BO: BAU BADAN

BAU BADAN


"Sedap bau perfume dia...so nice, siapa pakai ek?"


"I...  sembur tester kat Parkson tadi... check check harga berdentum! Ya, Tuhan...," jawab Anna selamba.


... dan kami teruja bertanya akan jenamanya.


Manakala Amin (bukan nama sebenar) meninggalkan gim, dia berjalan menemui sekumpulan teman teman. Sebaik sampai mereka saling berkomentar tentang bau badan tak sedap, masing masing terbayangkan bau badan siapa agaknya?


Sebaik menyedari bahawa bau itu hadir badannya, Amin merasa sangatlah terhina. Memang hari tersebut dia terlupa membawa deodaran dan tidak mandi.


-------------


Nama saintifik 'Bromhidrosis' atau nama mudahnya bau badan terjadi sebaik akil baligh akibat tindak balas hormon androgens. Atas dasar itulah bayi dan budak-budak badan mereka tidak berbau.


Sebenarnya peluh tidaklah berbau, peningkat bau adalah bakteria yang membiak cepat akibat tindak balas protin keratin di permukaan kulit. Begitu rancak sekali ya?


Selain dari ketiak, pembiakan juga boleh berlaku di kawasan berlipat, dubur, paha, kepala dan kaki. Jadi bahagian badan tersebut haruslah dibasuh/mandi - tumpukan pada bahagian yang kerap berpeluh.


"Kenapa teman yang naturulis, tidak memakai apa apa deodarant - masih segar tidak berbau?"


Pernahkah kamu mencium aroma bila membuka kaki berstokin yang uap uap berbau tidak enak? Sehingga kamu malu untuk masuk ke kawasan yang meminta agar kasut dibuka?


Dengan cuaca tropika stokin seharusnya dari jenis yang menyerap peluh, kasut terpilih dibuat dari bahan yang sesuai. (kakimu mengalami perpeluhan, tertutup tidak diserap, peluh tidak kering dan bakteria aktif membiak)


Deria bau kamu secara peribadi bagaimana? Apakah deriamu sudah mati akibat resdung atau hidung tidak terlatih? Saat ini juga cuba hidu bahagian ketiak kiri dan kanan, kemudian berterus terang pada diri tentang tahap higenis peribadi.


Bukan kamu tidak pernah membaca muatnaik di medsos tentang bau badan ketika menaiki pengangkutan awam? Ya, terlalu kerap mereka mengetik dinding mesdos untuk melapurkan bau badan bukan? Tidak kiralah samada untuk warga asing atau orang tempatan yang berpusu pulang dari kerja. Terlalu kerap sehinggakan kita menuduh mereka OKB (orang kaya baharu)


Bagaimana melawan bau badan?


- berkenalan pada fungsi ANTIPERSPIRAN


- pastikan bahagian badan sentiasa kering agar bakteria tidak berpeluang membiak


- Solusi Hidrojen Peroksida sebagai langkah kawalan/rawatan - dalam anggaran 1 sudu teh HP dan 1 mug air... rendamkan tuala, perah dan bilas pada bahagian yang kerap berpeluh (ketiak selalunya) - solusi cuka epal juga boleh merawatnya, harus rajin.


- Solusi tradisional - kerap merawat dengan menggosok limau nipis, belimbing masam di bahagian ketiak dan celahan badan ketika mandi.


- Baju yang sudah menyerap peluh dibasuh cepat. Kalau boleh janganlah diulangi.


- kenal akan diet (pemakanan) Rempah dan bawang yang memangkin bau badan ketika berpeluh.


- Bercukur di bahagian tertentu untuk mengurangkan perangkap peluh di bahagian kulit.


- Jangan terlalu YAKIN pada bau badan kamu. Tanya pada teman teman, isteri, adik beradik atau sesiapa sahaja: "Badan aku berbau tak?"


Tahap Peduli atau tidak, hentang atau lewa? Ternyata BO selalunya  diperkatakan secara bisih bisik orang sekeliling sebagai modal hencapan. Manusia suka pada kekurangan demi merasa mereka lebih sedikit, tak gitu? Teman teman rapat kamu bagaimana? Kawan yang baik akan berbisik padamu... sesekali disemburnya haruman secara sopan (dia tahu akan ada ramai orang atau menujuk ke majlis) atau dihadiahkan deodaran sewaktu ulang tahunmu.


NAMUN: dalam sesetengah masyarakat bau badan diterima. Kelompok naturalis tidak percaya pada pewangi badan atau losyen pewangi. Sesetengah amalan agama mempunyai panduan ketat tentang amalan mandi manda dan menjaga kebersihan diri (mandi wajib, mandi sunat, mandi limau juga bunga dan lain lain). Hal hal ekonomi antara musabab menjadikan bau badan tidak diambil kira dalam sesebuah masyarakat. (beras atau pewangi Aramis?) Mereka yang pernah bekerja sama dengan orang orang dari Myanmar, Pakistan, India pasti mengerti (kita berbicara tentang kaum marhaen di sini) Jangan lupa wangi wangian juga banyak yang berasal dari negara mereka Setanggi, Kemenyan dan Pokok Kayu yang dijadikan pewangi yang kamu katakan tengik! Bau juga sebenarnya adalah Konstruk Psikologi manusiawi... (ia harus begini atau begitu...kan?)


