7 : You know me.

vote comment juseyo! <33


.


.


.


MENJELING ke atas Naufal dibuatnya sepanjang sesi makan malam bersama CEO ACE Holdings iaitu bapa saudara Adrian. Dato' Emir dan Zaim ralit berbual sambil makan manakala Naufal dipaksa berdiri tanpa diberi secebis makanan pun. Cuma air kosong. Itupun setelah diarahkan oleh Adrian sendiri.


"Aik, secretary kamu ni tak nak makan ke Zaim?" Soal Dato' Emir mungkin baru sedar kewujudan Naufal yang berdiri serupa hantu di sisi Zaim dari tadi.


Sebelum Naufal membuka mulut, Zaim mencelah terlebih dahulu. "Tak apa, dia dah makan sebelum datang tadi."


"Oh, nama kamu siapa ya? Macam pernah nampak," soalan kali ini dituju buat Naufal. Lelaki separuh abad itu tersenyum sambil menilik wajah Naufal.


"Tak apalah Dato'... dia tak penting," sampuk Zaim lagi tetapi bicaranya ditindas Naufal.


"Naufal. Saya Naufal Lutfan. Assistant director. Nice to meet you, Dato'." Naufal memasang senyum lebar sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman. Dia tersenyum mengejek buat Zaim yang kelat wajahnya.


"Laa, assistant director? Saya ingatkan secretary."


Tangan Naufal dibiarkan sepi. Dato' Emir menyuap nasi ke mulutnya sambil terangguk - angguk.


Lambat - lambat Naufal menarik tangannya kembali, dia memaksa bibir tersenyum biarpun palsu. Manakala Adrian hanya berdiam diri, sudah lali dengan sikap pakciknya.


"Naufal Lutfan... macam kenallah. Muka pun familiar."


Setiap kecurigaan yang keluar daripada Dato' Emir membuatkan Naufal kian tidak selesa. Dia menundukkan kepala, mengelakkan diri ditenung lagi. Bahaya. Identitinya mungkin bocor di sini.


"Dato' salah orang kut."


Pertama kali Naufal lega dengan kehadiran Zaim. Lelaki itu secara tak langsung membantu Naufal menutup topik ini.


"Dia ni bukan sesiapa," tambah Zaim seraya menampar - nampar lengan Naufal sambil ketawa. Apa yang lucu pun tidak dapat dikenal pasti.


"Bukan sesiapa?" Ada nada sinis dalam suara Naufal. Dia berdecit. Berdesing betul telinga mendengar kenyataan pahit itu. Rasa bersyukur yang Zaim menolongnya tadi lenyap sekelip mata.


Dia menjeling tajam wajah cemberut Zaim. Pasti beliau tidak suka yang Naufal suka - suki bersuara.


"Buat pengetahuan Dato', almost 90 percent movie ni air tangan saya. So I'm not a nobody. I am the assistant director." Setiap patah ditekan sehabis mungkin. Geli hati Naufal melihat yang Zaim semakin cuak.


Dato' Emir berdiam seketika. Dia meneguk air. Naufal dan Zaim berpakat menanti sambungannya sementara Adrian lebih memilih untuk menghabiskan makanan.


Gelasnya dihentak ke meja. Dato' Emir merenung Zaim dalam. Dia bersandar pada kerusi dengan riak yang tidak senang.


"You got a delusional assistant here, Zaim. He should know his place."


Ketiga - tiga mereka kecuali tukang cakap itu mematung, membeku, terpaku dan seangkatan dengannya. Lagi - lagi orang yang diperli itu. Maruahnya dipijak - pijak.


Naufal menggempal penumbuk seerat - eratnya sehingga urat tangannya timbul. Belum ditambah hati yang dihiris - hiris dengan komen Dato' Emir lagi.


"Uncle, saya rasa..." Baru Adrian ingin menegur pakciknya yang sudah melampau, satu tepuk tangan yang sangat meriah mematikan bicaranya.


Datang daripada Naufal.


"Delusional? Haha! I'm the freaking assistant director, and you called me delusional? I'm the one who did all the job but you told me to know my place?"


Panjang tawa Naufal terburai. Persis psiko. Dia memandang Dato' Emir dengan senyum lucu. Terhibur sungguh dia hari ini. Sangat sangat terhibur.


Jari ditunding pada lelaki tua itu. "Dato'... Dato' tu orang luar. Dato' tak tahu apa - apa jadi, tolong diam."


