Bab 6

"Aiden, alora takut",kata alora sedari tadi gelisa.

"Nak takut apa rumah aiden tu mana ada hantu",kata aiden matanya tertumpu pada jalan.

"Bukan takut hantu tapi ini first time alora pergi rumah aiden jadi...."

Lampu isyarat bertukar berwarna merah membuat aiden memberhentikan kereta dan memandang alora yang duduk di sebelahnya.

"Do not be scared semua orang dekat rumah tu tak makan orang alora,okay jangan takut",Aiden memegang tangan alora dan menenangkannya sebelum meneruskan perjalanan.

Kereta milik aiden memasuki kawasan rumah yang kelihatan mewah dan aiden memparkingnya di hadapan pintu rumah.

"Dah sampai,jom turun",kata aiden mengajak alora untuk turun sambil membuka seat beltnya.

"Kenapa tak parking di sana",Tanya alora, menunjuk dengan mulut yang di mancungkan sebagai menunjukkan beberapa buah kereta yang di parking tidak jauh dari mereka.

Aiden yang mendengar mengalih pandangannya dengan apa yang di maksudkan alora dan melihat ke arah alora semula yang masih memuncungkan bibirnya.

"Bibir muncung ni mintak kiss ke?",Tanya aiden dengan merapatkan dirinya dengan alora.

"Eeh jangan nak mengada,orang cuma tunjuk kenapa tak parking di sana",kata alora dengan pipinya mula memerah.

"Iya ke tapi kenapa pipi tu merah mengalahkan tomat",kata aiden menggoda alora.

"Eh mana ada merah dah la jom turun",alora turun dari kereta tidak tahan dengan perangai aiden suka sangat mengusik.

Aiden tersenyum melihat tingkah laku alora yang bagi dia sangat comel. Dia keluar dari perut kereta dan mendekati alora yang kagum melihat kemewahan rumah ini.

"Dah jom masuk", menghulurkan tangannya untuk alora.

Mereka masuk ke dalam rumah dan di sambut dengan puan anna iaitu mommy aiden yang baru sahaja turun dari tingkat atas.

"Anak mommy dah sampai",puan anna ingin memeluk aiden tetapi pandangannya menuju ke alora yang berdiri di sebelah aiden lalu puan anna memeluk alora dan membawa alora ke ruang tamu.

Aiden yang membuka tangan ingin memeluk mommynya menjadi kaku apabila puan anna memeluk alora dan bukannya dia.

"Sini-sini duduk dah lama mommy tak jumpah alora last mommy jumpa time alora umur 8 tahun itu pun alora tengah tidur masa tu",teruja puan anna dapat berjumpa dengan alora.

"Lah aiden kenapa tercengat ni",Tanya tuan zakwan yang juga baru turun dari tingkat atas dan mendekati alora serta puan anna.

Aiden yang sedari tadi berdiri di tempat pun bergerak mendekati mereka.

Alora apa kabar bonda kamu sihat",kata tuan zakwan yang duduk berhadapan alora dan puan anna.

"Bonda sihat allhamdullillaah, bonda kirim salam dekat puan anna dan tuan zakwan",kata alora menyampaikan salam puan amanda.

"Waalaikusalam",jawab serentak puan anna dan tuan zakwan.

"Alora jangan panggil tuan puan dah panggil mommy daddy okay",kata puan anna, tangan alora di usap puan anna tahu kisah silam gadis ini dari sebab kenapa dia masuk ke rumah anak yatim.

"Puan makan malam dah di sediakan",kata seorang pembantu rumah yang baru sahaja keluar dari dapur.

"Makan malam dah sedia jom makan, alora jom sayang",puan anna mengajak alora untuk sertai makan malam bersama mereka.

"Oh iya mommy",kata alora yang melihat mereka bertiga berjalan menuju ke meja makan.

"Yes time to dinner",kata aiden berlari ke meja makan seperti kanak-kanak.

"Aiden jangan lari-lari budak ni",tegur puan anna terhadap aiden. tuan zakwan berjalan berdamping puan anna.

Melihat kelakuan keluarga ini alora teringat akan arwah ibubapanya. Memory alora bersama ibubapanya berpusing di fikirannya.

"Alora sayang jangan lari nanti jatuh",tegur ibu alora.