Jadi beginilah ya anak anak semua...


Terbaik untuk melawan bau badan adalah melalui pencegahan. Sebaik baligh dilatih diri tentang deodoran di bahagian ketiak, itu sudah cukup.


Latih deria kamu mempertajamkan bau. Ketika berada dalam lif, kenderaan awan, ruang menunggu atau lingkungan berhawa dingin. BUKAN untuk menghina, cuma untuk tidak terbabit membawa bau mual atau tidak selesa pada orang lain. TUKAR sifat lewamu menjaga diri demi bau badan.


---------------


"Kita mami mami Penang kuat makan rempah kan? kata bagus untuk badan, ni kata bau nanti tak elok pulak... how?"


Rempah mengandungi gas sulfur. Setelah dimakan sudah tentu ada tindak balas kimia dalam badan. Begitu juga dengan bawang putih, serbuk kari atau rempah ratus lain, jika tidak beruntung baunya akan jadi tengik...ahhh! bau keju Itali juga tidak sedap bukan? Jadi di Asia kita harus berjaga jaga pada pembiakan dan tindak balas bakteria, perempuan juga ada yang berbau kesaq ketika berpeluh dan sewaktu haid.


Stress atau tekanan juga mampu mengeluarkan bau yang tidak enak. Lagi stress lagilah banyak peluh yang keluar, jika tidak ada pelapik (pewangi) bagaimana? bau tersebut akan bertebaran, tambahan pula dalam ruang sempit atau ketika intimasi.


Rajin rajinlah membasuh pakaian, jika bau peluh kamu kuat gunakan bahan bahan cuci yang mampu membersihkan dan menyegarkan. Kering dan wangi penting untuk busana. Para showgirls akan faham tentang bau pakaian yang dipakai oleh ramai dan jika tidak dicuci.


Selain dari rempah ratus, alkohol yang masuk ke dalam aliran darah juga mampu menghasilkan bau badan yang sangat kuat melalui nafas dan peluh. Kebanyakan alkohol akan di proses dalam hati dan dikeluarkan dari badan dalam bentuk peluh dan air kencing. Tetapi jika anda minum alkohol secara berlebihan, maka ia menyebabkan hati tidak boleh memproses bahan ini. Perokok jangan cakaplah... baunya sangatlah tengik jika dihidu oleh bukan perokok.


Kelenjar peluh EKRIN dan APOKARIN yang berada di ruang rerambut (bahagian kepala dan ketiak selalunya) membawa sekali aliran lemak ... pembiakan bakteria di situ akan menerbitkan bau yang tidak sedap.


Jika masih tidak berkesan sila temui pakar medik.


Kenapa sering disarankan antiperspiran?


Kerana ia akan menjadikan kamu tidak berbau, mengering. Sapu sebelum tidur, sebelum keluar rumah, ketiak akan lebih kering tidak melekit (mencari kesesuaian antiperspiran adalah melalu trial/error - ada yang boleh menyebabka rengsa jika tidak tepat) Boleh juga memakai batu tawas komersil untuk dicalitkan di ketiak sebagai penghadang bau (biak bakteria).


Jika peluh bukan punca utama bau badan kamu, pastikan pakaian terpakai dicuci bersih atau tukar cara pemakanan. Paling penting adalah deria bau pada diri sendiri, bertemu pakar jika terlalu kronik dan saranan orang terdekat yang ikhlas.


Ada juga bau yang tidak enak terhasil akibat pemilihan pewangi yang tidak sesuai. Pewangi yang baik adalah lapisan yang bertindakbalas dengan aroma asli badan, tahan lama dan tidak menghasilkan bau tengik.


Mulut kohong berbau juga ditakrifkan sebagai bau badan. Ia juga segmen biak bakteria di sekitar mulut dan bahagian tekak. Gigi yang rosak? Bahagian dalaman badan yang sedang sakit? Pemakanan? Dan sudah tentu ada caranya untuk dibaik pulih. Penyegar mulut? Gula gula berangin demi intimasi?


Mengawal bau badan tidaklah seharusnya masuk peringkat OCD hingga menjadikan dirimu pelik. Amalan amalan yang teratur demi cegahan bau badan lama lama akan jadi budaya hidupmu.


NOTA: Penulis sewaktu remaja sangat peka pada hal hal bau badan. Setelah menjadi perokok tegar hilang sensitif pada bau, (pernah setelah seminggu keluar dari hospital, bau pekan kegilaan ramai tu sangatlah memualkan) masih kenal pada bau bau yang wangi menawan dan tahu pewangi mana yang sesuai...Beliau juga lemas dengan orang yang terlalu cerewat pada bau manusia yang lain. Bau peluh lelaki saat intimasi baginya boleh dibahagikan pada dua: Seksi dan Tengik tak tahan... Beliau tidak pernah menegur bau badan orang, memberikan hadiah deodoran ya pernah!


Comment