PENTING DIRI



TAHAP PENTING DIRI YANG BAGAIMANA?


Sebaik mengenali maksud perkataan Inggeris SELFISH, kita acapkali menggunakannya bila mendengus marah/ralat. Kalau dahulunya kita hairan, ikan apa tu? Jual ikan mungkin? Termaktublah sudah kata Selfish yang maknanya PENTING DIRI.


Semua manusia mementingkan diri selayaknya dalam banyak keadaan. Cintai diri dahulu sebelum menyintai orang - pesan orang tua. Diri harus diutamakan demi kelansungan hidup. Di sinilah asal muasal kata kata berKORBAN, TERANIAYA, KACANG LUPA KULIT kerana merasakan diri telah mendahulukan orang lain dalam hidup, kebajikan diri jadi terpinggir.


Secara mudah hidup ini saling menyaling. Dalam banyak waktu kita tidak dibenarkan terlalu pentingkan diri, tetapi apa salahnya? Kalau segala tindakan penting diri itu bertolak atas dasar kebajikan dan kebaikan demi diri sendiri juga tuntutan keadaan menyeluruh? Bukankah langkah untuk membahagiakan diri itu adalah dituntut? Menanti orang entah bila kan?


Maka timbullah kekeliruan manusia. Adakalanya menjadikan kita dihantui oleh rasa bersalah berpanjangan, kitika menggalas tuduhan Penting Diri. Bukankah mereka yang menuduh itu dalam banyak waktu penting diri juga?


Bagaimana menangani kisah Penting Diri?


1. Wujudkan satu sikap yang progresif terhadap ungkapan SELFISH. Menjaga kesihatan diri, suasana aman ruang lingkup, kemampuan menangani keadaan, sedia maklum matlamat duniawi masing masing - pokoknya sejahtera diri. Bersedia dengan hujah apabila dituduh.


2. Amalkan sifat berpada pada terhadap sesuatu peluang. Hindari nafsu tamak. Tidak kira dalam apa hal sekalipun, kewangan, barangan atau peluang keemasan. Ambil sekadar hak kamu sahaja. Nafsu mahu lebih pada kewangan, barangan dan suasana selesa akan kekal ada dalam diri, harus dikawal tanpa ragu.


3. Amalkan sikap mahu mendalami perasaan orang lain, ahli keluarga, rakan sekerja atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam urusan harian kamu. Selalulah bertanya, adakah sifat penting diri kamu itu menyusahkan? Harus ingat, kita berurusan dengan manusia yang berperasaan dan berkeinginan untuk bahagia selesa.


4. Tidak ada salahnya mendahulukan diri bila ada kepentingan dalam apa apa hal sekalipun, namun buka minda untuk kembali menilai jenis hidup yang dimahukan. Sudah ada mahu lagi? Yang ada sudah lama tapi masih boleh digunak pakai? Niat mahu tampil sebagai manusia hebat untuk hal yang bagaimana? Kemegahan ini, apakah ia membawa makna besar? Apa akan ada impak negatif akibat tindakan penting diri kita?


5. Hati hati dalam kerja berkumpulan. Di sinilah perkataan dan tuduhan Penting Diri paling banyak muncul. Sudahkah kita adil pada diri, kumpulan dan individu yang terlibat? Selalu ia adalah berkaitan waktu, tenaga, pembahagian tugas atau kita melatih diri jadi orang yang boleh berlebih kurang.


Kesemua hal hal di atas, boleh diatasi sekiranya kita tahu cara terbaik untuk memberi penerangan yang jelas dan adil. Berdiam diri tidak akan membantu langsung. Semua manusia harus diberi peluang bersuara, yang menuduh, si kena tuduh, atau yang menjadi batu api semuanya terdiri dari mereka yang penting diri. (Mahu difahami, dimengerti, tidak disalah anggap juga adalah gerak laku si Penting Diri).


Apabila berada di hiraki tertinggi, kebarangkalian menggunakan kuasa dominan juga mampu mengakibatkan tuduhan Penting Diri, ia akan tetap hadir walaupun kamu mencuba jadi adil. Jadi secara keseluruhannya ia dianggap sifat semulajadi manusia. Selalunya manusia yang terlepas dari sikap dan tuduhan ini melibatkan hal hal di bawah


1. Jatuh cinta


2. Kasih sayang pada ahli keluarga terdekat, kawan kawan dan perasaan simpati mendalam.


3. Mengerti dan akur pada intipati sebenar hidup - kerap mahu meletakkan diri dalam kasut hidup orang.


4. Damai, kerana nawaitu mahu memberi peluang dan kerjasama


5. Hidup yang dirasakan sudah penuh bulat, termasuk dalam hubungan sesama manusia.


Ini hanya peringatan sesama kita manusia, perasaan Penting Diri terus kekal kabur dan subjektif bila dilihat secara pro dan kontra. Jadi sebelum menunding kata Penting Diri pada orang lain, sebaiknya kita fahami dulu sebab musabah kita menjadi SELFISH tanpa sedar.


"Bukan main... dia yang mulanya berapi api, bila mai benda sebenaq choih! hilang meresap you...,"

Comment