LAGI TENTANG MEDSOS




MEDSOS MENEMUKAN RAMAI JENIS ORANG


Ya betul. Kamu sendiri sudah meneliti pelbagai pengalaman bukan? Jangan tidak tahu kita juga ada ketikanya jadi tidak keruan apabila berkisah tentang muatnaik di laman mukabuku, twitter, Instagram serta mana mana ruang untuk tatapan umum. (sengaja diletakkan PUBLIC demi...)


Segalanya terpulang kalau berjiwa kental. Harus lebih relak menangani apa sahaja. Lain orang lain caranya. Makanan favurit kita tidak seharusnya sama seperti orang lain.


Terkini, kamu boleh membaca tahap depresi pemilik akaun. Luahan yang menjurus pada kegalauan kehidupan. Bukan itu sahaja, komentar komentar di bawah dari manusia yang tidak dikenali, memberi diagnosis yang bukan bukan. Harus diingatkan depresi harus diserahkan pada PAKAR. (self diagnos jangan sekali kali bahaya)


Hal Politik akan selalu ada. Maklumlah kehidupan kita berpusar pada jenis dan bentuk pemerintahan. Kacau bilau jadinya emosi politik sekiranya tidak ditangani. Padahal kamu harus ingat, tukang muatnaik itu hanyalah siapa? Kita juga tidak kenal betul. Tidak kisah kalau segala bantahan atau sokongan dipaparkan dengan bijak dan berimbang. Bahasa bahasa kasar perkongsian membuatkan kamu tertanya tanya, cybertroppers mana agaknya? Sekiranya terlalu kotor, kasar, lucah dan hilang pedoman terbaik adalah untuk memBLOCK.


Selainnya hanyalah hal hal narsis diri manusia. Perkongsian tentang kemewahan diri, wajah yang dirasakan syantik, up upkan diri... itu kalau mampu kita berikanlah pujian (tidak kiralah palsu atau benar). Bukankah menjadikan hidup orang ceria itu suatu pahala? Namun begitu sekiranya keterlaluan melalui garis masa kamu, terbaik adalah dengan memBLOCK juga. Entah apa ada dalam fikiran mereka ya?


Sakit hati pada agama. Nah, ini lagi berbahaya. Kerjanya mencari salah institusi agama sahaja. Dia terdorong pada hal hal khilaf organisasi agama setempat atau global. Tidak kiralah agama apa... kalau diperhatikan ada sejenis paten manusia begini. Sekali sekala ianya boleh masuk akal, kalau keterlaluan mahu juga kita bertanya pada dia, apa sebenarnya? Kategori ini termasuklah sakit hati pada bangsa dan khilaf khilaf orang setempat. Kita faham, ianya sejenis LEPAS GERAM, bayangkan sekiranya sehari 4 kali melintas garis masa medsos kamu?


1. Para gayboy menayang nafsu nafsi mereka. Ada ketikanya lucu dan ada yang menjengkelkan


2. Mak Nyah yang pahit, marah marah pada sekitar, bergaduh dengan teman mak nyah lain. (selain dari gambar applikasi 360)


3. Lawatan ke tempat tempat menarik, tetapi foto foto hanyalah dia yang narsis dalam hotel atau tepi kolam.


4. Pegaduhan adik beradik/saudara mara yang dihamburkan dalam medsos sebagai lepas geram. Begitu juga perlian sesama teman sekerja (hati hati sudah ada kematian akibat diperli)


5. Lelaki lelaki dengan jenaka seksis mereka. Semua menjurus pada seks.


6. Lain berita yang dipaparkan lain pula komentarnya. (mahu juga dijuruskan pada politik, pemimpin yang dibenci atau apa apa sahaja asalkan menjamu nafsunya ketika itu)


SECARA PERIBADI APA YANG MAHU DILIHAT?


1. Perkongsian yang bermanafaat. Tidak kiralah apa sahaja tentang kesihatan, kehidupan menyeluruh, tulisan yang baik dan sopan.


2. Jenaka jenaka yang ada kelas tersendiri. Bukan mudah berjenaka sebenarnya. Pilihan jenaka boleh menggambarkan citarasa dan siapa kita.


3. Salin Lekat yang bertanggung jawab dengan memberi kredit pada pautan asal.


4. Perbincangan yang boleh mempertajamkan pengetahuan dan minda.


5. Bersetuju untuk tidak bersetuju. (agree to disagree).


6. Kurangkan ugutan untuk memadam itu dan ini. Lakukan sahaja sekiranya tidak selesa. Kamu tertakluk pada pilihan peribadi.


Hal hal di atas sudah lama diperkatakan. Bukanlah menuntut kamu untuk menyokongnya. Kamu punya cara yang tersendiri. Berkali kali sudah dipesan bahawa pereka portal sudah menyediakan pelbagai butang untuk kegunaan kamu. Pilih. Sering dipesan agar mereka yang galau, tertekan, kecewa, marah marah untuk meninggalkan medsos seketika. Medsos tidak akan membantu reda keributan dalaman kamu, bertambah buruk mungkin.


Latih diri untuk bertenang. Lihat sahaja, tahu sahaja, tiada komentar. Latih jari jemari untuk hal hal yang selamat dan nikmatilah perkongsian yang macam macam lewat medsos. Harus ingat, tidak ada bayaran $$$$ untuk pergaduhan, perdebatan atau kemenangan di dunia medsos.


Pokoknya carilah ketenangan yang sesuai kemahuan naluri diri. Apa salahnya melihat kehidupan lain yang tidak sama dengan kamu? Ada juga pengetahuan tambahan. Tahu adalah lebih baik dari tidak tahu apa apa dan mencipta alasan alasan peribadi dengan penuh rasa geram.


Medsos adalah wadah baharu yang kompleks. Ketagih jangan sekali, layarilah dengan penuh berhemah. Harus ingat kalau satu like dapat $1 alangkah bahagianya kamu bukan?


Comment