TPOL: 2


Ting! Ting! Ting!

- Sapaan. Jeb, kapal terbang sudah aku sediakan di port.
-Di sana ada Haz menunggu kau.
- Malam nanti flight untuk pulang pada jam 10 malam.

Tiga pesanan ringkas yang dihantar oleh Chen dibaca. Jebat baru bangun dari tidur. Jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Dengan hanya berseluar pendek kelabu dia bangun ke bilik mandi untuk mencuci muka dan memberus gigi. Wajah sawo matang dalam cermin direnung sebentar. Perut berketak, lengan kiri bertatu naga dan kalajengking, didada pula ada kepala harimau mengaum. Dia sapu kering sisa air yang ada pada rahang tajamnya dengan tuala.

Kaki dibawa menuju kearah dapur untuk menyediakan sarapan. Sekotak pancake mix diambil dari dalam almari bahagian atas. Tangan lincah menyediakan sarapan, air dituang kedalam mangkuk kaca berisi tepung pancake mix, sebatian digaul rata. Sebiji pan diambil dan diletakkan keatas dapur elektronik. Butang On ditekan untuk menghidupkan sistem pemanasan dapur itu dan dia menunggu pan itu panas.

Setelah panas, sebatian pancake dituang keatas pan dan dimasak sempurna. Ketiga-tiga keping pancake diletakkan ke atas pinggan, buah strawberry, blueberry dan maple syrup diletakkan keatas timbunan pancake tadi. Jebat mula menjamah sarapan pagi sambil membaca chat di aplikasi Whatsapp, memilih chatting mana yang penting untuk dia baca.

Setelah membuka beberapa mesej dari Laskar dan Adian, dia membuka pula e-mel mencari jika ada e-mel tugasan yang perlu dia selesaikan. Begitulah kehidupan Jebat. Hanya kerja, kerja dan kerja.

Setelah bersarapan, Jebat bersiap-siaga untuk bergerak ke port dan berlepas ke Republik Marjaya.

Kemeja T lengan pendek Polo Ralph Lauren disarungkan ke badan. Topi Celine hitam dipakai dikepala menutupi rambutnya yang beralun separas bahu. Helmet full-face dimasukkan kedalam beg galas berbentuk petak. Kasut boot hitam disarungkan ke kaki dan dia melangkah keluar dari rumahnya. Pemandangan persisiran pantai berteman angin pagi yang menghantarnya ke tempat kerja dinikmati sekejap. Matanya terpejam menikmati bau laut.

Motor Ducati berkuasa tingginya ditunggang menuju ke pengkalan Lostar yang tidak jauh dari rumahnya. Dia perlu ke sana untuk mengambil beberapa kelengkapan membunuh.

Sebaik tiba di pengkalan Lostar, Jebat terus menuju ke tingkat 3 yang menempatkan tempat dia bekerja. Jebat menuju kearah dinding selatan bilik kerja anggota Lostar. Dia menekan satu butang yang mempunyai lambang Lostar di sisi kiri dinding. Pintu ruangan tersembunyi itu lansung terbuka luas menampakkan pelbagai jenis bom tangan, senapang, pistol, pisau, kerambit, dan pedang.

Jebat menikmati pemandangan yang mengelirukan. Keliru apa yang perlu dia gunakan untuk memancung kepala Aaron Juister Das. Matanya tertancap pada satu pedang berwarna kayu, mempunyai ukiran seni klasik Republik Sumatera.

Itu antara pedang keramat digunakan oleh headhunter sebelum-sebelumnya. Mata melihat-lihat lagi pilihan pedang yang lain. Tangan menuju kearah pedang panjang berwarna hitam, mempunyai ukiran kepala naga dihulu pedang, sarung juga mempunyai ukiran ekor naga berduri. Itu menjadi pilihanya hari ini.

Jaket hitam yang disangkut di penyandar kerusi tempat dia bekerja diambil lalu disarungkan dibadan tegapnya, pelitup muka dipakai menutupi separuh muka dan dia berjalan menuju ke bahagian Barat pengkalan dimana disitu terletaknya lapangan terbang persendirian milik Lostar. Dari jauh Jebat dapat melihat sebiji kapal terbang bersaiz lebih kecil daripada kapal terbang biasa berwarna putih, berjalur corak naga dengan lapan sisik di bahagian tulang belakangnya dan diatas kepalanya mempunyai bentuk bintang lapan penjuru.

Dia berjalan tenang, langkah satu per satu.

Sampai di bangunan persiapan kapal terbang, dia terlihat seorang aviation engineer sedang memeriksa keadaan kapal terbang itu.

