1 : Accident.

.


.


.


MURUNG habis muka Naufal menatap lampu isyarat yang seakan dengki dengannya. Menyesal pula keluar rumah hari ini. Sepatutnya dia boleh tenggelamkan diri atas katil lagi namun malangnya, kerja datang dulu. Kesudahannya, balik kerja matahari sudah hilang berganti bulan.


Setelah beberapa kali memaki dalam hati, lampu isyarat akhirnya bertukar hijau. Terus melebar senyuman Naufal. Automatik terbayang keempukan katil, kedinginan aircond, sunyi rumah yang tiada sesiapa melainkan dia. Tidak lupa mahu mencium - cium kucing kesayangannya yang sangat manja.


Ingatkan panas sampai ke petang, cerah selepas hujan, tiba - tiba ribut petir sambar - menyambar.


Baru sahaja Naufal mulakan pemanduannya dengan aman, sebuah motorsikal yang muncul entah dari mana laju memotong rapat!


Naufal drastik menekan brek tapi perlanggaran tetap berlaku. Akhirnya kepalanya terhantuk pada stereng sementara penunggang motorsikal tadi terpelanting agak jauh.


Secepat mungkin Naufal keluar. Dia menjeling sekilas kesan kemalangan itu. Keretanya hanya calar sedikit tetapi motorsikal itu yang parah. Cerminnya pecah bersama lampu. Dan Naufal pasti jika dia mengalihkan motorsikal itu, pasti ada kerosakan lain.


Dia mendekati penunggang motorsikal itu. Hati yang berang kerana figura itu tidak mematuhi peraturan jalan raya digantikan dengan simpati. Luka di dahi pun dilupakan.


"Encik, encik okay?"


Lelaki itu mendengus kasar. Dia mencabut topi keledar dan darah merah pekat laju mengalir dari sebalik rambut dan lengannya.


"Kau buta ke?!"


Tercengang habis Naufal dibuatnya. Dia tanya elok - elok, penuh lemah lembut siap pakej prihatin, boleh dibalas dengan tengkingan pula.


Nafas dalam ditarik. Menyerap kesabaran ke segenap tubuh. Menahan nafsu ingin ikut berperang mulut.


"Nampaknya encik okay. Setakat darah sikit tu, saya boleh hantar pergi klinik."


"Kau fikir jalan ni bapak kau punya ke?! Sesuka hati langgar orang! Hancur motor aku siapa nak ganti?!" Tawaran lembut Naufal dibalas dengan herdikan lagi. Sedikit demi sedikit mengikis kesabaran Naufal yang sedia nipis itu.


"Maafkan saya, encik. Saya cuma ikut lampu isyarat tu. Cikgu kata hijau untuk jalan, merah berhenti, kuning sedia. Lampu tu tunjuk hijau jadi saya jalanlah. Encik jangan salahkan saya, salahkan lampu isyarat tu suruh saya jalan. Atau encik boleh salahkan papan tanda had laju tu. Kenapa dia suruh bawa perlahan dekat jalan ni kan? Susah encik nak merempit," sengaja Naufal berloyar buruk. Ikutkan rasa marah, sudah lama dia sental telinga jejaka itu dengan ceramah tentang peraturan jalan raya yang sebetulnya.


Lelaki itu berdiri dengan nafas turun naik. Dia berpaling tidak mahu menghadap muka acah baik Naufal.


"Time nak cepatlah kena jumpa orang sial macam ni. Hisy!" Gumamnya buat diri sendiri tapi sambil mencuba mengaktifkan telefon. Telefon kawan mungkin.


Naufal yang berdiri tidak jauh dari satu meter dari lelaki itu mendengar semuanya. Berasap telinga digelar sial. Bibirnya dibasahkan dengan istighfar. Dia memujuk hati, dia turut bersalah dalam hal ini kerana tidak lebih peka.


"Bodohlah telefon ni!" Terdengar lelaki itu menyumpah telefonnya yang gelap. Barangkali rosak ketika jatuh tadi.


"Kau!" Jari ditunding pada pucuk hidung Naufal. Muka tidak tahu malu. "Pinjam telefon."


