6 : Because I like you.

.


.


.


MATAHARI berganti dengan bulan. Warna hitam kian mewarnai langit tapi cahaya lampu juga semakin menerangi bumi. Malam tidak menghentikan manusia untuk bersosial di luar rumah. Mungkin suasana malam hari lain daripada siang. Mungkin juga mereka rasakan waktu malam lebih damai walaupun hingar - bingar bunyi datang dari pelbagai punca.


Maksud kedamaian bukannya kerana sesuatu tempat yang sunyi, tiada ujian atau masalah. Tapi untuk berada di tengah - tengah tempat seperti itu tapi hati masih boleh berasa tenang.


Contoh yang sedang mencari benda itu ialah Naufal.


Okay tipu, dia sengaja keluar nak mencari makanan. Badan seakan memberat untuk memasak.


Tempoh hari habis sendi - sendinya sakit dek terjatuh atas gelanggang ais yang keras itu. Hari ini sudah genap tiga hari, tak akan sakitnya berbisa lagi?


Asbab menipu dekat majikan. Naufal meraup mukanya. Sebenarnya kakinya tidaklah sakit mana, sengaja jadikan alasan kecil itu untuk cuti. Bila Tuan Zaim telefon, dengan penuh drama Naufal meraung kesakitan.


Well, he's once an actor to-be for a reason.


Naufal melahap sisa corndog ke dalam mulutnya sambil mencebik. Kemudian batang corndog itu dibaling tepat masuk ke dalam tong sampah. Kaki digoyang - goyangkan sambil memerhati permandangan tepi tasik itu.


"Jangan harap aku jejak kaki dekat ice rink tu lepas ni," bisik Naufal sebagai peringatan. Dia mengurut pehanya perlahan. Rentetan itu, terlintas depan matanya senyuman lebar Yara tatkala dapat meluncur.


Wajah gadis itu, suara gadis itu, setiap tindak - tanduknya, semua masih segar di ingatan Naufal.


Dia menggeleng laju!


Keluhan berat dilepaskan. Naufal teringatkan Yara lagi. Setelah mengetahui perkara sebenar, bertambah - tambah runsing Naufal dibuatnya. Yara yang kini sama dengan Yara dua tahun lepas. Segala prasangka Naufal yang kononnya mereka pelanduk dua serupa sudah tidak berguna.


"I had almost erased you, star."


Dia mengusap jari - jemarinya. "Kenapa awak kembali, Yara? Kenapa sekarang? Waktu awak tak ingat saya? Awak buat saya rasa bersalah."


Mukanya ditekup dalam tapak tangan itu. Dia mencampakkan pandangannya ke permukaan tasik nun di sana.


"Even if it's second chance, what if I break you again?"


Patut ke dia tinggalkan Yara lagi? Itu persoalan yang bermain - main sejak hari terakhir dia bertemu Yara. Naufal buntu. Dia suka setiap masa bersama Yara tapi dia juga takut. Takut jika dia sakitkan gadis itu seperti dulu.


Patut ke tak?


"Arghhh!"


Sedang hati berperang ego dengan otak, satu jeritan menusuk sekali gus menyedarkan Naufal ke alam realiti.


Suara Yara.


"Nampaknya tak." Hujung bibir Naufal terjungkit. Dia bangun. "Just what kind of coincidence is this?"


Dia mencari punca bunyi tersebut. Kelihatan ada seorang lelaki mencengkam pergelangan tangan Yara dengan senyum gatalnya. Tiada senjata di tangan Yara untuk mempertahankan diri seperti sebelum ini.


Naufal berdecit menyampah melihat permandangan yang tidak menyenangkan itu. Terlihat sekeliling tiada yang berani memcampur tangan. Tiada pilihan lain, Naufal berjalan laju mendekati mereka dengan senyap.


"Lepaskan saya!" Herdik Yara seraya memijak kaki lelaki itu.


Lelaki itu berdesis sakit. Merah padam kulit mukanya menahan perit dan bertambah - tambah marah.


