KLAIM MENGKLAIM LEWAT MEDSOS

KLAIM MENGKLAIM LEWAT MEDSOS


Kita boleh berbicara tentang kesamaan, nama/kata/gelar yang disebut melalui ejaan berbeza dan mungkin menghampiri budaya yang dipraktik di tempat kita. Perkelahian dengan kata kata kasar adalah tidak wajar.


Jarang saya mahu berbicara akan hal ini, kerana percaya sifat tersebut hadir dari ego serta gah diri sesiapa sahaja tanpa mengira dari lokasi mana mereka berada.


Apa agaknya sifat manusia yang kerap mahu menyanggah pencapaian, pameran, persembahan, keaslian oleh manusia yang dianggap serumpun. Emangnya benar kamu berasal dari negara yang kaya budaya dan merasa begitu bangga sekali?


Kejadian terbaharu tentang klaim inspirasi fotografi Herman Damar yang kononnya diplagiat oleh jurufoto Malaysia dan gaya si Dj Soda yang memakai kebaya Indonesia berlatar belakangkan menara berkembar KLCC juga ikut dijadikan isu.


Begitu juga iklan tentang Malaysia yang salah editan oleh syarikat penyiaran mempamirkan lokasi di Indonesia secara silap menjadi isu.


Lagu lagu saduran yang sah diberikan hak cipta di tahun 70an.


Mereka punya banyak waktu sekali yea?


Penerangan panjang lebar tentang melodi lagu Negaraku yang pelbagai versi juga sudah dilakukan secara terperinci, (hal ini bertahun tahun menjadi ungkitan) bagaimana ia hadir dari dari Pulau Mahé di Seychelles yang digubah oleh seorang Perancis bernama Pierre-Jean de Béranger (1780-1857) dengan tajuk asalnya, "La Rosalie". Lepas tu, lagu ni mula kedengaran di Kepulauan Melayu Nusantara bila Indonesia dijajah Belanda.


Penerangan tentang lagu Negaraku bukan hasil ciplak Terang Bulan juga ada disebutkan oleh warga Indonesia yang pakar tetang sejarah muzik. *boleh dilihat di youtube


Perkara ni disahkan sendiri oleh ahli sejarah Malaysia, Tan Sri Khoo Kay Kim yang berkata ia sebenarnya datang dari La Rosalie dan bukan berasal dari Indonesia.


Dari waktu ke waktu akan ada saja cerita klaim mengklaim kerana masing masing buta sejarah dan garang mempertahankan itu milik kami, bukan hak kamu. Bagaikan pergaduhan abang adik yang berlokasi jauh. Hal hal remeh seperti cendol, popia, batik, wayang kulit, kuda kepang dipersoalkan dengan kata kata kesat di dunia medsos sesekali boleh menyakitkan hati. Tundingan bukanlah hanya pada negara Indonesia, buta budaya juga melibatkan rakyat Malaysia... (ada yang memperlekehkan negara sendiri dan ada yang ikut garang memaki hamun di medsos) Insiden apabila perserta ratu cantik yang mewakili Malaysia memakai batik Indonesia sewaktu majlis santai contohnya, bila ditegur, pengajur Malaysia mengatakan 'batik is batik'. Begitu juga apabila ada orang Malaysia yang mempertikaikan perihal Orang Utan sebagai baju tradisi ratu Indonesia, mereka terlupa bahawa ada bahagian di Borneo itu adalah Indonesia. Terkedu seketika jadinya memikirkan kenapa isu isu sebegini timbul dan digemburkan pula oleh media?


Klaim mengklaim tidak seharusnya terjadi. Sesekali diwujudkan telingkah dengan Singapura perihal makanan. Padahal itu negara jiran yang sudah tentu berleluhur dari negara sekitar (Jawa, Bugis, Bawean)


Asimilasi budaya akibat migrasi penduduk sudah berkurun terjadi seawal kurun 18 hinggalah ke 19. Mirgrasi akibat perang, mencari penempatan baharu dan alirannya sama sahaja seperti pembentukan negara negara yang lain sebelum segalanya direkod secara khusus. Giat hidup yang mula diberi penumpuan seperti makan, pakaian, bahasa dan dialek, agama dan macam macam yang dihimpun bawah satu nama BUDAYA.


