MENJADI TUAN...


MENJADI TUAN KEPADA MINDA DAN BADAN

Dalam menghadapi tekanan emosi, kita selalunya ada dua pilihan. Menghadapinya atau melarikan diri. Memproses masalah adalah langkah penyelesaian, mana kala melarikan diri atau mengelak adalah langkah PENAFIAN.

Memproses di minda sama seperti sistem penghadaman dalam perut. Kalau situasi itu tidak dapat kita hadapikan, lebih baik berkata benar. Tamatkan di situ sahaja.

Bertahan pada hal hal yang tidak mungkin kita selesaikan akan hanya menjurus pada pemikiran TIDAK SIHAT. Apa yang kita simpan tidak dapat dihadamkan dan secara tidak langsung kita akan tampil sebagai orang yang bermasalah.

Keupayaan penyelesaian kita dimusnahkan akibat berfikir secara terlalu akan kepentingan orang lain dan kurangnya peruntukan waktu untuk diri sendiri. Apabila kamu tiada masa untuk diri sendiri, Pusat Kuasa Kawalan hidup akan jatuh pada tangan orang lain.

Manusia yang berhidayah/waras faham bahawa tidak ada sebarang hasil sekiranya kita berfikir bagi pihak orang lain. Fikiran dan perasaan yang suci, telus, murni akan menjadi nadi penggerak. Tidak perlu kamu jenuh berfikir lagi.

Ingat kamu adalah TUAN kepada minda dan badan kamu. Jadi, berikan arahan dan pastikan ia menurut urutan yang betul.

Kamu boleh memilih untuk menganggap manusia, situasi situasi, atau kejadian kejadian hidup sebagai HALANGAN, atau MENUKAR semua halangan halangan itu sebagai sumber kekuatan untuk mengembangkan kemampuan untuk berkreatif dan mencari apa saja jalan lain bagi menangani sebarang masalah.

Pilihan sebenarnya, tergantung pada Persepsi kamu. Halangan halangan, sebenarnya tidak ujud, cuma ianya kerap ada dalam pemikiran kita.

Ubat Penenang sebenar untuk Mental/Pemikiran adalah amalan amalan tentang SELF AWARENESS/LANGKAH BERJAGA JAGA DIRI. Cuba peruntukkan masa bagi memperjelaskan kata hati dan golodak emosi kamu. Bina kekuatan dari situ.

Amalan ini akan menusuk jauh ke minda secara mendalam, membuang segala sakit emosi hingga ke akar umbi emosi yang sakit. Itu saja caranya EMOSI dapat dipulihkan, disaring dan seterusnya berUBAH.

Minda: Bridget Menezes penulis edisi kedua Self empowerment and Spiritual Counsellor.

Terjemahan: Regina Ibrahim, Holistic Artist Penang.

-----------------------------------------------

KESIMPULAN ARTIKEL

MENJADI TUAN PADA MINDA DAN BADAN.

1. Pentingnya menyaring segala maklumat di depan mata tanpa menurut nafsu yang membabi buta.

2. Usaha pengukuhan cara berfikir dan mencerna apa sahaja kejadian dalam hidup.

3. Tidak terikut ikut dengan trend hidup semasa.

4. Mengenali tahap kemampuan diri secara minda dan fizikal.

5. Menukar segala halangan hidup menjadi kekuatan diri, tanpa alasan alasan remeh lagi

6. APA ORANG KATA tidak lagi menjadi batu penghalang selagi yakin bertindak WARAS.

7. Secara spiritual mengetahui bahawa hidup, kata kata dan pergerakan manusia adalah proses biasa sahaja. Jangan dicerna apa apa yang tidak kena mengena dan tidak sesuai.

8. Langkah berjaga jaga (self awareness) dalam hidup itu dituntut walaupun untuk hal hal yang dianggap kecil

9. Latihan yang lambat laun menjadi AMALAN hidup ini tidak merugikan sesiapa, malah membentuk sahsiah diri yang disegani ramai.

10. Apalah erti hidup tanpa Proses Penyelesaian Masalah? Diurusi secara bijak tanpa sebarang penafian. Tidak takut untuk memohon atau menghulurkan kemaafan.

Regina Ibrahim

Holistic Artist Penang.



Comment