κ’° 00 κ’± prolog

BOLA mata hazelku dilirikkan pada pergelangan tangan yang terlilit jam berjenama swarovski berwarna rose gold. Sudah pukul 3:45 tengah hari. Aku mengeluh berat. Aku baru saja ingin tenang berme time, enjoy dengan life aku tetapi masa itu jugalah ada yang call. Kirim salam. Bukan setakat kirim salam saja tapi kirim Starbucks juga! Hisy, dasar ada udang disebalik batu..

γ…€γ…€Bengang juga aku dibuatnya dengan si abang! Sekarang ini aku ditengah-tengah jalan raya sedang berjuang menempuh kesesakan lalu lintas untuk pergi menghantarkan starbucks yang dikirim si abang kesayangan ke tangannya dengan selamat dan sudah semestinya aku perlu ke tempat kerjanya.

γ…€γ…€"Mana entah bini kesayangan dia tu. Suruh ajelah dia punya lovely wife tu belikan! Aku nak menikmati hari single pun tak tenang," omel aku semasa berjalan masuk pejabat lelaki itu dengan lagak seperti seorang bos. Adik kepada bos ni, jangan main-main. Mata-mata orang yang memandangku dihiraukan. Aku tahu lah aku cantik. Lantaklah nak pandang aku ke, nak suka aku ke apa. Nak tunggu orang angkat bakul kita, lebih baik kita yang angkat bakul kita sendiri.

γ…€γ…€Sampai saja dihadapan pintu bilik pejabat abangku, terus saja aku masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Perempuan yang bernama Fasya a.k.a personal assistant Mr. Ezra Kai tu pun hanya membiarkan aku meloloskan diri kedalam bilik itu. Fasya kenal aku siapa pada seorang Ezra Kai.

γ…€γ…€Tatapan tajam seseorang dihiraukan saja. Dengan beraninya aku mendekati lelaki itu dengan muka yang dingin. Diatas meja kerja lelaki itu terdapat banyak kertas yang berselerakan membuat aku mengeluh kecil. Langkahku berhenti tepat di hadapan meja kerja si abang dengan mata dijulingkan ke atas.

γ…€γ…€"Nah!" Air starbucks diletakkan di atas meja kerja lelaki itu dengan kasar. Kasar-kasar pun sayang. Ezra Kai namanya dan dialah abang aku yang pengacau itu. Matanya masih tajam menatapku. Oh, ini mesti sebab aku suka hati masuk pejabat dia macam tu aje tanpa mengetuk pintu. Tapi berani ke dia nak marah aku? Memang aku simbah air starbucks ni dekat muka dia macam drama yang selalu ditayangkan dalam TV. Tak pasal-pasal kami betul-betul viral dalam TV pula.

γ…€γ…€"Tengok-tengok apa? Tahulah Sara cantik," Makin lama, makin tidak selesa pula. Nak cover, angkat bakul sendiri lah. Bukan nak flex tapi aku ni memang cantik, banyak ikut muka arwah ibu yang berkacukan Arab. Ezra pula mewarisi arwah ayah yang berkacukan English dan sedikit mewarisi arwah ibu. Sangat tidak adil jika dia mewarisi kedua-keduanya sekali!

γ…€γ…€"Nah," Ezra meletakkan sekeping not RM50 dihadapan aku. Aku pun tidak sedar bila dia keluarkan duit itu dari dalam beg duitnya kerana sibuk sangat mengelamun.

γ…€γ…€"Sekeping aje? Abang patut bagi lebih tau sebab abang dah ganggu Sara nak menikmati hari ke'single'lan Sara. Lepastu Sara sanggup bersesak-sesak nak ke pejabat abang demi air ni sampai dengan selamat kat tangan abang yang bersih lagi suci lagi murni tu," omelku panjang lebar kepadanya dengan sekali nafas. Aku mendengar Ezra mengeluh perlahan sebelum dia menayangkan senyuman yang dibuat-buat.

γ…€γ…€Sebelum itu, abang aku yang tiba-tiba mengidam nak minum air starbucks ni kenapa? Lovely wife dia pregnant ke? Oh my god, aku nak jadi aunty lah ni?!

