Bab 7

Matahari menyindir wajah seorang gadis yang berjalan santai ke sekolah. Menghirup udara segar di pagi hari. Hatinya berbunga-bunga ingin bertemu dengan si jejaka.

*Bunyi hon kereta* alora melihat ke arah kereta yang berada di sebelahnya. Cermin kereta tersebut di turunkan dan memperlihat seekor monyet yang dia kenal.

"Yuuuhuu buat apa tu meh masuk meh",kata mila yang memberhentikan kereta dan menurunkan cermin di sebelah alora.

"Asal kau bawak kereta do", Tanya alora sambil masuk ke dalam perut kereta.

"Abang aku tak hantar jadi aku bawaklah kereta",mengkunci pintu kereta.

"First time abang kau malas",kata alora.

"Bukan malas, dia sakit"

"HAHAHA, ooh sakit"

Mereka pergi ke sekolah bersama-sama dengan menggunakan kereta proton saga berwarna jet grey milik mila.

Sesampainya mereka di sekolah, mila memarkir keretanya dan mereka terus menuju ke kelas.

"Alora kau naik dululah aku nak jumpa puan rollend kejap",kata mila menyuru alora untuk naik dahulu.

"Ooh okok",alora menaiki anak dan mila menuju ke bilik puan rollend.

"Kanapalah sekolah ni tak ada sediakan lift",alora menarik nafas panjang setelah sampai ke tingkat yang kelasnya berada.

*Kelas alora berada di tingkat yang ke tiga*

Alora berjalan menuju ke kelas sambil mengelap keringat yang keluar.

"Assalamualaikum",alora memberi salam sebelum kakinya melangkah masuk ke kelas.

Dia terus menuju ke mejanya dan melihat beg yang tidak asing baginya."aik begnya ada orangnya pergi mana",kata alora pelan hanya dia yang dengar. Matanya melihat ke sekeliling mencari orang tersebut.

Alora duduk di tempatnya setelah dia tidak menjumpai keberadaan orang tersebut. Dia mengeluarkan buku novel dan membacanya.

Selang beberapa minit. Satu jari berada di pipinya lantas alora melihat ke arah pemilik jari tersebut, senyuman terukir di bibir alora apa bila melihat orang yang sedari tadi dia cari adalah pemilik jari tersebut.

"Hai sayang",kata aiden dengan senyuman. Membulat mata alora mendengar panggilan *sayang* dari aiden.

"Shuuut jangan panggil begitu kalau Di sekolah",menarik tangan aiden untuk duduk.

"Lah kenapa pulak, kah nak panggil baby",menekan dan menguatkan pekataan belakang.

Dengan laju alora menutup mulut aiden dengan tangannya. "Janganlah cakap kuat-kuat kalau orang dengar nanati macam mana", masih menutup mulut aiden dengan tangannya.

Aiden melepaskan tangan alora dari mulutnya "biarlah diaorang dengar supaya diaorang tahu alora eva siapa punya",kata aiden.

"Tapi....",belum sempat alora menghabiskan katanya aiden berdiri dari duduknya."perhatian semua orang dalam kelas ni",semua murid yang berada dalam kelas diam dan memerhatikan aiden.

"Mula hari ni tiada sesiapa pun yang boleh untuk menyakiti alora kerana alora aku punya",kata aiden dengan satu kelas.

Semua murid yang berada dalam kelas membuat riaksi ada yang terkejut ada yang tak kisah ada yang kecewa"alah beru nak ambil hati aiden",kecewa salah seorang murid di situ.

Aiden duduk dan senyum melihat alora yang shook melihatnya.

"Eeeh ada orang blushing",kata mila yang juga menyaksikan kejadian tadi.

"Bestlah orang tu ayangnya kenalkan dia dengan satu kelas",kata eliy yang baru datang dan juga menyaksikan kejadian tadi.

"Kenapa...."

"Biar orang tahu alora ni aiden punya",kata aiden memotong ayat alora.

Rasa malu, gembira bercampur aduk di fikiran alora. Dengan rasa malu alora menundukkan kepalanya tidak mahu melihat orang sekelilingnya.

Setiap jam pembelajaran bermula aiden selalu memerhatikan alora dan alora perasan tantang hal itu.

