APA YANG KAMU TIDAK LAYAN DI MEDSOS?

APA YANG KAMU TIDAK LAYAN DI MEDSOS?


Menjelang saat ini, kamulah pakar media sosial. Pantas kamu calit jeling sahaja, kerana sudah mampu ditebak apa paparan yang muncul.


Sesekali dihidangkan kisah saman menyaman, perbalahan (dalam bahasa intelek sehingga makian kampungan). Kamu calit dan calit lagi telefon pintar dengan mata terbeliak, mulut terlopong dan penuh ketaksuban bawang. Ada ketikanya kamu ketawa kerana tidak terbayang bagaimana temanmu mampu muatnaik hal hal sebegitu.


Di tahap ini mencari musuh kamu tidak mahu.


Memang seronok menyaksikan perbalahan dan pertikaian sebarang isu. Jika tidak, orang tidaklah mempertikai ketagihan terhadap medsos yang menelan waktu sampai jadi sia sia itu. Paparan sampah!


Akhirnya tanpa diajar sesiapa kamu jadi insof sendiri. Maklumlah seduitpun tidak terjana, tak gitu? Hahahahaha... ketawa panjang kamu sambil menyumpah diri sendiri, terkenangkan sifat lama kamu yang suka berbalas hujah mencari kebenaran.


----------


Bukan tidak pernah dikesali, yang tua tua sudah pernah menghadapinya di zaman IRC dan tagged. Terpancing dengan perkenalan palsu, digoda pak itam, ditipu oleh iklan palsu dan macam macam termasuklah ugutan terhadap rakaman video separa lucah oleh pengoda internet. Bukan tidak ada kes yang dilapurkan dan naik mahkamah, bukan?


Tak orang tak kita, tak betul orang tak kata!


Belum lagi diulangi kisah telefon Blackberry yang kononnya membawa kelas tersendiri di suatu zaman... akhirnya tumpas pada mukabuku setelah diluncurkan pada 4 februari 2004 diikuti oleh ciapan lewat twitter sejak Mac 2006 – juga dikatakan hanya untuk sibijak berciap ciapan sambil menyebar kisah. Keaiban dan lucunya tetap sama.


Semua penemuan yang awalnya dianggap sains roket tadi menjurus pada hal yang sama. Menjadi dinding pengakuan seperti di Synagogue Jurusalem, kata mereka yang kurang gemar bermedsos atau merasa galau melihat bagaimana beraninya manusia melayan nafsu mereka untuk sejenis pameran perasaan, ada yang lengkap dengan gambar lagi... tertunduk tunduk di meja makan hingga terpaksa diulang kalau berbicara dengan mereka...


"Apa you kata tadi? Ermmm...," dengan mata terkulat kulat dan jemari masih setia pada i-phone dihiasi mee goreng dan teh tarik yang sedang sejuk...


Kamu yang geram mula berhujah: "Next time kalau keluar makan makan, I minta simpan handphone na... I macam tongkoi kayu!"


Itu semua sudah kita bincangkan dalam topik lepas, kini kita mahu tahu apa yang membuatkan kamu merasa seriau bila melayari dunia medsos, tidak kiralah di mukabuku, IG, twitter atau situs situ murahan sensasi itu, selain dari sebaran gambar gambar lucah editan (katanya...) dan artikel hoax salin lekat?


Apa agaknya yang tidak menyenangkan kamu?


1. Pilih punya pilih senarai teman teman, terselit juga sang gila seks.


2. Ugutan dan kemarahan individu yang acapakali mahu memadamkan teman medsos. Padam sajalah tanpa pengumuman!


3. Perkelahian dan hina menghina sesama teman bila melibatkan kisah personal, dirian politik, beza pemahaman agama, hantaran bernada seksis dan rasis? Terhambur habis kutukan peribadi yang sepatutnya jadi private.


4. Tuntutan hutang yang akhirnya memilih medsos sebagai medan


Ada yang dilakukan secara umum, tetapi yang paling berkesan adalah dengan paparan wajah, alamat... sungguh aib bukan?