"Tuan!" Jurutera kapal terbang itu menyapa Jebat apabila nampaknya sedang berjalan.

"Tuan boleh tunggu di bahagian menunggu dahulu. Pilot masih belum bersedia." Tambahnya lagi. Sekarang baru jam 10.48 pagi. Memang patutlah mereka belum bersedia. Jebat terus bawa langkah ke bahagian kiri bangunan persiapan kapal terbang itu.

Ada satu bilik menunggu yang tersedia sofa empuk, meja makan, dan tempat membuat kopi. Memandangkan Jebat belum menikmati daily coffee-nya hari ini, dia memilih untuk membancuh secangkir kopi. Jebat mencari kapsul kopi segera berperisa caramel macchiato untuk dimasukkan ke dalam mesin pembuat kopi. Lagu yang dipasang melalui sistem pembesar suara bilik ini dilayankan saja. Tak tahu lah lagu apa, Jebat jarang dengar lagu.

Semasa tangannya mencapai kapsul kopi tersebut, ada lagi satu tangan yang menyentuh bahagian atas lengan kanannya dan melorot ke tapak tangan.

"Tuan duduklah. Biar saya buatkan," seorang pekerja di bahagian menunggu itu yang datang menyapa dia.

Jebat tahu memang di situ ada pelayan untuk menyediakan makanan dan minuman, tetapi tadi dia tidak lihat kelibat pekerja itu. Sedar akan tingkah laku perempuan itu sudah melebih, Jebat menepis kasar tangan lembut itu jauh dari lengannya.

Jebat tidak membalas kata-kata perempuan itu, dia tinggalkan saja perempuan itu dengan mesin pembuat kopi dan terus mengambil duduk di salah satu sofa yang ada. Komputer riba di keluarkan dari beg komputernya. Fail kerjanya dibuka dan dia mula menjalankan tugas apa yang patut.

Ada satu kerja yang diberikan oleh salah satu kumpulan yang menjalankan perniagaan kelab malam dan pelacuran di pasaran gelap dari Colombia. Kumpulan itu meminta dia mendapatkan maklumat tentang seseorang.

Jebat telah mengikut jejak individu yang bernama Ratchanapam Anuraak, seorang perempuan warganegara Thailand yang merupakan pembekal pelacur ke Colombia. Dia mendapati bahawa Anuraak ada menjalankan hubungan perniagaan secara diam-diam dengan pihak lain yang mana telah melanggar perjanjian antara dua pihak ini. Dia hanya diarahkan untuk mengikuti perkembangan Anuraak setakat ini, mungkin satu hari nanti, wanita ini juga akan menjadi salah seorang mangsanya.

Dalam dia leka meneliti perkembangan Anuraak melalui rakaman CCTV yang telah dia godam, Jebat merasakan bahagian kiri tempat duduknya tenggelam.

Pelayan perempuan tadi meletakkan cawan berisi kopi di sebelah komputer riba Jebat dan mengambil duduk disisi lelaki itu. Jebat hanya beriak biasa. Dia malas hendak melayan perempuan seperti ini. Bukan kali pertama perempuan tidak bermaruah cuba mendekati dia.

"Wajah tuan kelihatan begitu berserabut. Terlalu banyak beban kerja kah?" Perempuan tadi menanyakan keadaan Jebat dengan nada dimanjakan. Biasalah, perempuan murahan, asal ada peluang pasti akan dia goda.

Setelah tiada balasan dari Jebat, perempuan itu cuba mendapatkan perhatian melalui sentuhan pula. Lengan Jebat diusap perlahan dari atas ke bawah. Urat lengan diikut menggunakan jari runcungnya.

Sebaik tangannya cuba mengusap paha Jebat, tindakan refleks Jebat terus mencengkam kedua pergelangan tangan perempuan itu dan menghentakkan badan halus itu hingga terbaring rapat keatas sofa. Jebat berada diatas perempuan itu dengan sebelah tangannya menampung berat badan sendiri.

"Kalau kau nak menyundal, pilih bangsat lain untuk kau goda. Bukan aku." Biadab sekali kedengaran bahasa yang digunakan Jebat. Perempuan tadi terdiam dek kerana takut. Tangan perempuan itu ditekan pada sofa sekali lagi sebelum dia melepaskan genggaman itu.

Komputer riba ditutup dan dimasukkan ke dalam beg. Jebat mengemaskan baju yang dipakainya sebelum jaket kembali disarungkan ke badan. Cawan kopi tadi lansung tidak disentuh.

Jijik!