Setakat ini bertuahlah sekiranya kamu tidak menghabiskan air liur dan tenaga berdebat mengklaim itu dan ini milik kamu sahaja. Sebelum diutarakan ungkapan ungkapan bodoh fikirkan penjuru migrasi dari Sumatera, Riau, Kepulauan Sulawesi, pembahagian pulau Borneo, semuanya diraikan sebagai sumbangan pada pembudayaan masyarakat sedia ada. Kita belum mahu menyentuh tentang pengaruh dari Pattani, Champa dan Kemboja pada negara negara di utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia. Begitu juga perpindahan dari pelbagai penjuru ke Singapura akibat perdagangan.


Harus ingat ada budaya budaya yang diselaraskan dengan agama rasmi setelah dibawa masuk selaras dengan kehendak negara dan politik.


Setelah bertahun diasak bahawa itu hak kami, itu budaya kami, ini kami punya... lama lama terbentuklah sejenis manusia yang ego, gah, garang, mengawal (protective) pada hal hal yang sebenarnya sudah lama dikongsi dan diasimilasikan secara setempat. Kedua pihak bagaikan tidak mahu menumpu pada proses migrasi moyang dari Riau ke Johor, Bugis ke Pahang dan Borneo, Dayak yang bersempadan Sarawak, Kepulauan Filipina ke Sabah, Patani ke Kedah/Perlis, Jawa – Selangor, Madaling ke Perak, Minang di Negeri Sembilan. – untuk melegakan hati pada perkongsian budaya.


Percayalah di masa mendatang asimilasi dan pertukaran budaya akan jadi lebih hebat setelah TKI pulang ke negeri masing masing bila tamat khidmat di Malaysia. Begitu juga dengan kemudahan visata orang Malaysia ke Indonesia dan peluang peluang berbisnes sesama mereka.


Kejengkelan sifat antara manusia medsos bila masuk bab klaim mengklaim ini akhirnya mempamirkan kedangkalan masing masing terhadap sejarah dan asal usul leluhur. Beza budaya antara negeri negeri di Nusantara di alaf baharu renggangannya akan mengecil bila kita sudah berkongsi budaya serumpun.


Definisi Nusantara : Kepulauan Melayu; kenusantaraan hal yg berkaitan dgn Nusan­tara: berpegang teguh pada asas kebersamaan untuk mempertahankan sifat ~ yg asasi. (Kamus Dewan Edisi Ke empat)


2 Pdf penuh secara akademik boleh layari di sini agar pemahaman kamu bila mahu mengaku tentang apa sahaja budaya yang jadi milik kamu boleh di baca di pdf percuma ini:


Tuntutan Budaya antara Malaysia dengan Indonesia: Sumber Konflik dan Jalan Penyelesaiannya (Malaysia and Indonesia's Claims over Cultural Heritages: Sources of Conflicts and Solutions)Rusdi Omar, Abubakar Eby Hara & Muhammad Afifi Abdul Razak School of International Studies (SoIS), COLGIS, Universiti Utara Malaysia, Kedah


(Migration in the Malay World with Indonesia-Malaysia at the Core ... Sebahagian besar proses migrasi yang berlaku di Alam Melayu melibatkan suku ... proses migrasi tersebut berlaku, khususnya pada kalangan orang Bugis dalam karya ... baik pada jarak perpindahan mahu pun sifatnya, iaitu apakah tindakan itu bersifat.


Masyarakat Nusantara dalam Budaya: Warisan dan Sejarah (Penerbit USM)


https://books.google.com.my/books?isbn=9674611797


Comment