5. Pelayar yang bersih hantarannya di dinding sendiri tetapi kotor, tidak sopan bila berkomentar di dinding orang?


6. Hantaran yang berterusan bernada seks dalam dwi makna (ala ala jenaka Melayu di televisyen 70an). Bukan sekali dua tetapi terlalu kerap. Kita menghabiskan waktu bagai terpanggil membaca


7. Kemarahan yang teramat terhadap sesuatu isu hingga melampau lampau (marah boleh marah, tetapi jangan sampai dilihat mental ya...)


8. Ulasan panjang lebar? Kes: you write long long got people read ahh? Lucu sebenarnya, masuk pula komentar meminta/bertanya samada boleh tak ia dilukis sahaja? hahahhahahha...


9. Individu yang terliuk lendik memberi pose seksi bagai ular sawa dan dugong sakit. Kenkawan celakapun memberi pujian palsu. Isu isu badan yang dikongsi secara terbuka... dan iklan yang mengambil kesempatan.


10. Kemarahan/kerengsaan setelah mempercayai atau mengaup ajaran/polisi hidup baharu – secara tidak cerdik masih mempertikaikan sifat bangsa, bawaan agama dan polisi hidup lama. Hidupnya bagai diselubungi kemarahan 24/7. Jarang bahagia.


Senarai punya senarai terlupa pada butang butang pilihan medsos. Entah entah ada kerinduan dan kesukaan yang terselit di sudut hati, agar hidup menjadi lebih teruja? Manalah kita tahu kan? Ada juga isu untuk didebat soalkan.


Urusan medsos bagaikan kepala anak panah dilantun kembali menghala pada kita para pelayar yang dianggap sebagai busur. Selagi medsos tidak disalah gunakan ia akan tetap selamat. Jari jemari dipantau, hati dikawal dan jika perlu sekalipun susun sesopan mungkin kata kata. Harus berani bertanggungjawab terhadap pada kata kata yang telah ditekan HANTAR.


Alah kalau tak sensasi tak bestlah... sapapun tak LIKE.


Ingat, terdapat akaun akaun palsu bertujuan untuk troll. Apa tu? Pemilik yang halimunan mempunyai fetish untuk melihat sebarang isu tular, isu bodoh, isu semasa yang pelik, pameran kebodohan dan pelbagai lagi. Dia mahu kamu jadi tercuit dan merasakan dia berjaya dan seronok. Halusinasinya jadi terbeli oleh kamu. Sedangkan kamu yang lemah akhirnya dilanda kemurungan dan tidak mampu tidur malam. Boleh begitu?


Pasti dari waktu ke waktu akan muncul perkongsian yang tidak selagu dengan diri sebagai pelayar. Saat itu hati kecilmu boleh sahaja membisikkan nasihat secara semulajadi... baca sahaja, skrol ke atas, berfikir dan paling utama tidak ada hadiah apa apa kalau disanggah. Hati dan niat yang baik kamu dilatih untuk berkata sopan, memuji ikhlas dan tahu menghargai perkongsian orang.


Sebarang ugutan rasanya tidak perlulah... kerana kamu diberikan pilihan oleh sebarang situs situs pilihan.


SILA AMBIL HENTANG: ada orang menggunakan medan medsos hanya untuk hal hal merapu. Luahan perasaan yang dirasakan perlu dibaca kerana dia tidak mempunyai teman dekat untuk curhat. Ada yang mengalami depresi serta gagal menebak tekanan tersebut dan tidak mahu bertemu pakar untuk kawalan. Pokoknya mereka hadir dari pelbagai latar belakang. Kamu paling utama, ada kemampuan untuk MENYARING sebarang kesesuaian. Jika sensasi yang kamu suka, sensasilah ia....


DELETE atau BLOCK atau MUTE – bila perlu.


