BERGHAIRAH 2020

BERGHAIRAH 2020


Sama seperti tahun tahun yang berlalu kita akan tetap berdebar semacam menjelang hujung tahun. Si tua berpengalaman agak tenang, si remaja dag dig dugnya jadi aduhai penuh dengan harapan segala harapan, yang selama ini memakai busana galau juga mungkin menaruh harapan mau bingkas gembira.


Seolah jadi tradisi, inilah bulannya segala sampah (material dan emosi) dibungkus renyuk untuk dihapuskan. Untuk apa dibawa lagi secara sedar atau tidak beban yang menyukarkan hidup tersebut bukan? Senaraikanlah segala resolusi segar meskipun hanya di hati.


Hasrat hasrat murni dirangka dalam hati sepintas walaupun tidak tercatat di nota, apa agaknya bakal menanti? Seperti biasa ada yang bersistematik dengan skala harapan pada tiap suku tahun dan ada yang berlapang dada pada sebarang cabaran 'bring it on!' katanya. Anda jatuh di kategori mana?


'Baki bawa ke bawah' seperti undang undang perakaunan untuk harapan yang masih belum digapai, harta semasa mudah cair atau harta tetap untuk dilebur saat saat kecemasan, perlulah difikirkan. Untuk hal hal tanpa sebarang harapan anggaplah ia sebagai Hutang Lapuk, jika terlunas diAlhamdulillahkan; jika tidak? Sekali lagi dada dilapangkan penuh keredhaan. Jika boleh, langkah di dekad baharu diringan ringankan penuh kesan jika termampu.


Lingkung hidup sudah ditumpu akan prioritas yang seharusnya: Diri, keluarga terdekat, jiran tetangga, tempat mencari makan, teman sahabat taulan, negeri, negara dan hal sejagat. Dengan tenaga sedia ada, kapasitas masing masing pastilah berbeza, menyumbang setakat mampu tanpa memudaratkan diri.


Banyak hal hal asas yang mampu dipertingkatkan lagi demi menjadikan kita manusia bermodal insaniah. Sematkan di hati bahawa semua akan cuba dilaksanakan tanpa sebarang godaan (ciwi, komersil, jahat) pamiran di medsos, jika ia membantu apa salahnya? Kesihatan peribadi dan hasrat pembangunan minda contohnya boleh dikongsi seluas luasnya asalkan tidak berbunyi merapu demi mencapai kualiti hidup yang boleh dinikmati ramai. Budi bicara terhadap sebarang polemik dalam negara, dikaji renung tanpa emosi yang terganggu berat, saluran betul pasti ada. "orang lain berpesta, main golf, makan hidangan lazat - kita? Kita menangis di kamar tidak mampu beli susu anak)


Falsafah cinta di ambang 2020? Mengelintat geletis genetalia masing masing berair. Sekali lagi diulangi bahawa cinta yang hebat adalah perkongsian yang mampu membina keyakinan, menguatkan lagi nadi hidup, tidak berat sebelah menjadi hamba atau mangsa; serta menyumbang pada pembangunan fizikal dan emosi. Sesekali berkhayallah dengan drama dan novel cinta yang piawai, diiringi lagu lagu balada yang asyik masyuk, belailah perasaan seketika dengan alunan puitis tangisan tepi kubur sambil berpesan bahawa esok segala realiti akan menerpa: Bil bil yang harus dilunaskan, cita cita tertunggak dan tanggungjawab yang perlu beres. (walaupun kamu single trang tang tang)


10 tahun lalu sudah mengajar kita banyak hal. Nilai nilai yang dijual, ketagihan pelbagai (define it by yourself), kemahuan menyertai kelompok pilihan, keresahan rekaan tentang agama dan Tuhan, drama drama rekaan, musibah alam akibat manusia, pertembungan budaya, pemahaman baharu, taktik menghadapi cabaran atau pergolakan apa sahaja. Kita boleh saja menjadi penting diri, berginjat perlahan ke satu sudut terpencil selamat dan pura pura bodoh; namun hidup sebenar bukanlah begitu. Segalanya sudah DIA rancang agar kita berinteraksi dengan pelbagai karenah manusia dalam suasana (kompromi, amarah, setuju, berdamai, memaafkan, dimaafi, berjanji kental dan berganding). - Semua kejadian lalu dikutip jadi peringatan tidak kira samada baik, buruk, untung, rugi atau serik. Begitu juga dengan peluang ke 2 yang diberi atau dimohon.


Pokoknya 2020 kita harus menjadi manusia yang jauh lebih BAIK dan BERHEMAH.


Comment