"Biarlah sayang bila lagi dia nak berseronok macam ni kita asyik sebok dengan kerja masing-masing",kata bapa alora sambil memegang tangan si Istri

"baba kejarlah rara kalau dapat"

"Kalau baba dapat tangkap malam ni rara tidur di bilik rara",kata bapa alora sambil mengejar alora.

"HAHAHAH tak dapat",kata alora mengelak dari tertangkap.

Ibu alora duduk di kerusi taman melihat tingkah laku dua beranak ni dengan senyuman terukir di bibir yang manis bersyukur kerana di kurniakan kebahagiaan ini.

"Alora fikir apa tu",tegur aiden yang datang mendekati alora.

"Tak ada apa-apa",alora tersedar dari lamunannya yang tidak dapat dia lupakan.

Alora berdiri dari duduknya dan bergerak menuju ke meja makan di mana mommy dan daddy aiden berada.alora duduk berhadapan puan anna dan bersebelahan aiden.

"Alora sayang makan jangan malu-malu buat macam rumah sendiri",kata puan anna menyendokkan lauk untuk tuan zakwan.

Mereka makan malam bersama bergelak tawa bersama seperti satu keluarga yang lengkap.alora berasa gembira buat kali pertama merasa kasih sayang kedua orang tua setelah kematian ibubapanya.

Setelah makan malam mereka bubuk di ruang tamu dan bercerita sambil bercanda tawa menceritakan masa lalu.

"HAHAHAH okaylah alora, aiden dah from 1 pun masih tekencing di katil HAHAHH",cerita puan anna dengan ketawa besar.

Alora turut ketawa mendengar cerita puan anna manakala aiden hanya menutup muka malu setelah mendengar cerita puan anna.

"Mommy janganlah cerita pasal itu malu aiden",kata aiden dengan menutup mukanya.

Alora memandang jam menunjukkan pukul 9 malam, dengan kaki dikurniakan alora menggerakkan kakinya mengenakan kaki aiden lantas aiden memandang kearah alora dan matanya beralih ke jam.

"Mommy dah lewat ni alora kena balik ni",kata aiden dan terus berdiri dan di ikuti alora.

"Oh iya lah, kejap",puan anna pergi ke dapur.

"Nah bagi bonda kamu",puan anna menghulurkan sampul berwarna coklet dan sebuah tapau berisi mee kari.

Alora menyambut tapau dan sampul dari puan anna.

"Alora pulang dulu terima kasih sekali lagi assalamualaikum",alora menyalam tangan puan anna sebelum menuju ke kereta aiden.

"Sama-sama, nanti ada masa datang lagi",kata tuan zakwan yang berdiri di sebelah puan anna.Alora menganggukkan kepala menandakan ia.

Aiden menuju ke kereta di ikuti alora di belakang.kereta berwarna silver milik aiden bergerak keluar dari kawasan rumah puan anna. Di dalam kereta hanya ada kesunyian sehinggalah mereka tiba di rumah puan amanda.

"Terima kasih untuk makan malamnya, malam ni lora rasa enjoy sangat",kata alora dengan teruja.

"Baguslah kalau lora happy",senyuman jelas terpapar di bibir si jejaka melihat si gadis gembira.

Alora keluar dari perut kereta dan memandang ke arah kereta aiden yang perlahan menjauh, sebelum kereta aiden keluar dari kawasan rumah puan amanda dia memberi double signal untuk alora. Alora melambai kearah kereta tersebut sebelum menjauh darinya.

"Assalamualaikum bonda",kakinya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Alora dah balik jadi macam mana",tanya puan amanda yang datang mendekati alora.

"Okay, puan anna dan tuan zakwan baik sangat dengan alora",kata alora dan memberikan mee kari kepada puan amanda.

"Nah puan anna bagi"

"Apa ni, waw mee kari tau tau je bonda suka mee kari",membuka tapau mee kari.

Puan amanda melihat ke arah sampul berwarna coklet dan membukanya dia tahu puan anna yang beri sampul tersebut.

"Bonda makanlah alora nak naik rehat",kata alora.

"Oh ia alora rehatlah dulu",kata puan amanda dan bergerak menuju ke dapur.

Alora melangkahkan kakinya menuju ke biliknya.

♡♡♡

Comment