GEMOK



KISAH KIM


Kita dimomok kisah yang sama sahaja dari tahun ke tahun. Jati diri yang hampir mampus akibat genetik keluarga. Suasana inilah yang menjadikan orang di sekeliling selain dari menjadikan kita badut, mempergunakan ranap self esteem sebagai bahan menjana keuntungan.


Tidak pernah salah mahu merawat dan memperbaiki diri dari segi sahsiah dan fizikal. Semua jantina manusia melakukannya.


Kita juga sedia maklum bahawa bukan semua dilahirkan bertuah dan hanya perlu membega sedikit sahaja untuk mencanak keyakinan dan keterampilan diri.


Hal hal cantik dan manis memang tidak boleh dipisahkan dalam nilaian nafsu manusia. Namun percayalah setelah 2 minit, ada hal hal lain yang akan dinilai pula.


1. Isi kandung perbualan


2. Tingkah terhadap dunia


3. Petah bila beropini


4. Tahap sopan dan ketegasan pada isu isu hidup


5. Tingkat higenis yang diselidiki orang dengan mata kasar


6. Setakat mana menarik individu selain dari struktur wajah dan badan.


Impian impian hollywood dijual pada kita sewenang wenangnya. Sama  ghairahnya pada kisah miskin - kaya dan gemok - meletop kurus bergaya. Kita yang bagaikan manusia despo membelinya tanpa dalih dalih lagi. Terlupa pada genetik dan tuntutan azali Pencipta.


Setelah itu apa agaknya? Bukan tidak pernah kamu saksikan kejadian kejadian yang melibatkan salah urus dan diet diet eksterim yang menyiksa kehidupan di hadapan. Si kurus yang kembali gemok, komplikasi kesihatan dan dalaman badan serta macam macam. 


Langkah langkah baik pulih atau membega tubuh biarlah berpada dan menurut nasihat si Pengamal Perubatan atau mereka yang pakar, diaduk dengan semangat kamu yang mahu pulih bukan kerana manusia lain. Tidak molek begitu... betulkan semangat yang kamu bina itu terdahulu.


Usaha pada apa apa sahaja biarlah menjurus pada kesihatan fizikal dan mental. Peka pada tahap minimal dan maksimal. Hal ini harus dijadikan perbincangan dengan anak anak remaja atau bersama teman teman yang mengalami keruntuhan jati diri hanya kerana merasa diri tidak cantik dan serba berkurangan.


Comment