FRASA POYO SANG KEKASIH

TERJEMAHAN: 


FRASA POYO SANG KEKASIH Oleh: Callie Hansen


Frasa poyo boleh jadi seronok dalam waktu tertentu, tetapi selalunya bila diungkapkan oleh kamu atau kekasihmu, ia mampu menjadikan mata kamu berputar...


Kepala otak jadi kosong bila memikirkan apakah yang berbunyi romantik agar ia tidak berbunyi poyo!


Jika kamu tidak mahu mata berputar kegelian dari teman hidup atau kekasihmu, berikut 20 frasa romantik yang mungkin akan mengembalikan sinar dan kejutan dalam perkongsian hidup dan meninggalkan rasa lucu poyo.


1. "Kau berada di fikiran sebaik terbangun, dan terakhir kufikirkan sebelum tidur"


2. "Aku akan mengembara beribu batu hanya untuk bersamamu"


3. "Kau melengkapiku"


4. "Setelah mengenalimu, aku jadi manusia yang jauh lebih baik"


5. "Kalau segalanya harus berulang, aku akan tetap memilihmu"


6. "Bersamamu aku masih mampu menjadi diriku, aku suka"


7. "Kau adalah sumber kekuatanku"


8. "Tiap bersamamu aku terasa seperti nyaman di rumah sendiri"


9. "Aku manusia paling bernasib baik setelah kau jadi milikku selamanya"


10. "Kau tahu bagaimana menceriakan aku setiap kali aku merasa kecewa pada dunia"


11. "Aku mahu tua bersamamu"


12. "Kau akan selalu kuperlukan dalam hidupku"


13. "Kau adalah ibu/ayah yang terbaik untuk anak anak kita"


14. "Sebelum menemukanmu, aku tidak pernah mengerti untuk tertawa suka suka..."


15. "aku mampu menakluki dunia hanya dengan sebelah tangan, selagi kau erat memegang tanganku yang lagi satu..."


16. "Hari ini aku menyintaimu lebih dari kelmarin..."


17. "Kau adalah lelaki/prempuan yang terkuat pernah aku kenali"


18. "Kamu menjadikan aku manusia yang bernafas paling bahagia"


19. "takda orang lain yang mampu melaksanakan tugas membesarkan anak anak kita selain dari kamu..."


20. "Aku menyintai segalanya tentang kamu...."


Apa masih ada frasa romantik yang kamu gunakan yang tidak ada di senarai di atas? Jika ada kongsilah...


----------------


NOTA  sang penterjemah: cinta membuah perasaan yang positif seharusnya. Ungkapan rasa sayang pelbagai. Indah untuk dikenangkan. Cinta seperti biasa adalah kerja keras antara dua pihak, dan membuahkan sesuatu yang luar biasa dan sering bersifat kondusif. Selagi ada kerjasama antara mereka berdua selagi itulah ia digelar CINTA.


Kalau pasangan sering berwajah masam, merungut, tidak tahu tertawa, marah marah, gagal bertoleransi setelah bertahun dan sering melekehkan ...baik kamu BERAMBUS!


Regina Ibrahim 190819


Comment