γ…€γ…€Aku orangnya bersyukur dan bukan jenis mata duitan atau kaki kikis tetapi jika dengan orang terdekat seperti abangku, aku akan berkira. Asalkan itu abang aku bukan abang orang. Hari ini aku berkira dengan abang aku, hari lain abang aku pula. Berkongsi rezeki lah kiranya.

γ…€γ…€"Baiklah, adikku sayang." 3 keping not RM50 diletakkan dihadapanku. Bersinar mataku melihat. Jimat duit aku dalam poket dan bank untuk berbelanja hari ini.

γ…€γ…€"Terima kasih abang! Sayang abang ketat-ketat!" ucapku tulus sambil menayangkan mini love kepada abang tercinta. Seperti baru hari ini aku menyayangi si abang. Ezra hanya menggelengkan kepala melihat gelagatku. Kertas yang berselerakan di atas meja lelaki itu kemas. Disusun dengan rapinya.

γ…€γ…€"Dah syuh syuh... Abang ada banyak lagi kerja nak settlekan ni," selamba aje dia halau aku tambah pula dengan pakej tangannya gaya menghalau. Ingat aku makhluk comel yang kecil itu ke?! Muka terus berubah cemberut. Geram dengan si abang!

γ…€γ…€"Sampai hati abang tak balas mini love Sara lepastu halau Sara keluar! Huh, tak nak kawan dengan abang lagi," Kedua belah tangan aku silangkan kehadapan dada tanda merajuk. Bibirku sudah muncung kedepan seperti muncung platipus.

γ…€γ…€"Sejak bila kau jadi kawan aku?" Ini lah yang aku tidak suka. Ezra saja mahu mengusik aku! Perangai gedik yang aku pendam keluar apabila berhadapan dengan si Ezra. Gedik dengan abang sendiri tidak salah. Kaki aku hentak dengan kuat ke lantai. Badan serta merta dipusingkan kebelakang ingin keluar dan merajuk! Tak nak balik rumah!

γ…€γ…€"Runtuh juga bangunan ni..." Keluh Ezra dengan perlahan tapi masih dapat didengari aku. Terus aku menjelingnya dengan tajam. Kata itu satu doa! Selepas aku melangkah keluar dari pejabat Ezra sempat aku menjelirkan lidahku kearahnya yang masih memandangku sebelum daun pintu aku tutup dengan kuat dan kasar. Bamm sekali bunyi.

γ…€γ…€"You buat apa kat bilik pejabat husband I?" Hampir sahaja aku terlompat gara-gara disergah dengan kasar dari belakang. Masalah sudah tiba. Tubuh dipalingkan kebelakang dengan perlahan. Malas sebenarnya lagi-lagi perlu hadap gadis yang seorang ini. Aku tahu siapa si perempuan yang suka hati sergah aku itu.

γ…€γ…€Tepat tekaan aku. Dihadapan aku adalah si gadis dengan pakaian seksinya, sombong dan berlagak serta muka ketatnya. Dia merupakan isteri kepada abang aku, Ezra. Evelyn namanya atau nama manja orang panggil Eve. Cuma aku saja yang memanggilnya Kak Lyn atau Evil. Bola mata aku gulingkan ke atas. Haih, nyampah.

γ…€γ…€"Your husband tu my brother so.. Is there any problem? Or... Otak you yang problem sekarang ni?" Sengaja aku bermain dengan api. Macam aku tidak tahu yang Evelyn tidak menyukai aku dari awal entah kenapa tapi dia tidak fikir bahawa semua orang tidak terlalu suka dengannya. Mencebik. Tak puas hati dengan kakak ipar aku yang seorang ini.

γ…€γ…€Dah lah pakaiannya ketat dan seksi. Dress yang dipakainya pula hanya separas lutut, tiada lengan dan ketat. Terlalu menonjol. Kening yang tidak gatal aku garu. Sudah cantik tapi lebih cantik kalau mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan betul. Ini mahu beri siapa lihat aurat-auratnya.

γ…€γ…€"Akak Lyn tak malu eh datang sini pakai macam ni? Terlalu seksi sampai kan terseksa mata yang memandang lagi-lagi I," Aku memandang kakak ipar aku dengan kening sebelah terangkat. menggeleng perlahan. Aurat mahu ditayangkan pada semua orang dan sudah tidak istimewa bagi si suami.