"Kurang ajar!"


Sebelum dia sempat menyakitkan Yara, lengannya direntap dari belakang. Seterusnya, satu kaki menyepak perutnya sampai dia terjatuh.


"Siapa berani kacau ni?!"


"Aku."


Renungan lelaki itu dan Naufal bersambung. Tajam mata Naufal menjelingnya jijik. Mimik mulutnya memberitahu supaya lelaki itu berambus atau benda menjadi lebih serius.


Lelaki itu tiada pilihan melainkan menurut. Buat jenayah pandai, dengan polis takut juga.


Yara mencuit bahu Naufal. "Terima kasih aw..."


"Kenapa kau keluar rumah malam - malam buta macam ni?" Ucapan Yara selamba dipotong tegas. Naufal bercekak pinggang.


"Tahu tak bahaya kalau perempuan keluar seorang macam ni? Kalau aku tak ada tadi, macam mana?"


Langsung hilang kata Yara dibuatnya. Dia menatap kasut mereka berdua tidak berani bertentang mata dengan panahan helang Naufal.


Terasa dimarahi oleh cikgu.


Jeda. Naufal berhenti menyerang dengan soalan tegas.


"Kau okay?" Nadanya bertukar lemah - lembut. Dia memerhati segenap tubuh Yara mencari luka.


Yara menggeleng masih tidak berani mengangkat kepala.


"Tangan?" pinta Naufal. Dia menilik pergelangan tangan Yara yang menunjuk kesan kemerah - merahan. "Kuat dia cengkam kau tadi. Tapi tak ada apa - apa kut. Merah je."


Diam. Yara takut kalau dia mendongak nanti dibebel Naufal.


"Yara..."


"Ya, saya?"


"Pandang aku."


"Tak nak."


"Kenapa?"


"Nanti awak marah saya."


Bibir Naufal menyimpul senyum hendak menahan ketawa. "Pandang aku, Yara. Aku tak marahlah."


Yara tetap diam tak berkutik. Meragui janji Naufal itu.


Tiba - tiba kasut yang direnung sedari tadi lesap dan digantikan dengan senyuman manis Naufal.


"Awak!" Yara berundur ke belakang tidak menjangka Naufal sanggup menundukkan badan semata - mata hendak melihat wajahnya.


Pipi Yara membahang sementara Naufal tidak peduli, dia menilik setiap inci wajah itu.


"Nasib baik tak ada luka," tuturnya seraya mengurut dada. Naufal tergelak. "Merah sangat muka tu, Yara. Nanti orang fikir benda lain kang."


"Awaklah! Siapa suruh tenung saya macam tu?!"


"Kenapa? Malu ke?"


Naufal ketawa serupa orang jahat sambil dia berjalan secara mengundur ke deretan gerai - gerai. Dia tersenyum nakal buat Yara yang cemberut wajahnya.


Yara sekadar memutarkan bola matanya menyampah. Dia berjalan melepasi Naufal yang kuhsyuk ketawa.


"Awak buat apa dekat sini?"


"Laparlah. Rumah tak ada makanan."


"Kenapa tak masak? Awak tak pandai masak?"


"Excuse me, ini Cef Naufal okay? Masakan aku kalah hotel 5 bintang tau."


Dan Yara menyepetkan matanya tidak mempercayai respon berbaur riak itu. Tapi malas pula untuk berbalah jadi dia memilih untuk menyepi.


"Sekarang cakap, kenapa kau seorang? Bapak kau mana?" Aju Naufal berbalik ke soalan pertama yang tiada jawapan.


"Macam biasalah papa saya ada duty. Saya seorang dekat rumah."


Panjang bunyi O Naufal menandakan dia faham. Bukannya dia tidak kenal perangai Yara. Tidak suka duduk rumah diam - diam. Pantang ada peluang, mesti hilang dari radar. Tidak serik pula kalau diancam bahaya ke apa. Contohnya hari itu dia keluar seorang hampir diragut, tetap tak insaf.


