MANUSIA JAHAT




JAHATNYA JIWA KITA SEBAGAI MANUSIA.


Sesekali akan muncul dan tular, portal yang mahu menuai sensasi, kisah kisah warga asing yang hidup di negara yang makmur ini. Dipaparkan kisah bagaimana anak gadis tempatan lebih berminat untuk bercinta dengan jejaka Bangladeshi.


Komentar warga tempatan juga jadi berjabu jabu. Penuh dengan kesumat dari lelaki, perempuan dan juga yang berjantina sesuatu. Mengatakan bahawa mereka (para gadis tempatan) suka zakar besar panjang dan ada tanpa tanggungjawab mengatakan perempuan Melayu gila seks.


Sudah lama perhatikan di medsos sifat rasis dan cemburu yang begini.


Mereka yang bermulut ganas berkomentar jelas jelas memperlihatkan sifat hati jahat mereka bagaikan tidak tahu sifat manusia secara asas bila menangani rasa hati, sepi, berteman dan belaian sesama. Mereka yang benar benar alim tidak akan berbicara tentang hak orang dan kemahuan orang, bersembangpun mereka tidak mahu rasanya. Masalahnya mereka yang pura pura alim. Kata kata mereka beracun lelaki dan perempuan serta kaum sesuatu tersebut.


Padahal? Merekalah yang ternganga melenja air liur melihat filem Hindustan, adakalanya diulang tiga empat kali kerana stim pada hero dan heroein pilihan masing masing. Jahat mereka ini saya fikir. Kenapa? Kalau berkasih dengan lelaki arab dan mat salleh lebih tinggi kastanya? Apa punya mentaliti kalau begitu?


Kebebasan jiwa, masing masing yang punya. Badan mereka hak mereka. Bakal menempuh gelora hidup juga mereka bukan kamu. Jadi cuba latih diri bersifat mulia sedikit, sama seperti apabila kamu dalam mood dakwah mengatakan bahawa setiap insan di dunia ini sama sahaja di mata Tuhan yang Esa. Ingat atau tidak?


Jadi, tidak perlulah dibebelkan panjang lebar lagi. Cuba selidik diri sendiri, apakah kita sudah bersifat mulia dan menghormati pilihan orang lain.


Comment