BERLUCU JENAKA


BERLUCU JENAKA


"Kau ni sampai tak boleh melawak langsung!" dimarahi oleh orang tua pada si muda yang merajuk ambil hati. Pernah dengar bukan?


Selain dari hiburan hiburan yang seronok membahagiakan, kita mahu ketawa. Ya, ketawa atau paling tidak tersenyum sedikit kerana ia mengelitik hati dan naluri manusiawi.


Kamu fikir orang bayar duit mahal untuk menonton Stand Up Comic kerana apa? Tidak lain tidak bukan untuk dihiburkan setelah penat berkerut dahi dan menumpukan pada kerja kerja monotoni yang bosan.


Aktiviti tertawa meransang bahagian otak untuk aktif, maka terjadilah reaksi fizikal yakni ketawa dan terbitlah letusan bunyi dan ketawa juga mampu meningkatkan degupan jantung dan secara positifnya merembes antibodi yang mampu meningkatkan sistem imunisasi.


Ketawa menurukan kadar hormon tekanan dan meningkatkan sel sel imunisasi dan melawan segala infeksi badan, paling tidak memjadikan antibodi bertambah kuat untuk melawan jangkitan. Merembeskan hormone Endorphin yakni kimia gembira dalam badan. Endorphins terarah pada kesejahtaraan secara menyeluruh dan sudah tentu mengurangkan sedikit rasa sakit.


Atas dasar itu kita suka pada hal lucu dan mampu membikin kita tertawa. Tertawa dikaitkan dengan bahagia.


Ada orang yang azalinya lucu dalam berurusan dalam kehidupan seharian. Mereka tidak ketat berkeremut wajah dan mudah membuatkan kamu ketawa samada secara langsung atau tidak. Jenaka yang dirancang atau semulajadi mungkin akan jadi trademark. Sudah tentu ada orang yang kelihat seperti mencuba berat atau tersilap haluan bila berlucu jenaka.


"Azim? Kamu akan menyukainya, dia lawak tau...."


"Oh! My goodness, lawaknya lucah nok, takut mak dengar!"


Dalam diam kita juga mahu menyerap sifat lucu dan mampu berjenaka, memikirkan ia boleh membahagiakan orang yang kita hiburkan bila perlu. Kemampuan melawak tidak hadir pada semua orang. Tidak juga semua mereka yang lucu dalam hidup harian kamu mampu diasak untuk naik ke pentas berlucu lucuan.


"Kau ni lucu tau...kenapa tak masuk Maharaja Lawak Musim ke ..."


"Abah kami memang lucu, dia bergerak jer kau akan ketawa!"


Sama seperti segemen hidup lain, MELAWAK jatuh dalam kategori Subjektif dan sukar untuk dihuraikan. Mana mungkin kita tampil menyenaraikan itu dan ini apabila manusia mahu berlucu jenaka. Ada jenaka yang ditertawakan oleh 100 orang dan tidak difahami oleh 50 yang lain.


APAKAH JENAKA JENAKA MUDAH?


1. Jenaka yang digelar slapstick masih lagi disukai. Jatuh parit, tersadung batu, kain terlondeh, muka disembur tepung, fizikal tidak sempurna dan lain lain


2. Lelaki berpakaian perempuan dianggap lucu sehingga kini (saya tinggalkan persepsi kamu sendiri untuk mencari pro – kontranya)


3. Dialek dan dwi makna yang selalunya lucah juga masih boleh digunakan sebagai peluru jenaka. Begitu juga dengan perihal cacat anggota dan suara sengau dan meniru gaya orang pekak dan bisu.


4. Hal hal gender manusia akan tetap ada dilucukan. (tidak kira murah atau mahal jenaka tersebut) Beza lelaki dan perempuan atau sengaja ditepis tepis pada insan ketiga atau yang pelik disukai hingga kini.


5. Sistem politik negara dan isu isu dunia juga sering dibawa masuk menjadi elemen dalam jenaka.


5 hal di atas tidak sahaja digunakan atas pentas, teks menulis dan filem, malah digunakan dalam kehidupan seharian, namanya juga elemen manusia bukan? Ada hal lucu yang boleh dihamburkan secara sambil lewa tanpa niat mahu berjenaka. Banyak juga yang dirangka agar dapat menjadikan majlis atau suasana lebih mesra (ucapan berselit jenaka, gerak badan sengaja dan aksen palsu).


Pada diri apa yang mahu dipesan kalau mahu tampil lucu?


1. Mata hati harus tajam membaca suasana. (elemen apa yang dekat?)


2. Tidak bersifat lalai dalam menilai sensitiviti semasa


3. Berimbang bila berjenaka baik tentang diri atau orang di hadapan.


4. Akhidah, dirian politik dan jentikan pada hal hal sosial bangsa


Ada juga yang mudah terhibur, apa sahaja dia akan ketawa dan jangan kaget kalau menemui orang yang sukar untuk ketawa, ketat, serius dan tampil begitu lurus.


George Carlin: One tequila, two tequila, three tequila, floor.


Gelak/jenakakan diri sendiri. Bila semua tentang diri, orang tidak berharap apa apa. (mereka relak dan tidak takut memberi perhatian pada kamu)


Tidak perlu di war warkan bertapa lucunya jenaka kamu, lakukan spontan


Bila sudah mula, jangan berhenti (ini akibat lawak yang tidak dirancang)


Waktu yang tepat.../timing. (misalnya kawan kamu yang memakai baju merah, atau kamu berbaju merah...atau kawan yang baru masuk...)


Ciptakan rasa tegang... (pada kumpulan yang disasarkan)


Jaga hormat dan sifat berpada pada ketika melawak. (dipusing pusing akhirnya jenaka harus jatuh pada diri sendiri... ).


Ada perbezaan jenaka dari lokasi ke lokasi. Ini bukan sahaja melibatkan jenaka di pentas jenaka. Lokasi ini termasuklah suasana di mana kamu berada... kampung? Surau? Kelab Malam? Atau apa... latih diri untuk mengadaptasi dengan elok. Begitu juga dengan bahasa... jenaka tidak slapstik menggunakan bahasa America tidak mungkin di bawa ke Perancis. Hal yang sama juga dalam jenaka kehidupan seharian.


Namun begitu, jenaka jenaka lucah dan mudah adalah paling mudah sebenarnya. Lucah secara langsung, dwi makna dan dilakukan samada secara terbuka atau secara sipi sipi manja.


Katalah apa sekalipun, MELAWAK BERJENAKA akan tetap disukai, selagi segalanya terkawal dengan BIJAK dan tidak tampil mencuba berat.


Sama sahaja seperti hal hal makanan, bukan semua mampu ditelan oleh umum secara berjemaah.


Secara peribadi saya menyukai persembahan arwah Joan Rivers, Kumar, Bette Milder, Aflin Shauki, Harith Iskander, Ellen, Amy Schummer dan ramai lagi. Lawak jenaka yang dirancang molek dan tidak bersifat Selera lawak jenaka juga rupanya berbeza beza... dan saya fikir lebih baiklah kita jadi manusia yang mudah terhibur.


Dalam kehidupan harian juga saya mahukan humor penuh gelak ketawa. Itu adalah rahmat sebenarnya. Di hujungnya janganlah semua ditamatkan dengan kata IT'S JUST HUMOR.


Comment