"Rugilah kau tak bawa payung katak kau tu. Boleh tengok lelaki tadi kena belasah," usik Naufal sebelum dirinya dipukul Yara.


"Payung tu patah dah! Dahlah payung kesayangan saya..." rungut Yara lalu memuncung ke depan. Dia memeluk tubuh lalu mencuci mata dengan beraneka makanan yang dijual. Hendak melupakan bayang payung yang tidak lagi boleh digunakan.


Sedih.


"Dah, dah. Nanti kalau aku jumpa, aku belanja payung baru. Sekarang jom? Beli air. Mesti kau haus lepas terpekik - terlolong satu bumi tadi," tawar Naufal lalu berdesup ke gerai berdekatan. Membiarkan Yara terpinga - pinga dan dia dapat melarikan diri daripada dibebel.


"Ini prihatin ke nak perli?" Soalan Yara dihanyut angin kerana tukang jawabnya sudah lesap. Dia menggeleng kepala sambil melangkah ke gerai itu.


"Nah, my treat." Satu cawan plastik air milo dihulurkan buat Yara sebelum Naufal menyeluk poket seluarnya. Mencari duit mungkin.


Lengan Naufal ditahan. "Biar sayalah bayar."


Mereka berdua melawan mata. Perlahan - lahan Naufal menolak tangan Yara lembut. Dia menjungkit sebelah keningnya. "A gentleman never let his lady pay, remember?"


"Tapi saya kan ada hutang nak belanja awak something."


"Sini duit kau."


Serta - merta terkunci mulut Yara. Sangkanya Naufal akan terus memberi alasan dan hujah mengapa dia perlu bayar. Cepat pula lelaki itu mengalah.


Tak adalah gentleman mana.


Yara menyerahkan beberapa not seringgit. Duit itu bertukar tangan sebelum selang beberapa saat, ia dipulangkan semula.


"Nah, aku bagi duit belanja," tutur Naufal lalu membayar harga air milo tadi. Dia berlalu dari gerai itu dengan riak selamba dan tidak bersalah.


"Duit belanja apa? Awak fikir awak papa saya ke? Lagipun tu memang duit saya," ada intonasi geram dalam suara Yara sambil dia meronyokkan duit - duit itu.


Naufal sekadar meneruskan ayunan kakinya tanpa menoleh ke belakang. Hanya mulutnya berkata - kata untuk mempertahankan diri. "Kau bagi aku. Duit tu jadi aku punya. Aku bebas nak bagi dekat sesiapa kan? Jadi aku bagi dekat kau balik. Fair and square."


Kelu lidah Yara lantaran dia dalam diam mengakui kepintaran seorang Naufal. Tiada idea bagaimana hendak melawan, dia menghirup air milo yang rasanya lebih enak kerana orang lain belanja.


Tiba di kereta Naufal, lelaki itu menundingkan jari sambil memberi Yara tatapan sakratul maut.


"Masuk. Aku hantar kau balik. Jangan memandai ambil Grab malam buta ni," arahnya bernoktahkan muktamad.


Melebar senyum Yara sambil membuka pintu belakang. Pandai betul Naufal baca fikirannya. Tidak sangka pula dapat menumpang percuma, tambah pakej dapat berborak dengan Naufal lagi. Ah, seronok betul! Terus lupa kes dia diganggu tadi.


Sebelum memulakan pemanduan, Naufal mengerling keadaan Yara mengikut cermin belakang. Senyum kecil terukir melihat keriangan di wajah gadis itu.


"Tunjuk direction tau. Sesat nanti, aku campak kau dalam hutan. Biar putera bunian kutip."


"Awaklah putera bunian tu kan?"


Naufal terbatuk!
















































PENUTUP cawan plastik itu dibuka setelah habis setiap titik air milo diminum Yara. Dia mencari ais untuk mulutnya yang kesunyian tiada teman. Naufal tidak memulakan apa - apa perbualan, dia pun sibuk membasahkan tekak dari tadi.


"Sini? Kiri ke kanan?"