"Naufal, its rude." Zaim mencuba menamatkan tikam mulut itu sebelum ia menjadi lebih teruk. Jikalau Dato' Emir terasa hati, dia tetap sama sahaja statusnya. Naufal yang dalam kedudukan bahaya.


Tapak tangannya Naufal angkat menandakan dia tidak mahu sesiapa menjadi orang ketiga. Kaki mara mendekati Dato' Emir yang terdiam seribu bahasa. Aura yang lahir daripada Naufal cukup untuk menyepikan semua orang.


Gelas Dato' Emir yang masih berbakikan sedikit air dicapai lalu digoyang - goyangkan seperti orang kaya sedang menilai arak mereka.


Jelingan berkarisma dihadiahkan buat Dato' itu. Naufal tidak gentar apa nasibnya selepas ini.


"And for the record? Yes, you know me. You know me very well, Dato'." Air itu dituang membasahi kemeja Dato' Emir selamba.


"Kau!"


Gelas itu dicampak ke tepi seraya bunyi kaca pecah berderai kedengaran. Naufal memekakkan telinga berpura - pura tidak mendengar tengkingan Dato' Emir. Dia berjalan keluar daripada restoran itu.


Puas hati!


Zaim tidak berani bersuara dek gerun dengan kemarahan lelaki di hadapannya. Dia memilih untuk cepat - cepat menghabiskan makanan dan pulang. Hari lain barulah dia hukum Naufal.


Dato' Emir yang semestinya sangat berang kerana dimalukan di tempat awam beralih pada Adrian. "You know him?!"


"Of course I do, uncle. I'm his friend," tenang sahaja Adrian menjawab. Dia sedikit terkejut kerana Naufal selalunya bersabar dengan semua perlian yang dilontarkan padanya. Agaknya Dato' Emir betul - betul memalukan Naufal kali ini, sebab itu kesabarannya meletup.


Tapi, Adrian tidak peduli. Dia kenal Naufal. Perubahan aura Naufal tadi cukup untuk menunjukkan yang dia bukan orang biasa.


"Then who is him?! To act so cocky towards me!"


Tergelak kecil Adrian melihat pakciknya begitu marah. Dia berbisik di telinga Dato' Emir satu rahsia yang Naufal simpan sehingga kini. Terpaksa dibongkarkan supaya Dato' Emir tahu di mana kedudukan Naufal sebenarnya.


Garfu digenggam. Dato' Emir menggertap rahang. "Mustahil."


"Up to you nak percaya ke tak. But he really is. You can ask him yourself. Dia siap pernah duduk hotel kita lagi."


Adrian turut bangun hendak mengikut jejak Naufal tadi. Tiada faedah dia duduk sini, menadah telinga perbualan orang tua sangat membosankan.


Dititipkan pesan buat pakciknya sebelum dia beredar. "Just don't mess with Naufal okay?"


Di luar restoran, Naufal menunggang motorsikalnya tanpa tanda - tanda ingin beredar lagi. Dia mengusutkan rambut. Stres. Tidak sangka begitu rendah statusnya di mata orang lain.


Terfikir bagaimana kalau dia mengikut jalan lain, jalan yang mampu membuatkan semua orang hormat akannya. Telefon diaktifkan dan nombor ayahnya diperhati lama.


Satu panggilan, semua boleh berubah.


Sekelip mata Naufal menggeleng laju. Dia memadamkan skrin lalu menyimpan gajet itu. Pipi sendiri ditampar - tampar untuk menyedarkan diri.


"Gila dah aku macam ni. Hisy..." Dia memejam mata lama. Hampir terbuat kerja gila dan melanggar pendiriannya selama ini. Tak akanlah diperli sekali terus goyah maruah kan?


Naufal menongkat dagu. Dia cuba membayangkan sebanyak mungkin kesan tindakannya tadi. Dia tidak rasa Dato' Emir akan melepaskannya tanpa sebarang balasan. Mungkin juga misi Naufal untuk dipecat akan tercapai.


Dia tidak suka berhenti kerja sendiri. Nampak seperti dia melarikan diri apabila diancam masalah. Daripada begitu, Naufal rela dipecat. Sekurang - kurangnya dia sudah usaha dan berikan segalanya tapi masih tidak cukup untuk puaskan hati manusia.


Kepala mendongak menghadap langit hitam lantaran bosan melayan perangai sampah orang sekelilingnya.