γ…€γ…€"You..!" Wajahnya nampak berkerut menahan amarah. Aku menggelengkan kepala perlahan dengan perangai gila kakak iparku itu. Lebih gila dari Ezra aku rasa. Aku pula yang malu rasanya.

γ…€γ…€"Tepi!" Aku yang sibuk membuat hikayat sendiri dalam kepala otak tiba-tiba ditolak ke tepi dengan kasar oleh si kakak ipar kemudian hempasan pintu kuat kedengaran sehingga bahuku terhenjut sedikit akibat terkejut. Aku terus mengusap dada yang berdebar kerana terkejut. Dasar kakak ipar gila, nasib baik aku tiada masalah kesihatan seperti sakit jantung. Kalau tidak, mahu mati katak aku di sini.

γ…€γ…€Terasa seperti ada yang memerhati, aku mengalihkan pandangan kearah sesuatu. Fasya. Ya, Fasya iaitu personal assistant Ezra sedang memandangku dengan senyuman manis terukir di wajah cantik gadis itu. Aku hanya tayang sengih kerang wangi aku. Malu pula tiba-tiba dengan Fasya.

γ…€γ…€Aku melangkah pergi untuk sambung melaksanakan misi aku untuk berme time dengan diri sendiri. Langkah diatur dengan laju. Tangan aku kepal membentuk penumbuk. Geram pula aku bila teringatkan semula dengan perangai si kakak ipar yang entah bila nak berubah. Sungguh buat malu. Sepanjang berjalan, mulutku tak henti dari membebel.

γ…€γ…€"Eii minah tu, suka hati aje nak tolak-tolak bahu aku! Dia ingat aku ni apa nak main tolak-tolak? Patung? Nanti aku tolak dia sikit, buat drama TV3 pula! Muka dah cantik tapi p-" langkahku mati apabila merasakan sesuatu dihadapan aku. Aku terlanggar sesuatu yang keras dihadapanku mukaku. Itulah, bebel sepanjang jalan, apa yang ada didepan pun tidak sedar!

γ…€γ…€Aku mengundur setapak kebelakang sambil menggosok dahi yang sakit disebabkan benda yang aku langgar itu. Keras pula benda yang aku langgar ini. Sejak bila ada bina dinding dekat sini? Buat pameran ke apa. Perlahan-lahan kepala aku angkat untuk melihat sesuatu dihadapan aku.

γ…€γ…€Sekarang, bukan setakat mata je nak terbuntang, agaknya dah nak terkeluar matanya gara-gara terkejut yang teramat. Aku bukan terlanggar dinding ataupun batu tapi ini manusia! Ya, manusia dan paling teruk ianya adalah lelaki!

γ…€γ…€Mataku beralih pada t-shirt putih yang dipakai oleh lelaki itu. Tepat pada dada nya yang tersarung dengan t-shirt putih itu sangat menarik perhatian aku. Ada satu bekas bibir berwarna merah disitu! Mata beralih memandang si dia. Teguk liur yang terasa kesat. Sudah tentu itu merupakan bekas bibirku!

γ…€γ…€Wajah lelaki itu tampak tenang dan macho hanya berdiam tetapi mata coklatnya tajam menikam anak mata hazelku. Tenang kah itu? Teguk liur sekali lagi. Dalam hati beristighfar. Kepala memandang sekeliling. Ramai juga yang lalu lalang disini tapi kami seolah-olah berada di dunia kami sendiri yang tidak dapat dilihat mereka.

γ…€γ…€Alhamdulillah, tiada yang perasan apa yang telah berlaku. Aku kembali memandangnya.

γ…€γ…€"Kau ni kurang kasih sayang mak bapak ke sampai dada aku juga yang kau nak jadikan mangsa?" Sudah lama berdiam diri, lelaki itu bersuara. Pedas dan panas! Tenang tapi tegas dan dingin. Membulat mataku memandangnya. Aku tidak kisah jika dia ingin memarahiku aras kecuaian aku sendiri tetapi lelaki ini sudah lebih! Dia melibatkan mak dan ayah aku!

γ…€γ…€"Excuse me! Mak dan ayah saya tak terlibat dalam hal ni jadi tak payahlah awak nak sebut-sebut nama mereka!" Mataku menikam anak mata coklatnya, geram. Aku pantang orang seperti ini, main mak bapak orang. Nanti daripada kes tercium dada, keluar pula artikel mengatakan 'seorang lelaki ditikam tepat dibahagian dada oleh kerana bla bla bla..