"Kanan."


Itu sahaja yang keluar. Fokus lelaki itu ingin menghantar Yara pulang sedangkan Yara masih malas untuk duduk seorang dalam rumah. Dia mahukan seseorang untuk mengisi kebosanannya.


"Awak."


"Hmm?"


"Nak tanya boleh?"


"Jangan tanya soalan pelik - pelik."


Spontan suara Yara tersekat di kerongkong. Dia meraba dagunya seketika memikirkan soalan yang akan ditanya selepas ini cukup pelik atau tidak.


Ada tawa datangnya daripada Naufal. "Tanyalah. Soalan kau mana pernah normal."


Tiba - tiba terasa kepala kerusi Naufal didekati seseorang sebelum satu renungan menusuk - nusuk kepalanya.


"Awak pernah bercinta kan? Best tak?" Soal Yara dengan penuh rasa ingin tahu. Dia melentok kepala untuk membaca ekspresi wajah Naufal.


Lelaki itu menghirup nafas dalam. Sedikit tercengang dengan soalan yang langsung tidak dijangka - jangka itu. Betullah soalan Yara tidak pernah normal.


"Aku tak ingat."


"Awak tak ingat?"


"Aku tak ingat dia. I mean, I remember her name and what we've had together, but I can't remember her. I know I love her voice and her laugh, but I don't remember how they sounded. I don't remember her scent when we met that drove me crazy. Maybe it's jasmine, or rose. I don't know."


Sepi. Naufal mengetap bibir. Nadanya bertukar sayu. "I wish I remembered more about her but the only thing that comes to my mind is how destroyed she looked when I need to let her go."


Peristiwa dua tahun lepas bermain di ruangan matanya. Riak wajah Yara ketika itu cuba mengukir senyum walaupun air mata membasahi pipinya, cukup membuatkan Naufal bernafas laju. Dia menyentuh dada yang sakit. Kenapa dia tidak boleh hilang ingatan seperti Yara?


Lebih teruk, kenapa tika ini, Yara tidak sedar yang Naufal sedang bercerita tentangnya? Kenapa gadis itu perlu lupakan semuanya? Kenapa dia perlu lupakan Naufal? Kenapa?


Ini tidak adil.


Tapi dalam masa yang sama, Naufal bersyukur. Setidaknya dia dapat meluangkan masa dengan Yara dengan kurang rasa bersalah. Kalau Yara ingat semuanya, mampukah Naufal berdepan dengan gadis itu?


"How sad.." Yara tidak lagi bertenggek di sebelah tempat duduk pemandu. Dia bersandar pada tempat duduknya sambil menggentel jari bersama. Terkesan dengan bicara Naufal.


"Why?"


"I mean, you ask someone about love and they tell you about heartbreak." Gadis itu tersenyum pahit. "Is love that painful? I thought love is the most beautiful thing in the world."


Tergelak Naufal mendengar kenaifan Yara. Kalaulah dia tahu betapa kejam dunia ini sebenarnya. "Love is perfect. Human is not."


"Kesian awak! Mesti sakit kan?"


"Tak apa. Salah aku juga."


Kerusi pemandu ditampar dari belakang. Terangkat bahu Naufal dibuatnya.


"Tak baiklah cakap macam tu. Semua benda terjadi ada hikmahnya. Mungkin nanti awak jumpa perempuan yang lagi baik? Dia pun sama? Mungkin awak berdua akan bahagia dengan orang lain? Kita tak tahu. Past is a past," bersungguh Yara bermukadimah untuk menyental otak Naufal yang asyik menyalahkan diri sendiri. Bengang sungguh dia. Benda sudah lama, lupakanlah!


"If only you know the truth, Yara." Naufal memperlahankan suara, untuk pendengaran telinganya sahaja. "There'll be no past is a past."


Bunyi deringan telefon memecah ketegangan atmosfera mereka berdua. Sekali pintas Naufal melihat siapakah gerangan yang menghubunginya tengah malam begini.