"Should I change my carrier now, ma? Naufal penatlah. Naufal tahan sebelum ni sebab mama juga," adu Naufal lalu tersenyum nipis. Mengenangkan filem yang baru siap dirakam itu. Sedia untuk dipersembahkan untuk orang ramai. Satu - satunya sebab dia bertahan dengan rakan kerja yang kejam itu.


Sendiri teringat, sendiri yang menggeleng kepala. Naufal meraup wajahnya.


"Ahh, teringat benda tu buat Naufal rindu mama."


Terlampau rindu. Lebih rindu apabila dia sedar yang dia tidak akan dapat berjumpa dengan mamanya lagi. Tidak akan dapat mendengar suaranya, rasakan kehangatan tangannya, semua itu sudah lama tiada. Tapi rindu di hati sentiasa ada. Rindu yang bersulamkan perit.


"Well, well, well, look who's here missing his mama."


Tiada nafsu untuk menoleh, Naufal kenal pemilik suara itu. Siapa lagi kalau bukan Adrian?


"Shut up. Hari ni masuk tahun ketiga aku hidup tanpa dia."


Langsung bisu Adrian mendengar. Dia melabuhkan punggung di sebelah Naufal. Tangannya memanjang ke sepasang bahu itu lalu mengusap lembut. Tiada kata yang boleh dia katakan. Salam takziah? Sudah berbuih mulut. Dan Adrian tahu kata - kata sokongan yang klishe itu tidak berfungsi untuk Naufal. Lelaki itu mampu atasi semua itu sendiri. Dia kuat dengan sendiri.


Kerana dia menghadapi semua itu seorang diri. Tiada sesiapa di sisinya. Ada yang datang membantu, tapi Naufal sahaja yang sakit merasakan semua penderitaan itu. Di depan semua mungkin dia bergelak ketawa. Tapi apabila seorang? Kegelapan menelan dirinya dan tangisan menjadi peneman.


Orang lain tak akan faham dan mereka tak akan pernah faham. Sedangkan ahli keluarga Naufal pun tiada saat ibunya dikebumikan.


"Ayah kau tak cakap apa - apa ke?" Tebak Adrian mencuba nasib. Dia seakan bertanya soalan yang dia sedia tahu jawapannya.


"What do you expect, Ad?"


Adrian tergelak kecil. Dia menghela nafas lelah. Simpati dengan nasib Naufal tapi tiada cara untuk menolong lelaki itu. Tambahan lagi ini masalah keluarga. Adrian cumalah seorang kawan.


"Kau pun tak harapkan apa apa kan?"


"Tak guna pun berharap dekat dia."


Atmosfera di sekeliling mereka semakin pahit dan kelat, Naufal segera mengoyak senyum lebar di bibir. Dia menoleh pada Adrian.


"Kau tahu, aku rasa lepas dah keluar movie baru tu... aku nak terus minta berhentilah," ucap Naufal seperti inginkan pendapat Adrian.


"Habis lepas tu, kau nak kerja apa? Ke kau dah setuju nak kerja..."


"Tak, Ad, tak. Of course tak."


Sepantas kilat Naufal memotong sebelum Adrian pergi lebih jauh daripada topik asal. Kalau boleh jangan sesekali libatkan hal itu dalam perbualan mereka. Naufal sangat benci.


Tertutup mulut Adrian, dia faham sekarang. Naufal hanya mahukan seorang pendengar. Apabila dia bertanya, barulah Adrian boleh mencelah perbualan itu.


Krik krik antara mereka sampaikan cengkerik pun malas singgah nak buat bunyi tipikalnya.


Tiada angin, tiada ribut, tiba - tiba peha Adrian ditampar!


"Sakitlah!"


"Bagilah cadangan aku nak kerja apa lepas ni!"


"Lah, kau dah habis meluah ke?" Adrian menatap Naufal dengan muka polosnya.


"Dahlah! Kau nak aku buat drama air mata ke dekat sini?!"


"Cakap elok - elok tak boleh ke?"


"Tak!"


Jengkel Adrian sambil menutup telinganya yang bersebelahan dengan Naufal. Silap haribulan, boleh pecah gegendang telinga. Entah dengan siapa Naufal selalu bergaduh sampaikan suara seperti guna mikrofon kuatnya.