γ…€γ…€Bibir lelaki itu terbaik sebelah. "Alright, then?" dia menyoalku dengan kening sebelah terangkat. Keningku berkerut.

γ…€γ…€"What?"

γ…€γ…€"Aku nak jumpa kawan aku takkan dengan baju yang kotor bekas lipstick murah kau ni!" Okey aku faham apa yang dia nak. Maksud dia, dia nak tukar baju, kan? Beli baju dan guna duit aku? Oh, ini Nur Ezrin Kaisaralah, Ezrin tak bodoh! Paling sakit hati dia kata lipstick aku itu murah. Pedulikan orang gila ini.

γ…€γ…€"So.. awak nak saya belikan baju baru untuk awak erk, pakcik?" Terbuntang mata lelaki itu memandangku tanpa dapat dikawal. Aku tergelak dalam hati. Terkejut ke sebab aku dapat tangkap apa yang dia maksudkan atau sebab aku panggil dia pakcik?

γ…€γ…€"What do you call me? Pakcik?!" Okey, lelaki itu terkejut sebab aku memanggilnya dengan gelaran pakcik sedangkan jika dilihat lelaki ini tidaklah kelihatan tua.

γ…€γ…€"Yalah, takkan nak panggil awak abang. Awak bukan abang saya pun. Mak ayah awak pun saya tak kenal," jawabku dengan polos. Biasalah, aku kan Ezrin Kaisara yang agak polos.

γ…€γ…€"Un jour je te ferai m'appeler comme Γ§a, pumpkin," ujar lelaki itu membuatkan mulut aku ternganga buat seketika. Otak aku loading mentafsir apa yang dikatakan lelaki itu. Bahasa apa yang digunakan lelaki itu? Masa aku dekat sekolah dulu pun macam tak ada belajar bahasa ini.

γ…€γ…€"Awak cakap apa ni? I don't understand. Cuba cakap bahasa yang saya faham," Aku menggulingkan bola mata dengan malas. Balik rumah, confirm aku perlu belajar semua bahasa luar.

γ…€γ…€Aku bertanya pun mengharapkan dia mengulang semula apa yang dikatakan sekali dengan terjemahannya. Manalah tahu dia sedang memuji kecantikan dan kecomelan aku. Terlalu yakin ya, Sara! Mana tahu sebenarnya dia sedang mengutuk aku.

γ…€γ…€"No need to understand, pumpkin." Aku menarik nafas panjang sebelum melepaskannya.

γ…€γ…€"Nama saya Ezrin bukan pumpkin, encik!" Kataku dengan sedikit kuat. Ada ke dia panggil aku labu? Terang lagi bersuluh dihadapannya ini merupakan manusia ciptaan Allah bukan labu. Tanpa mempedulikan aku, dia terus berjalan meninggalkanku. Begitu saja?

γ…€γ…€"Eh awak! Tadi kata nak-" aku berhenti berkata. Buat bazir air liur saja bercakap kalau bayang lelaki itu pun sudah hilang. Mahu malu muka aku kalau aku teruskan berkata. Orang fikir aku gila pula. Aku masih terpinga-pinga ditempat dimana aku berdiri. "Apa yang dia kata tadi tu ek?"

γ…€γ…€Gara-gara lelaki itu, otak aku dah pening mengingat kembali apa yang dikatakan lelaki itu. Ejaannya juga aku tidak tahu bagaimana apatah lagi cari untuk menyebutnya. Daripada orang fikir aku gila sebab berdiri di tengah-tengah bangunan ini, lebih baik aku sambung healing aku yang diganggu tadi.

γ…€γ…€Telefon pintar berjenama iPhone 14 pro dari dalam beg tanganku dikeluarkan. Aku mendail nombor seseorang. Panggilan pertama tidak dijawab. Panggilan kedua barulah terjawab.

γ…€γ…€"Asalamualaikum, Amy! I've something to tell you."
γ…€γ…€
γ…€
γ…€

β™‘β™‘β™‘

Permulaan yang agak sendu ya :/
Gess, thank you mana-mana yang sudi vote and follow kiterr.

Jangan lupa follow Ig kiter and ig hero heroin yaaa!! <33





Love,
Daisyylunaa

Comment