MAKAN MAKAN MAKAN

MAKAN MAKAN MAKAN


Berselorohlah kita tentang MAKAN UNTUK HIDUP atau Hidup untuk makan...? Asal berhimpun sahaja ditanya, "ada makan makan tak?"


"Pamiran makanan di medsos berdosa!" kata sang PU


Terkedulah kita seketika terpukul bagaikan disinis kemaruk LIKES dan tayang menayang makanan mewakili taraf mampu ekonomi hidup. Akhirnya akibat bosan dipersetankan segalanya dengan berbisik pada diri, "aku cintakan makanan"
Makan banyak jenis makan. Makan berhidang, beradab, beratur, berebut, curi curi, besar, berbuka, mentah atau makan setalam.


"Ambo ni gak make burok," teman dari Pantai Timur berkisah tentang kegemarannya makan kepala kambing, zakar lembu dan resepi resepi eksotik.


Makan banyak perkara makan, jangan dihina makanan orang. Belajarlah menilai budaya dan berdiam diri jika perlu. Bahagian dunia yang meratah daging anjing, sup khinzir atau biawak yang dipangang berkilat. Sesekali muncullah percanggahan tentang makanan di dunia medsos, meluncur pula alasan melibatkan sains dan kepercayaan. Ya, pameran makanan terbuka yang entah bagaimana lalu di dinding... jari jemari sama seperti hal sesasi lain dikawal selia, daripada meninggalkan komenter jelek kerana geli dinasihatkan cepat cepatlah meluncur ke bawah.


Tidak habis berbicara tentang makanan. Pergaduhan akibat klaim mengklaim dan kecil hati bila resepi dirahsiakan. Aduhai begitu manusiawi sekali. Bagaikan makcik kuno yang mencebik teknik orang lain seolah olah cara beliau yang terbaik...


"Yer... laksa negeri kamulah yang paling sedap," katakan begitu untuk mereka yang terhegeh hegeh mahu ke depan. Ia lebih mudah dari bergaduh ramai tentang rasa laksa negeri atau negara orang... bukankah lebih damai begitu?


"Euw... I cannot brain goreng pisang dicecah sambal kicap," ucap si nagoi baru beranak kelmari. Sama sahaja asasnya, bernafaslah lebih lama, merantaulah agar lebih mendunia.
Sesekali dipamirkan resah desah akan taraf halal, pertikaian boleh jadi atas dasar komersil, fitnah salin lekat atau langkah musafir berhadapan dengan makanan. Pokoknya atas hati dan keyakinan, bukankah sudah dibilang jika was was lupakan sahaja, jangan dituruti kemarahan merasa tidak dihormati. Roti kering kan ada?


Berbicaralah apa sahaja tentang makanan yang memainkan peranan penting dalam hidup manusia. Dari nostalgia, budaya, adat, pengikat siratulrahmi atau apa sahaja makanan ada fungsinya. Seronok jika rajin menyelidik kisah di sebalik makanan; dari yang mudah bermakna atau yang remeh penyediaannya.


Sifat diri terhadap makanan harus ditelaah dari waktu ke waktu. Berbicaralah dengan diri sendiri, beranlisalah tanpa mengguris mana mana hati, apatah lagi hidup dalam kelompok majmuk seperti di Asia, belajar belajarlah juga untuk tidak diambil hati.


Nasihat universal: Makanlah seadanya, bersih penyediaan, kenal akan kesesuaian lidah dan perut. Boleh juga bereksperimen, apa salahnya? Tolaklah jika ia dikhuatiri racun. Belajar belajar juga pantang larang makanan dalam kepercayaan diri dan orang lain agar sesi makan jadi lebih harmoni.


Ini belum lagi tentang si vegan yang mudah, vegetarian remeh, sang pescatarian atau fruitarian nan sesuatu kan?


WE ARE WHAT WE EAT.


NOTA: secara peribadi melihat penyediaan makanan sebagai seni dan budaya hidup. Juga sangat berpegang pada nasihat pakar nutrisi bahawa: tidak ada makanan buruk atau terbaik, yang ada hanyalah nafsu yang berpada.


Comment