Kaki terus menapak ke arah kapal terbang yang tersedia dan dia terus masuk ke perut kapal terbang itu. Tempat duduk diambil memandangkan hanya dia yang ada hari ini. Ada lebih kurang satu jam sebelum kapal terbang berangkat. Kerja yang tadi tergendala disambung.

Setelah lebih satu jam menunggu, akhirnya kapal terbang itu berangkat dari tanah Republik Sumatera. Setelah hampir 30 minit diudara, seorang peramugara menyapa Jebat untuk menghantar makanan tengah hari. Sempat dia memesan secawan kopi kepada peramugara itu.

Tidak lama kemudian, dia rasakan dia tidak lagi di awangan menandakan dia sudah sampai ke tanah Republik Marjaya. Kaki keluar dari pintu kapal terbang.

"Bau darah," kata Jebat disebalik pelitup muka, hanya cukup didengari dirinya sendiri. Dia dapat lihat ada satu motor berkuasa tinggi yang tersedia berhampiran dengan kapal terbang itu. Dia yakin ini adalah kenderaannya semasa berada di sini.

"Tuan. Chen minta aku sediakan sebiji motor untuk kau disini. Ini, ada baju salin dan kelengkapan lain kalau kau perlu," seorang lelaki yang memakai kemeja putih dan slack hitam menyapa Jebat sambil menghulurkan beg gimnasium kepadanya. Jebat hanya mengangguk kecil dan beg itu bertukar tangan. Dia mengerling jam di pergelangan tangan kanannya.

"Pukul 9:30 malam aku akan sampai di sini blaik," Jebat berpesan kepada lelaki yang bernama Haz itu. Haz hanya membalas dengan anggukan.

Tanpa berlengah, Jebat terus menunggang motorsikal menuju ke Apartmen Saujana Kristal yang menempatkan Aaron Das.

Aaron Das telah banyak mengganggu kegiatan perniagaan Dato' Yusuf dan ianya dilakukan dengan cara kotor.

Plagiat hasil kerja anak buah Dato Yusuf, menaikkan bangunan restoran lima bintang dihadapan restoran Dato' Yusuf dan banyak lagi. Tidak salah mahu bersaing, cuma bukan itu caranya. Jadi, Aaron Das perlu dihapuskan.

Sampai di kawasan sekitar 1 kilometer dari bangunan yang dia tuju, Jebat meletakkan motornya dibawah satu pohon rendang. Helmet full-facenya ditanggalkan dan dimasukkan kedalam beg galas belakang. Yang tinggal hanya pelitup muka yang menutupi separuh wajahnta. Rambut panjang diikat kepada separa tocang.

Kaki melangkah kearah tembok yang melidungi bangunan H7 Apartmen Saujana Kristal, di situ ada satu pintu pagar kecemasan tanpa akses khas. Pintu besar dibuka dan dia masuk ke perkarangan bangunan apartmen itu.

Kaki menuju ke bangunan H3 yang berada 3 blok didepan. Suasana lengang tanpa ada orang, hanya kedengaran bunyi kenderaan saja.

Pedang yang terselit di bahagian pinggang diambil dan dimasukkan kedalam beg gimnasium yang berukuran sama dengan pedangnya, dalam beg itu tersedia helaian kain hitam, kasut, baju, dan peralatan kecemasan yang dia akan gunakan sekiranya terjadi sebarang pergaduhan sehingga menyebabkan luka dan sebagainya.

Lama berjalan, dia sampai ke blok Apartmen H3, Jebat masuk melalui gerbang utama tanpa rasa takut. Dia perlu melalui pintu utama itu kerana blok ini tiada akses dari pintu lain, itu menyukarkan kerjanya.

"Tuan, ada urusan apa di sini, ya?" tidak semena-mena dia ditahan oleh pengawal keselamatan blok apartmen ini. Jebat sudah persiapkan alasannya.

"Saya perlu naik ke gimnasium, fasiliti blok H5 sedang diselenggara, encik. Tidak boleh digunakan seminggu dua." Jebat menjawab tenang berbekalkan keyakinannya kerana dia telah memeriksa semua intipati keadaan apartmen ini.

"Ohh iya, gymnasium sedang dibaiki. Baiklah, kalau begitu tuan ambil kad akses pelawat dan naik menggunakan lif," pengawal jaga itu menyelongkar laci mejanya mendapatkan kad akses berwarna putih dan emas yang terdapat logo apartmen ini.

"Minta tuan tuliskan nama dan informasi tuan untuk tujuan rujukan." Pengawal itu hanya menjalankan tugas, tidak tahu langkahnya bakal memudahkan kerja pembunuhan.