Hampir Naufal menolak permintaan itu dan biarkan lelaki kurang ajar itu sendiri terkontang - kanting. Asbab masih ada nilai murni dalam jiwa, dia serahkan juga telefon.


Sambil lelaki tadi menggunakan telefon, Naufal memerhati sekeliling. Mujur tidak ramai orang, kalau tidak boleh viral kejadian ini dalam media sosial. Naufal lebih suka selesaikan dengan aman.


"Luka encik okay kan? Encik tak nak pergi klinik?" Soal Naufal lagi sekali apabila menyedari perbualan telah ditamatkan.


"Tak payah," dalih lelaki itu. Dia menghulur telefon Naufal dengan hujung jari.


Tidak sempat gajet itu bertukar tangan, lelaki itu dengan sengaja melepaskan pegangannya. Telefon Naufal jatuh menyembah bumi serentak dengan luruhnya jantung pemilik yang melihat.


"Ops tak sengaja," perli lelaki itu sambil menepuk bahu Naufal. Bersama senyum sinisnya dia memijak - mijak telefon itu.


Hancurnya gajet itu diiringi penumbuk Naufal laju dilayangkan ke pipi!


Buat kali kedua lelaki itu terpelanting. Jatuh mencium tanah. Dia menatap Naufal dengan mata bulat.


"Woi! Gila ke?!"


"Ask yourself," lesap semua intonasi lembut Naufal, mendatar suaranya membawa aura bahaya. Sedas jelingan tajam mengunci mulut jejaka tadi.


Hari ini bukan hari gembira untuk Naufal, sebaik sahaja dia berpusing dengan niat nak kembali ke kereta, dua buah kereta polis selamat berhenti di depannya.


"Nice, mesti budak tu call polis tadi," desis hati Naufal lagi - lagi tekaannya dikukuhkan dengan senyum kemenangan lelaki itu. Tepuk dahi Naufal lantaran polis mendekatinya dengan wajah ketat.


"Polis, dia langgar lari saya! Nasib baik saya sempat tahan dia! Lepas tu, dia tumbuk saya sebab bengang! Tahan dia, polis!" Tuduh lelaki itu bertubi - tubi bermain jadi mangsa. Padahal dia yang memecut bagaikan tiada kereta langsung atas jalan raya itu. Nak memotong kereta Naufal sampaikan tayar motorsikal sendiri hilang kawalan. Dah dilanggar, salahkan orang lain pula.


"Huh, stupid." Naufal berdecit. Dia dan polis itu berpandangan.


"Maafkan saya, tapi saya perlu tahan awak untuk siasatan lanjut," ujar pegawai polis itu sambil memakaikan pergelangan tangan Naufal gari. Sama ada Naufal bersalah atau tidak, dia perlu siasat kemudian. Dia perlu tahan suspeks terlebih dulu sebelum dia melarikan diri.


"Tangkap jelah saya, polis. Rela duduk dalam lokap dari hadap dunia penuh dengan budak kurang ajar macam dia ni."


Naufal tertawa kecil saat suara lelaki tadi menyuarakan isi hati. Marah sangat dengan kenyataan selamba Naufal.


Malas bersua muka dengan lelaki itu lagi, Naufal pula yang mengheret pegawai polis itu ke keretanya. Terkebil - kebil polis itu.


"Jom cepat, tuan. Nanti tuan soal siasat dia jangan bagitahu saya. Saya tak layan budak pramatang macam tu."


Kesimpulannya, seorang polis membawa lelaki tadi ke klinik untuk merawat lukanya manakala Naufal akan dibawa ke lokap untuk siasatan lanjut.


Naufal memerhati permandangan dari luar tingkap. Bukan selalu dia dapat pengalaman menaiki kereta polis sebagai seorang penjenayah. Mestilah digunakan sepuasnya.


Dia mengerling pegawai polis yang memandu mengikut cermin belakang. Wajahnya sungguh familiar bagi Naufal. Lagi - lagi setelah dilihat banyak kali. Tapi kepalanya tidak dapat kembalikan memori siapakah gerangan polis itu. Puas diperah, hasil tetap kosong.


Ah, biarlah. Kalau dia tidak ingat maknanya hal itu tidak penting. Mudah pendirian Naufal.


