VIDEO VIDEO PENDEK


MENONTON VIDEO VIDEO PENDEK MELAYU


Berkali kali saya merasa bersalah.


Cuplikan video, tik tok, alih suara, jual produk, jalan jalan atau sewaktu ulang tahun teman....termasuklah karoeke peribadi atau video klip subang...


Sesekali melintas di garis masa medsos video video anak muda Melayu Malaysia. Saya bersalah kerana tidak mampu untuk menikmatinya. (Can't Relate!). Lingo lingo semasa, isu pilihan, gaya bahasa, gerak laku dan tujuan mereka.


Ada video hanya untuk suka, endosmen produk, iklan dan sekadar rakaman. Paparan video MENARIK tentu ada antaranya ML Studio, Reviu Makanan,buku, makanan, lokasi percutian dan jenaka MadLipz Hafiz orang Kedah. (sesekali menonton video parodi lama Awan Biru yang lucu bersahaja)


Parodi parodi cheapo akan tetap ada (diketik kongsi oleh teman teman mereka) jadi ia terus berputar automatik di dinding medsos. Semalam sewaktu duduk dengan teman saya bertanya..., 


"Adakah saya bersendirian tidak suka? Tidak gelak? Ada benda tidak kenakah dengan sayakah? Apakah saya tidak Melayu sehingga tidak tahu untuk menikmatinya? Sepatutnya saya bergelak lucu...tapi ia tidak terjadi"


Video video parodi jantan pakai perempuan, jual ubat atau perkhidmatan agak menjengkelkan. Lawak lawak basi yang tidak lucu dengan bahasa peribadi mereka dirasakan pelik (saya syak saya tua jadi toleransi berkurangan). Tetapi semalam bila duduk berbincang, saya merasa lega... kerana teman teman juga berkata demikian. Malah digariskan pula sebab musabab video video pendek Melayu jadi tidak lucu atau tidak sehebat Nas Daily atau Jay Shenty.


Legalah sedikit rasa di hati.


1. Video syok sendiri – isi tidak terancang


2. Bahasa, lingo dan istilah dalam lingkungan kecil dirasakan mereka lucu


3. Editan video yang tidak cekap


4. Isu paparan tidak menarik perhatian


5. Lakonan keras yang diharapkan tular


Namun menurut ilmu pemasaran baharu, apa sahaja yang elok atau tidak elok kalau ditonton adalah kejayaan... apatah lagi kalau mendapat respon, itu adalah iklan percuma dan berbaloi.


Video pengasas sasau toksah cakaplah! Nanti dimaki oleh pemuja tegar mereka... "dia beribu masuk kau ada apa?"


Pun begitu video parodi jantan pakai pompuan dari Singapura lagilah tak best! Kecuali video memasak Amy Tashiana yang seronok dan asyik ditonton.

Comment