Dengusan kasar kedengaran seraya dia menjawab panggilan itu.


"Siapa, wak?" Yara menyoal separa berbisik.


"Director durjana tu."


"Oh."


"Nak apa?" Berubah seratus peratus nada Naufal. Orang pekak pun boleh tahu yang dia sedang menyampah sangat - sangat.


"Aku dah kata aku sakit kan. Tak faham bahasa ke apa?" Terherot - herot bibir Naufal menahan nafsu untuk memaki. "Haah, sakit tenat! Sebab asyik kena buat itu ini even tu bukan kerja aku."


Manusia di tempat duduk belakang sudah simpan niat ingin menyaman pengarah yang bersikap diktator itu. Kasihan Naufal keletihan, dalam cutinya pun tidak tenang.


"Esok? Kalau aku tak pergi tak boleh ke? Bukannya ada nama aku pun dalam movie tu. Tak penting."


Jeda.


"Tapi, esok..."


Mendengus kasar Naufal mendengar respon Tuan Zaim yang mencelah sebelum sempat dia memberi alasan. Dia menghentak stereng.


"Yalah!"


Panggilan dimatikan dan telefonnya dicampak ke tempat duduk penumpang. Naufal menongkat kepala sambil memandu sebelah tangan. Rambut diserabutkan. Kelajuan kereta ditambah tidak mempedulikan hon daripada kereta lain. Pedal minyak ditekan kuat. Sudah seperti lumba kereta!


Yara menggenggam kepala tempat duduk di hadapannya erat. Terasa menyesal kejap tidak memakai tali pinggang keledar. Kecut perut apabila kelajuan meningkat. Dia meneliti meter kereta Naufal dan matanya membulat.


120 KM/J.


Melihat Naufal seperti singa yang jangan dikacau, serba salah Yara ingin menegur tentang kelajuan itu dan memberitahu selok - belok rumahnya kini. Dia takut kalau kemarahan Naufal dilepaskan padanya pula.


Kejutannya, tanpa berfikir dua kali Naufal mengambil jalan di sebelah kiri, itulah jalan ke rumah Yara.


Terpanar Yara sebelum dia menggaru kepala sendiri. Dia pernah beritahukah di mana rumahnya?


Secara mengejut Naufal menekan brek di perhentian bas berdekatan. Lelaki itu mengurut pelipisnya.


"Kenapa awak berhenti?"


"Kejap." Naufal menekup muka. Deruan nafasnya deras sambil membisikkan kata - kata untuk menenangkan kemarahannya. Sewaktu dia memecut laju tadi, kalau keretanya hilang kawalan dan terlibat dalam kemalangam macam mana? Kalau dia seorang, tidak mengapa. Ini membawa anak orang.


Lama mereka menyepi.


"Awak ada kerja ke esok?" Tanya Yara dek kebosanan dan melihat Naufal semakin bertenang.


"Yup, aku kena teman Zaim pergi dinner dengan owner hotel kitorang guna untuk shooting tu. Kan dah habis rakam, nak berterima kasihlah kononnya."


"Owner hotel tu... Adrian?"


"Bukan. Adrian heir. Sekarang hotel tu masih milik pakcik dia. CEO ACE Holdings. Sebab pakcik dia tak ada anak, sebab tu dia lantik Adrian jadi waris dia tu."


"Oh, jadi esok awak sibuklah?"


"Sibuk tu tak kisah. Nak kena hadap muka Tuan Zaim tu yang malas tu."


Yara tertawa kecil. Dia mencapai beg tangannya. "Saya balik jalan kakilah. Rumah saya dekat dah ni. Awak baliklah rehat."


"Tak boleh."


"Boleh."


"Kang kena rompak ke culik ke, lagi teruk, kena rogol ke..." Ugut Naufal bertujuan untuk menakutkan Yara. Berani pula gadis itu nak balik seorang, jalan kaki pula. Kalau rumah sedekat satu meter pun jangan haraplah Naufal benarkan. Bahaya.