"jangan nampak aku terus fokus cikgu ajar",kata alora melihat ke arah guru yang mengajar.

"Okay sayang",kata aiden perlahan yang hanya alora saja dengar.

Alora mengabaikan kata aiden barusan dan fokus dengan pembelajaran.

"Setakat ni semua faham?",tanya puan rollend kepada murid-muridnya.

"Tapikan pua......HMM....",tangan mila menutup mulut eliy yang ingin menanyakan soalan.

"Shuuut janganlah tanya soalan nanti lambat kita keluar rehat, aku dah lapar ni",melarang eliy untuk menanya soalan.

"Tapi aku mau....",menjauhkan tangan mila dari mulutnya.

"Shuuut tolong jangan",menuru eliy diam.

"Okay jadi... saya anggap kamu semua fahamlah ya. Okay setakat ini itu sahaja thank you class",kata puan rollend sebelum keluar dari kelas.

Lonceng berbunyi menandakan waktu rehat. Semua murid dalam kelas keluar untuk berehat.

"Alora kami tunggu di tempat biasa okay",kata eliy sebelum keluar dari kelas bersama mila.

"Okay"

"So lora tak rehat dengan iden?",tanya aiden yang masih duduk di kerusinya.

"Endak tapi kalau iden nak rehat sama-sama kitoranglah",ajak alora untuk rehat bersama-sama dengan mereka.

"Hmmm tak nak lah korang perempuan pasti kalau duduk sama-sama membawang terus, okaylah bye",kata aiden sebelum keluar dari pintu belakang.

"What the... bertuah punya jantan",kata alora pelan sebelum keluar dari kelas. Alora pergi ke taman sekolah tempat selalunya mereka rehat bersama.

"Hello guys",duduk di kerusi yang kosong.

"Hello",serentak mila dan eliy.

"Aik kau tak makan?",tanya mila yang melihat alora tidak membawa sebarang makanan.

"Endak.. aku diet",kata alora.

"Eeeh siapa suruh diet nah makan ni",aiden yang beru datang membawa pelbagai jenis roti dalam 1 pelastik beg besar.

3 orang perempuan yang berada di situ shook melihat aiden yang meletakkan 1 pelastik beg besar berisikan roti yang pelbagai jenis di atas meja.

"Makanlah",menyedari ketiga wanita di hadapannya tidak bergerak.

"Eeeh jangan la shook macam tu, nah ambil ni",memberi roti kepada mereka 1 orang 1 sebelum duduk di tempat yang kosong sebelah alora.

"Eh makanlah makan sini",Aiden mengambil roti dari tangan alora dan membukanya. Alora hanya melihat si jejaka.

"Bukak mulut aaaa",menyuap roti ke mulut alora. Alora hanya pasrah dan menerima suapan dari aiden.

"Haa gitulah makan makan",memberi roti kepada alora.

Dua kawan alora hanya ketawa melihat alora dengan aiden.

"Alora kau nak tau",kata mila setelah mengingatkan sesuatu.

Alora yang sedari tadi shook melihat aiden pun melihat ke arah mila setelah mila mengatakan kalimat pembuka bawangan.

"Hmm apa",alora melihat ke arah mila dan sedikit merapatkan kepalanya.

"Ish ish ini la kalau lepak dengan perempuan mengumpat terus",aiden menggelengkan kepalanya.

"Eeeh diam lah, okay mila sambung",alora memukul lengan aiden kerana memotong perbicaraan mila.

Eliy hanya ketawa melihat aiden menggosok lengannya yang di pukul oleh alora.

"Tau Kan budak pick me"

"Ia ia tau kenapa dia",tanya alora.

"Dia dah break dengan adam",kata mila.

"Seriouslah O.M.G",tekejut alora.

"Kejap siapa pick me yang kamu cerita",tanya aiden.

"Aik tadi mengatakan perempuan",kata eliy.

"Eeeh shuttt kau diam, siapa budak tu",tanya aiden setelah menyuruh eliy untuk diam.

Mila, eliy dan alora hanya melihat aiden dengan *bombastic side eye*.

"Eeeh cepat la siapa",kata aiden yang sudah tidak sabar dengan jawapan pertanyaannya.

♡♡♡

Comment