang ngam ditidakkan dengan cara terbaik... Harus kamu ingat manusia lain punya cara yang berbeza... dan bukan tugas kamu untuk membega bega sifatnya, kalau ditanya berikan penerangan sebaiknya.


Hubungan manusia dan manusia sebenarnya tidak ada paksaan. Tanpa paksaan tidak ada rungutan dan drama bukan?


Comment