Adrian berfikir seketika. Dia mengurut batang leher sementara otaknya bekerja keras memikirkan cadangan yang sesuai untuk Naufal. Dia cadang kerja pelik - pelik, mahu kena terajang jatuh motorsikal nanti.


"Kau... pandai masak kan?"


"Bolehlah. Aku minat. I'm the happiest when I cook."


Melebar senyuman Adrian nampak yang ideanya seakan - akan mempuanyai masa depan yang cerah. "Jadilah chef. Mesti famous. Macam Chef Wan."


"Haha mengarutlah kau," Naufal ketawa palsu. Dia menggeleng kepala menolak idea itu mentah - mentah. Dia menganggap memasak itu sekadar hobi sahaja, tidak pernah terbayang untuk jadikan minat itu sebagai satu kerjaya.


Manakala Adrian mencebik kerana ideanya diketawakan. "Aku seriuslah. Cuba kau pergi pecah masuk dapur hotel kitorang tu pastu masak. Macam tikus movie Ratatouille."


Sekejap Naufal berkerut dahi. Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Adrian samakan dia dengan tikus ke macam mana?


"Belum cuba, belum tahu, Fal," pujuk Adrian lagi.


"Kalau aku dapat jadi chef dekat situ, maknanya kau bos aku? Tak apalah, tak nak," tidak perlu berfikir dua tiga kali, Naufal semestinya menolak. Dia rela menganggur daripada Adrian menjadi orang atasannya. Belum cuba lagi pun dia tahu yang Adrian akan mengambil kesempatan mengusiknya setiap kali punya peluang.


Mereka berdua ketawa.


Sebelum perbualan disambungkan, telefon Naufal berdering menjadi orang tengah. Skrin telefon itu diaktifkan dan jelaslah nombor yang tidak dikenali sedang menghubungi.


Adrian mengambil peranan untuk senyap walaupun rasa ingin tahu membuak - buak. Dia menjadi pemerhati sahaja ketika Naufal ragu - ragu menggesek ikon hijau untuk menjawab panggilan.


"Hello?" Naufal mendengar bicara orang di sana. "Boleh saya tahu siapa yang bercakap?"


Mulut Adrian menyebut wow tanpa bunyi mendengar nada formal Naufal. Al-maklumlah, selalu berkawan Naufal banyak bergurau atau betul - betul serius seperti tadi. Mana ada peluang untuk mendengar seorang Naufal Lutfan bertukar profesional.


"Ya, Tuan Fattah? Kes hari tu dah selesai kan?" Berubah serta merta riak muka Naufal. Hatinya memberitahu firasat buruk apabila bapa kepada Yara sendiri yang menghubungi. Sama ada dia berhubung sebagai ayah Yara ataupun sebagai seorang polis yang mencari suspeknya tempoh hari, Naufal tahu kedua - duanya tidak akan enak didengar.


Tubuh belakang Adrian dipukul - pukul supaya lelaki itu turun. Naufal mula menaikkan tongkat motorsikalnya.


"Sabar, sepuluh minit saya sampai."


Telefon disimpan ke poket seluar. Naufal menyarungkan topi keledar lalu menghidupkan enjin motorsikalnya. Dia seperti sedang tergesa - gesa.


"Kenapa?" Adrian bertanya. Dia mengundur beberapa tapak takut kaki digeles dengan tayar motorsikal Naufal. Kmungkinan kecil tapi biar selamat.


"Yara."


Sekadar satu patah perkataan menjadi jawapan, motorsikal Naufal berdesup memecut meninggalkan kesan di jalan tar.


Adrian yang ditinggalkan hanya mampu berteka - teki dalam kepala. Selanjutnya dia menjongket bahu, tiada rasa ingin memberatkan otak dengan perkara yang tidak penting.


Kalau isu itu tentang Yara, wajarlah Naufal sepantas kilat lesap untuk mendapatkan gadis itu. Adrian tidak terkejut lagi. Dia tidak pernah berjumpa Yara saat dia bercinta dengan Naufal, mendengar cerita sahaja.


Tapi melalui mata Naufal, dia sudah tahu betapa pentingnya Yara dalam hidup Naufal. Melalui cara Naufal bercerita tentang Yara pun terserlah yang dia sangat mengasihi gadis itu. Lagilah lelaki itu terkejut apabila memang benar Yara itu ialah orang yang sama yang dia kenal dua tahun lepas.


Ya, Naufal meluahkan perasaan terujanya dekat semua orang.


"Well, she's his star anyway."


...

Comment