Tengah sedap melayan sepi, tiba - tiba telefon kepunyaan pegawai polis itu berbunyi. Laju lelaki itu mengangkat panggilan dan selepas beberapa ketika mendengar sapaan manusia di dalam panggilan, dia bersuara.


"Nanti papa datang. Tengah bawa budak pergi balai ni."


"Tuan, saya 29 tahun." Nampaknya Naufal terasa digelar budak. Dia membetulkan. Dengar tidak dengar suaranya. Gerun kerana polis itu tampil serius seperti batu. Naufal teka dia hanya lembut dengan anaknya.


Selang beberapa saat, pegawai polis itu mengerling Naufal dari cermin belakang. "Budak..."


Nampaknya dia tidak dengar suara Naufal tadi.


Naufal mengangkat keningnya, menanti sambungan. Dalam hati sudah pasrah dilabel budak.


"My daughter want to know if you're cute."


Terjungkit hujung bibir Naufal. Dia menongkat kepala sambil memandang tepat ke arah telefon polis itu. Berani sungguh perempuan itu.


"I want to say yes, sir."


Terburai tawa pegawai polis itu diikuti Naufal tersenyum - senyum sambil menggeleng kepala. Mesti anak pegawai polis itu gadis baru nak menginjak remaja. Layankan sahajalah permintaan gadis itu.






































Tak pernah Naufal terbayang seumur hidupnya dia akan duduk di sebalik gerigi besi yang dikhaskan untuk penjenayah itu. Dia syak dia akan mereput di sini sampai ke hari esok memandangkan mangsa dilanggar tadi tidak tiba di balai lagi.


Teringin Naufal nak melapor pada pegawai polis itu bahawa kawasan itu mempunyai kamera keselamatan yang merakam semua kejadian tadi, tapi dia matikan hasrat itu. Alang - alang duduk lokap, biar duduk lama sikit. Boleh dia ponteng kerja esok.


Ya, Naufal benci bekerja.


Dia menyentuh dahi yang bengkak dek terhantuk. Malas mahu memanggil polis untuk merawat, Naufal abaikan luka itu sedari tadi. Dia memerhati keadaan luar. Bosan.


"Papa!"


Terhinjut semua bahu dengan kehadiran suara nyaring itu. Naufal pun ikut memanjang leher untuk melihat siapalah yang tiada kerja sangat menjerit dalam balai polis.


Dilihatnya seorang gadis memeluk pegawai polis yang menahan Naufal tadi. Naufal tebak itulah anak perempuannya.


Dia menghadap dinding lokap itu semula, tidak berminat. Mesti perangai anak dan bapak sama sahaja. Pegawai polis itu tidak mesra alam dengan Naufal. Ditanya nama, dia bagi bisu. Tak pasal - pasal Naufal kena intai ke tag nama di baju polis itu.


Fattah namanya.


"Mana budak yang papa kata cute tu?"


Automatik tegak telinga Naufal. Terasa dirinya terlibat dalam perbualan anak beranak itu. Haa sudah, jangan perempuan itu betul - betul serius nak berkenalan pula. Naufal tiada masa nak bercinta.


Sepi sebentar seisi balai.


"Hai, awak."


Satu keluhan berat terlepas dari bibir Naufal. Dia menjeling si pengacau mengikut ekor mata sahaja. Ternyata gadis tadi sudah bertenggek depan selnya. Dengan mata bulat dia menatap Naufal seakan mahu ditelan terus.


"Sorry budak, anak saya memang suka buat kawan," pamit Tuan Fattah merangkap bapa gadis itu. Dia tersengih kerang busuk sebelum menyambung kerjanya. Lebih kukuh tekaan Naufal bahawa dia seorang yang lemah - lembut demi anaknya sahaja, dengan orang luar pasti serius.


Panjang lagi keluhan Naufal. Niat asal nak mengabaikan sapaan gadis itu tapi terasa dirinya ditenung tidak berpenghujung membuatkan Naufal terpaksa merespon.


"Ya? Tak pernah jumpa banduan?"


"Awak suspeks je. Tak sampai tahap banduan lagi."


"Kalau aku disahkan bersalah, jadi banduanlah."


"Awak bunuh orang ke?"