"Hei, mulut celupar!"


Bola mata Naufal diputarkan 360 darjah. "Benda possible tau. Malam malam macam ni, perempuan jalan seorang, memang target orang jahatlah."


Mujur Naufal berada di tempat pemandu yang menghadkan tangan Yara untuk membelasah lelaki itu yang menjadi satu - satunya sebab Naufal masih boleh mengugut macam - macam. Kalau tiada halangan, ucap takziah awal - awal.


"Saya tahulah jalan ni. Saya membesar dekat sini. Tak payah risaulah!"


"Risaulah. Kau tanggungjawab aku sekarang."


Pipinya Yara kembungkan. Protes. Otaknya ligat bekerja cara untuk meyakinkan Naufal yang sedia keras kepala itu.


Idea Yara datang tepat pada masanya. Bernas lagikan dijamin menjadi.


Gadis itu tersenyum tajam. Dia memanjangkan leher ke kerusi depan sambil meniru mimik anak kucing terkelip - kelip mata untuk meraih simpati. "Okay, kalau apa - apa jadi dekat saya..."


"Awak kena kahwin dengan saya!"


Terperanjat besar Naufal dibuatnya. Membuntang luas mata sambil dia melekat pada pintu, menjauhi Yara.


"Kenapa pula?!"


"Awak yang doa bukan bukan! Kata - kata itu doa!"


"Setakat jaga tu bolehlah. Ni disuruh kahwin pula..."


"Tak baik awak rapat sangat dengan orang yang bukan mahram awak tau. Kena ada ikatan sah!"


"Sedarlah diri tu sikit."


"Menyampahlah awak ni!" Menjuih ke depan bibir Yara. Dia menyarungkan tali beg tangannya di bahu. Tidak mahu berbolak - balik lagi. "Tak kira, jadi apa - apa dekat saya, kita kahwin!"


Cukup dengan mata Naufal memberitahu yang dia sedang menganggap Yara ialah seekor mahluk asing.


"Janji!" Tangan Naufal direntap lalu jari kelingking mereka dikunci bersama secara paksa.


"Woi haramlah!"


Yara ketawa terbahak - bahak. Dia membuka pintu kereta. Sempat dititipkan pesan. "Dah janji tu, jangan mungkir."


"Kau ni macam sengaja minta bala datang je. Banyak lelaki luar sana, dengan aku juga kau nak kahwin ya?" Naufal menggeleng berkali - kali tidak faham apa yang bermain di minda Yara. Siap dipaksa buat janji serupa budak kecil. Macam nekad sangat nak berkahwin dengannya.


Apa jenis lamaranlah! Tak romantik langsung!


"Mestilah. Sebab saya suka awak," luah Yara langsung tidak gagap.


Lagi sekali Naufal kehilangan kata manakala Yara mengenyitkan mata lalu pintu tertutup menjadi pengakhiran perbualan mereka.


Lesap jasad gadis itu, Naufal mulai gelabah. Dia berdiri sedikit untuk meninjau tingkap hadapan. Matanya mengekori tubuh Yara yang selamba berjalan pulang.


Hampir meletup jantung Naufal mendengar ayat terakhir Yara tadi. Dia menekup muka yang membahang. Jeritan dolfin bergema satu kereta.


"Dia suka aku! Dia suka aku!"


Beberapa minit seorang Naufal Lutfan menjerit, berpusing sana sini, menutup mulutnya, menampar pipi sendiri untuk memastikan ini realiti.


Fikir lelaki tak meroyan ke?


Setelah bertenang dan diri kembali waras, Naufal mengintai kembali jejak Yara tadi. Dalam hati sarat berdoa supaya gadis itu selamat. Bukan kerana tidak mahu berkahwin dengannya, lagipun Naufal anggap itu ialah gurauan. Hanya kerana itu ialah Yara. Yara perlu selamat sentiasa.


Naufal tidak sedap hati. Harapnya tiada apa - apa.


...




aminnnn harap takde pape ya hehehehehehe

Comment