"Baik." Jebat bahagia hari ini. Dia cuma perlu tipu segala maklumatnya dan dia tidak akan dapat dicari. Sungguh lancar pembunuhan kau, Aaron Juister Das. Seperti malaikat sudah bersedia memancung kepala engkau.

"Sudah encik, saya naik dulu." Jebat terus berlalu kearah lif.

"Iyalah, setelah turun nanti minta dipulangkan kad akses pelawat ya, tuan?" Sempat pesan terakhir pengawal keselamatan sebelum kaki panjang Jebat melangkah.

Jebat mengerling sekilas jam di pergelangan tangan kanan. Waktu sekarang 5:43 p.m.

Kerjaannya harus selesai lingkungan jam 8:00, waktu dimana perubahan waktu pekerjaan pengawal keselamatan. Dia boleh menyusup keluar sementara pengawal bertukar tugas, itu rancangannya.

Lift yang turun dari tingkat 8 bangunan memaksa Jebat menanti penuh sabar. Dalam menunggu, ada beberapa orang lain yang baru pulang kerja gayanya.

Dia yang sedang berpakaian hitam semuanya mula tidak senang duduk. Orang yang menunggu lift juga mula memandang Jebat atas bawah atas bawah. Dalam keadaan seperti ini, dia tidak boleh lari dan menggunakan tangga kerana tindakan itu akan lebih menimbulkan kecurigaan. Jadi Jebat kekal di posisinya, menunggu lift yang mengambil masa lebih lama dari yang biasa.

Dalam keadaan ramai seperti ini juga, dia tidak boleh terus menghala ke tingkat 17 yang menempatkan kepala sasarannya. Jebat masuk ke perut lift dan butang aras 12 ditekan bagi menampakkan bahawa dia ingin menggunakan fasiliti di blok ini.

Dalam kalangan 5 orang yang ada didalam perut lift itu, hanya Jebat yang berpakaian lain dari kebiasaan, mereka berempat hanya mengenakan pakaian kemeja pejabat, berbaju blouse dan bertudung. Sejujurnya, pakaiannya sekarang amatlah tidak masuk akal untuk pergi ke gimnasium. Siapa pergi gym pakai jaket kulit?

Namun dia beriak biasa.

Ada dua orang yang turun di tingkat 9 dan 12, manakala yang tiga lainnya menekan butang untuk ke tingkat 14 dan 17. Jadinya dia tinggal bersama lagi 3 orang penduduk apartmen ini. Yang lebih memburukkan, ada seorang yang akan turun di tingkat paling atas. Jika dia turut turun bersama penduduk apartmen itu, maka potensi kerjanya akan terbongkar itu tinggi.

Jebat mengambil keputusan untuk tetap turun di tingkat 12. Jebat membawa kaki kearah bertetangan dengan bahagian lif. Sesungguhnya dia tidak tahu kemana harus dia pergi.

Dia hanya menapak tanpa ada hala tuju untuk memastikan lif itu kembali kosong. Setelah dia nampak lif itu berhenti di tingkat 17, Jebat kembali menekan butang naik dan mengimbas kad aksesnya. Lif kosong mula turun ke aras 12. Jebat terus masuk kedalam lif itu dan butang aras 17 ditekan dan tidak lama kemudian, lif kembali terbuka di aras 17.

Dia menapak keluar dari perut lif dan mengambil langkah ke bahagian kanan pintu lif. Ada satu persimpangan yang membezakan arah dalam bangunan apartmen ini iaitu North Wing dan South Wing. Setahu dia, apartmen Aaron Juister Das bernombor H3-17-25, namun tidak dinyatakan wing yang mana satu.

Jebat Andika Bayu hanya menapak ke bahagian kanan iaitu South wing. Apartmen pertama yang dia dapat lihat adalah H3-17-11 di bahagian kiri dan H3-17-12 di bahagian kanannya. Itu menandakan apartmen 13 hingga 25 berada di North Wing.

Langkah kaki diubah menuju ke North Wing. Tenang Jebat berjalan lurus menuju ke apartmen mangsanya. Rumah yang berada betul didepannya kini dipandang tajam. Tangan dibawa ke butang loceng rumah tersebut. Tiada sebarang balasan dari dalam.

Sekali lagi, butang loceng ditekan. Tetap tiada apa-apa balasan.

"Bangsat ini dah mampuskah?"

Nyawaku harga mencintai kamu.
Published on Aug 28, 2023.
Edited on May 6, 2024.

Comment