"Kenapa? Excited jumpa pembunuh?"


Jeda. Tiada balasan dari gadis itu.


"Awak, awak, nak cakap dengan orang... awak kena pandang muka orang tu tau," tegur gadis itu sekali gus mengabaikan perlian Naufal. Suaranya kedengaran polos dan betul - betul nak ajak berborak.


"Kau tak ada kawan ke sampai suspeks macam ni pun nak kacau?" Aju Naufal masih berdegil tidak mahu memandang pemilik suara comel itu.


"Haah, tak ada."


Terserdak air liur Naufal dibuatnya dengan jawapan terlebih jujur itu. Dia berpaling dengan laju untuk mencari penipuan di wajah gadis itu.


Tetapi, lain dicari, lain yang dia dapat. Jatuh rahang Naufal saat mata terpaku di seraut wajah yang tersenyum untuknya.


"Yara?!" Spontan nama itu meluncur keluar. Naufal terbeliak mata seperti baru ternampak hantu. Dia berundur menjauhi. Gelabah.


"Mana awak tahu nama saya?" Soal si gadis bernama Yara itu sambil menyengetkan kepala. Berkerut dahinya sambil otak gigih berfikir jika dia juga pernah bertemu dengan Naufal sebelum ini.


"Yara! Awak Yara!" Berubah seratus peratus panggilan Naufal. Dia menunding jari telunjuk berkali - kali. Matanya tidak akan menipu. Itu Yara atau nama panjangnya, Nazlyara. Kekasih hatinya satu ketika dahulu.


Pembetulan, bekas kekasih.


"Ya, betul nama saya Yara. Tapi saya tak rasa saya kenal awak." Yara menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ligat berfikir. Selepas itu, satu senyum terbit. "Awak salah orang kut."


"Sumpah! Demi Allah SWT, awak Yara. Muka sama. Tak akan awak tak kenal saya? Saya Naufal," bersungguh Naufal mengenalkan diri. Dia juga hairan. Kenapa Yara di depan mata itu tidak kenal dirinya? Ataupun memang betul dia salah orang?


"Pelanduk dua serupa tu! Saya tak kenal awaklah," Yara tertawa kecil. "Mungkin awak pernah nampak saya dalam mimpi."


Kehabisan kata seorang Naufal Lutfan masih tidak dapat terima kenyataan. Sungguhpun dua tahun dia tidak bertemu dengan Yara yakni bekas kekasihnya itu, kekal segar wajah itu di ruangan matanya.


"Oh, dahi awak lukalah. Kejap saya ambil first aid," tutur Yara lalu bangun meninggalkan sel itu. Selamba sahaja gerak - gerinya tidak ambil hati dengan Naufal yang tertanya - tanya.


Naufal mengekori susuk tubuh Yara sehingga gadis itu lenyap. Dia menampar pipi untuk mengesahkan ini ialah realiti.


"Ish, tak mungkin orang yang sama. Kalau betul kenapa dia tak kenal aku kan? Ini mesti kebetulan ni," pujuknya sambil mengusap dada.


Oksigen dihirup memenuhi peparu untuk kembalikan aura tenang. Buat malu betul gelabah depan orang yang pertama kali jumpa.


"Hi, am back!"


Lagi sekali bahu Naufal terangkat dek terkejut!


"Kau ni hantu ke hah?! Muncul tiba - tiba tak dengar footstep pun," perli Naufal berbalik semula ke penggunaan kau dan aku. Gadis asing. Dia tidak perlu berlemah - lembut sangat. Nanti ada yang cair, naya Naufal nak reject.


"Sini, dekat sikit. Saya nak sapu ubat ni," arah Yara sambil memberi isyarat supaya Naufal rapatkan jurang antara mereka. Tidak kekok langsung tindak - tanduknya ibarat tengah menyapa kawan lama.


"Tak payahlah, sikit je." Naufal enggan. Dia menutup kesan luka di dahi itu dengan tangan. Tidak sempat menilik luka itu teruk atau tidak. Rasanya lebam sahaja.


"Tengok darah awak tu dah kering tau! Cepat, saya nak cuci! Nanti berjangkit kuman susah pula papa saya nanti," Yara mula membebel. Botol saline di tangan seakan menunjuk tanda awal akan terbang jikalau Naufal berdegil.