NOTA: Kalau sepuluh tahun dahulu, saya sama sahaja. Teruja, namun perlahan lahan digunakan medsos untuk tujuan pekerjaan, menjalin siratulrahmi, berkomunikasi, merencana kegiatan, berkongsi info tentang kesihatan, resepi, aktiviti seronok. Sesekali akan terlintas juga kisah sensasi, luahan peribadi teman yang kurang cerdik, sepi yang memerlukan perhatian, rungutan dan jika mampu kita akan bermesej secara peribadi. Lawak jenaka yang bercitarasa akan tetap menjadi pilihan untuk menyinari hari....



BUKAN DEPA MELUAT

Tidak semua teman teman yang kita bariskan dalam senarai pertemanan di medsos aktif. Harus akur akan hal tersebut. Janganlah buruk sangka, mereka tidak seperti yang difikirkan 24/7 mencalit calit i-phone atau mengetik papan kekunci komputer riba.

Bukan semua akan membaca penulisan panjang di medsos. Membaca seperti yang sering dikatakan: Tidak hadir mudah pada semua orang... ada yang suka gambar dan kapsyen pendek. Ingat tu... Bukan mereka meluat pada kamu.
Sesekali mereka baca seimbas lalu. Mereka sibuk dengan tugasan masing masing.


Ada teman teman yang mendukung dalam diam pada sebarang saranan kamu melalui medsos. Yang lemas dengan ghairah muatnaik kamu tentulah ada, mereka manusia. Mungkin mood mereka tidak baik atau sedang dilanda tekanan, atau tersilap 'add'.


Kamu juga memenuhi semangat peribadi sebagai pelayar medsos. Mencari isi dan perkongsian yang terbaik, menjalinkan siratulrahmi yang positif atau mungkin sedang mengiklankan perniagaan atau paparan diri. Manusia azalinya memiliki kemaruk masing masing... si solo sepi tercari cari, sang surirumah mahu membebel, cikgu yang mahu mengajar, si ceria suka berjenaka, sang emosional mahu dipujuk, artis jadi jadian mendambakan iktiraf dan maklumilah sifat kita yang macam macam...


Apa yang paling penting adalah KAMU.... apa jamuanmu? apa hala tuju kamu? Susunan bahasa kamu bagaimana? Suka sukapun boleh asal tidak mencarik hati orang. Kalau kena gaya pastilah ia akan menarik perhatian (tidaklah semestinya paparan aib orang sahaja) - siapa tak suka bergosip kan? Jenaka jenaka bercitarasa, sesekali memerli diri sendiri dan kejutan umum selalunya lebih mendapat perhatian. Jika jamuan tidak mendapat perhatian, sila bertenang. Bila khilaf ditular orang juga perlu bertenang... tidak akan luak apa apa perihal medsos ini. Lainlah jika kamu difitnah, ia boleh dibawa ke tangga mahkamah.


Rungutan pada 'stalker' atau pengorek cerita akan selalu ada, lepas geram melulu, namanya juga kisah diumbar umbar lewat medsos. Pengambil kesempatan, tukang umpat mencari bahan, pembenci mengkredit sakit emosi dan macam macam. Harus sedar, paparan kamu meskipun 'private' adalah tidak selamat, berjujuk gunting dalam lipatan berada dalam senarai teman kamu... Bukankah kamu manusia yang gemar bersosial? Kisah kisah watsapp kumpulan dibawa ke mukabuku, orang itu benci kita, si polan mengeji kita, aduhai! Lainlah jika selama ini tiap paparan ditekan butang 'Only Me'.


Ragam manusia medsos tidaklah perlu diulangi lagi...depa macam macam, kita harus akur. Apa kata ditekad positifkan pelayaran medsos kamu? Tidak perlulah dibebelkan pada hal hal negatif tersebut mengikut ukuran kamu di dunia yang serba tidak kena ini - silap caranya seret sahaja naik tangga mahkamah.


----------------------------


Ah!!! pesan pesan di atas hanyalah pesanan ibu tua kuno, orang sudah kemana mana dia masih berlegar di mukabuku... so out of date! So kampung! Itulah rungutan yang pernah saya dengar dari dua tiga kenalan di medsos (saat mahu menyatakan bahawa mereka lebih kren!). Mereka lebih enak di tweeedeer you... yelah tu...padahal?

Comment