STRESS...



BAGAIMANA KITA MENDEFINASIKAN STRESS /TEKANAN




Tidak dapat dihindari. Setiap kita menyebutnya. Tekanan! Payah sungguh ya? Maaf tiada alat pengukur untuk melihat tahap stress dan tekanan hidup. Apa sebenarnya punca tekanan? Bagaimana ia muncul?




1. Ketidakupayaan kita memenuhi satu tahap piawaian yang kita sendiri impi, reka dan atur.




2. Takut sekiranya kegagalan itu akan dikaitkan dengan kelemahan dan mencalarkan ego kita sebagai manusia.




3. Secara membabi buta menurut sahaja tahap piawaian manusia yang ada disekeliling kita. tak suka lama lama tertekan.




4. Percubaan serius mengelak tomahan dan kata nista yang bakal dilemparkan kalau gagal: bodoh, tidak bertimbang rasa, tidak pakai otak dan lain lain.




5. Secara psikologinya takut untuk dilonggokkan dengan orang orang yang dianggap gagal dalam hidup oleh masyarakat sejagat.




6. Illusi mahu setara dengan idola idola dalam dunia yang kita sediri pilih dan kagum.




7. Ketidak upayaan melihat mampu diri, kehidupan dan permintaan sekeliling secara menyeluruh.




Ada banyak faktor faktor penyebab yang tidak penting apabila kita menjemput STRESS dalam lingkungan hidup. Harapan Keluarga, institutsi, diri, masyarakat adalah penyumbang pada Stress/tekanan individu. Pastikan kamu melihat diri sebagai satu unit yang teguh penuh, lakukan sessi soal jawab asas bagi setiap pergerakkan dan landasan. Ada tahap tahap stress yang harus ditangani oleh Professional.


 


Sedihnya apabila kita merungut dan menangisi kekurangan diri sebagai manusia. Pasti ada cara yang pelbagai untuk hidup TANPA TEKANAN/STRESS. Tanya diri, adakah kamu sudah mengamalkan teknik MELEPASKAN? Melepaskan adalah satu seni hidup. Ianya sangat komplikated, tentunya tidak mudah.
Sila keluar dari lingkungan hidup penuh STRESS.




Regina Ibrahim
Artis Holistik
Penang.



Comment