"Aku boleh buat sendirilah."


"Tak boleh! Nanti awak curi pula benda dalam first aid ni."


"Kau fikir aku pencuri ke?"


"Awak kan penjenayah sekarang," respon Yara senada lalu memanjangkan tangan ingin menarik lengan baju Naufal. Bosan pula dia menunggu. Terfikir juga jika dia sedang bercakap dengan manusia atau tunggul.


Menahan ketawa melihat tangan Yara yang terkial - kial, Naufal merangkak ke gerigi selnya. Dia selak rambut ke belakang bagi memudahkan kerja Yara.


"Make sure jangan sentuh aku," pesannya sebelum Yara berkata apa - apa.


"Orang tahulah!"


"Perempuan sekarang kan suka ambil kesempatan."


"Tengok muka awak pun terus tak selera nak ambil kesempatan."


Berdecit Naufal menandakan dia menyerah kalah. Lagi dia melayan, lagi sakit hati. Nampak dari fizikal Yara kelihatan seperti gadis ceria dan suci, tidak sangka pula mulut boleh tahan laser.


"Good! Duduk diam diam, mommy Yara nak cuci luka Naufal okay? Kalau sakit bagitahu mommy okay?" Seloroh Yara suka melihat reaksi Naufal yang jelas dia tengah jijik dengan penggunaan bahasanya itu. Lagi orang menyampah, lagi dia nak usik.


"Cepatlah." Naufal mulai tidak senang duduk, dia menggulingkan bola mata seraya menghadap tempat lain.


"Tak sportinglah dia ni. Sumpah jadi katil kang." Usai itu, terkumat - kamit bibir Yara mengumpat Naufal tanpa suara. Dia menuang saline ke atas cotton pad dan dengan ganas menonyoh ke dahi pesakit jadiannya itu.


"Ahh, sakitlah! Kau nak bunuh aku ke?!"


"Oh, ya ke? Ingatkan awak kuat sangat boleh tahan. Kan nak cepat tadi, kenalah kasar kasar."


"Kau dekat dengan aku ni, Yara. Ada yang kena nanti."


"Eee dayus."


Begitu sahajalah perbualan mereka penuh dengan sesi menyakitkan hati masing - masing. Sambil - sambil Yara kuhsyuk membersihkan luka dan sapu antibiotik di dahi Naufal, lelaki itu selesa merenungnya tanpa bersuara.


Dengan jarak yang berpisahkan jejari lokap sahaja, ditenung pula lelaki yang boleh dikategorikan good looking, spontan muka Yara naik merah. Semakin perlahan proses menyapu antibiotiknya.


"Dah kenapa pipi kau merah ni? Panas ke? Aku yang sakit, kau yang merah?" Naufal sah - sah tidak faham. Dia sibuk mencari kedudukan kipas yang sebenarnya tidak jauh dari mereka. Dingin lokap itu sebenarnya kerana angin malam dapat menerombos masuk.


"Salah awaklah. Tenung tenung tu kenapa? Saya cantik sangat ya?" Soal Yara nak menutup malu.


"Taklah. Tak hamak."


"Bencilah awak ni. Tak sweet langsung."


"Aku sweet dengan orang aku sayang je."


"Awak tak sayang saya? Saya yang tolong rawat awak, saya yang teman awak dekat lokap ni? Kecik hati." Yara membuat mimik sedih. Dia menyimpan botol antibiotik dan menggapai pula sterile gauze untuk menutup luka.


"Pelik betullah kau ni," Naufal tergelak. Dia menggeleng kepala. "Muka sama, perangai pun sama."


"Sama dengan siapa?"


"Monyet dalam hutan tu. Samalah dengan kau," tipu Naufal sambil tersenyum sinis.


Balasan untuk sindiran itu, Yara menampal sterile gauze itu sekuat hati sehingga bergema jeritan perit Naufal mengalahkan banduan dihukum mati.


Pengajarannya, jangan cabar kesabaran perempuan.


Jangan contohi Naufal.


"Budak."


Tamat pergaduhan si anjing dan kucing tika Tuan Fattah menghentikan anak gadisnya daripada mendera suspek.


"Kenapa tuan?" Naufal straight to the point bertanya, nak mengalihkan perhatian daripada bertikam mulut dengan Yara lagi. Bersinar mata menatap Tuan Fattah seakan itu ialah heronya.


"Kamu disahkan tak bersalah. CCTV dekat jalan tu tunjuk," bagitahu Tuan Fattah mudah. Dia membuka sel lokap Naufal.


"Alah lajunya polis buat kerja! Tahanlah saya sampai esok, tuan!"


Berkerut dahi Tuan Fattah dan Yara menyaksikan aksi abnormal Naufal. Orang selalunya gembira dapat pulang, tapi Naufal merayu nak tinggal pula.


"Saya tak nak kerja esok." Adu Naufal sebelum dia berdehem. Tidak sengaja tertinggikan suara menyuarakan isi hati yang seperti budak kecil. Dia membuat ekspresi kosong menandakan itu bukan main - main.


Cengkerik menjadi ganti senyap di antara tiga manusia itu.


"Mengarut," Tuan Fattah menolak bahu Naufal perlahan supaya keluar. "Orang cari kerja untuk duit. Dah besar gajah pun tak akan harapkan mak bapak lagi?"


"Tuan... cuti sehari apa salahnya?"


"Tak ada, tak ada. Pergi balik."


Naufal berdecit sambil mengambil dompet, kunci kereta dan telefon yang sudah rosaknya di atas meja Tuan Fattah. Mengenangkan esok dia tidak cuti seperti yang diidamkan cukup untuk buatkan dia kemurungan sepanjang malam.


"Kereta awak tak rosak ke motor tu langgar?" Soal Yara sambil mengekori jejak Naufal ke luar balai.


"Mana kau tahu?" Naufal semestinya terkejut. Dari tadi punyalah Yara melabel dia sebagai seorang penjenayah, pencuri atau pembunuh. Rupanya dia tahu faktor Naufal ditahan!


"Saya nak berkawan jelah. Sorry," ucap Yara seraya tersenyum nipis. Sayu suaranya tiada gurauan. Senyumnya juga seakan senyum paksa.


"Kau serius tak ada kawan ke apa?"


"Tak ada. Semua tak nak kawan dengan saya sebab saya childish sangat," jujur Yara menjawab. Senyum miliknya tidak pudar tapi Naufal dapat baca kesedihan gadis itu dari raut wajahnya.


Naufal berpaling pada Tuan Fattah semula. "Tuan?"


Pegawai polis itu menoleh.


"Saya nak jadi kawan Yara boleh?"


"Awak nak jadi kawan saya?! Betul ni?! Tak tipu?!" Teruja benar Yara mendengar, habis digoncangnya bahu Naufal berkali - kali nak kepastian.


"Yara, putus tangan anak orang tu nanti," tegur Tuan Fattah lalu menarik lengan anak perempuannya. Dia mengetuk dahi Yara lembut membuatkan gadis itu tertawa.


"Yara excitedlah, pa! Asyik terperap dalam rumah je. Kali ni Yara dah ada kawan bolehlah jalan - jalan!"


"Macamlah sebelum ni papa kurung Yara dalam rumah."


"Kalau keluar pun tak ada kawan, bosanlah!"


"Papa ni bukan kawan Yara?"


"Papa sibuk kerja, tak sedar ke?"


Naufal senyap - senyap sembunyikan senyum. Dia anggap itu ialah green light untuknya berkawan dengan Yara selepas ini. Di samping dapat temankan gadis itu, Naufal juga dapat lepaskan rindu buat bekas kekasihnya yang lama hilang khabar. Tidak sangka, dia akan berjumpa dengan seorang yang serupa dengan bintang kesayangannya dulu.


"Papa bagi kan Yara kawan dengan Naufal? Kan? Kan? Terima kasih! Love you!"


Perasaan gembira Naufal berganti dengan pahitnya pilu apabila Tuan Fattah mencubit pipi Yara manja. Mereka berdua tampak bahagia.


Dia tundukkan kepala. Tidak sanggup menonton lagi.


...


hi! hi! how first chap?


btw, ya cite ni for entertaiment purpose. jadi agak tak berfaedah HAHAHA

Comment