Chapter 7

I pretend to look around, but I'm actually looking at you
- Maya Darena
____________________________________

Usai membelah belah di butik itu, Raisha menarik lenganku untuk masuk kedalam Dior. Untuk apa? Katanya nak belikan beg tangan yang baru untuk aku, pantas aku membekukan diri

"Kalau dah namanya Dior, mesti mahalkan akak? Ish tak mahu la, lebih baik kita pergi ke night market. Dekat situ pun ada beg lawa!" Aku berkata tidak berpuas hati, aku ni bukan apa tau? Dekat butik tadi dah habis 4.2k ringgit, kalau masuk Dior ni pula habis berapa?

Raisha bercekak pinggang. "Kan saya dah cakap, setakat ribu-ribu tu tak luak pun lah duit boss. Jom!" Terus tanganku disambar untuk masuk kedalam Dior, aku hanya pasrah. Aku tahu yang kalau berdebat dengan Raisha, aku tak akan menang! Baru sahaja dua langkah kami masuk kedalam kedai itu, terus datang beberapa orang pekerja

"Boleh saya bantu, Cik Raisha?" Soal salah seorang pekerja itu dengan senyuman manis di bibir

"Saya nak cari handbag untuk personal assistant boss, ada latest punya design?" Kata-kata Raisha itu membuatkan aku terpinga-pinga seketika, eh perlu ke cakap yang aku ni PA Tengku Darren?

Pekerja itu mengangguk, dia menyuruh kami mengikuti langkahnya. Pelbagai jenis beg yang cantik dan exclusive ada, hampir ternganga aku dibuatnya melihat semua tag harga yang ada disetiap beg


"Ini design paling latest yang ada di stall kami, nama beg ni Small Lady Dior Bag. Ada tiga jenis colour, putih, hitam dan orange. Saya tengok colour putih ni sesuai dengan akak ni" Dia menunding jari pada aku sambil tersengih, aku senyum kekok

Terangguk-angguk kepala Raisha. "Okey kalau macam tu, saya beli lah ya?" Pekerja itu mengangguk lalu meletakkan kotak beg itu diatas meja cashier, aku mengerling kearah Raisha yang sedang tersengih-sengih kepada aku. Ish! Suka lah tu buat aku ikut cakap dia, tunggu lah nanti kalau Tengku Darren tanya berapa total hari ni. Memang aku suruh dia yang jawab!

"Total RM 22 500.00 ya Cik Raisha" Terus membulat mataku, eh apa yang sampai puluhan ribu ni?! Aku melihat wajah Raisha hanya selamba badak, apakah? Dia fikir duit ni unlimited ke apa?

"Mahalnya akak, kalau Tengku Darren marah nanti macam mana?" Aku bertanya dengan berat hati, Raisha menggeleng kepalanya

"Total hari ni 26.7k ringgit kan? Maya jangan lah risau, RM 26 700.00 ni hanya 1% daripada gaji yang boss dapat" Tersengih perempuan itu, aku menjelingnya. Ish, aku tak mampu nak bayar balik semua duit ni dekat Tengku Darren!

Usai membayar, aku merengek pada Raisha yang aku nak balik. Baru dua kedai dah habis dekat dengan tiga puluh ribu! "Ish ye lah jom balik, tapi kena tunggu dulu. Saya kena call boss untuk tanya dia dekat mana" Aku hanya mengangguk, sementara aku menunggu Raisha menelefon Tengku Darren. Langkah kaki mulai menapak ke arah satu kedai yang menjual pelbagai jenis dolls, aku tersengih kecil apabila melihat satu patung unicorn yang berwarna pink itu

Huwaaa comelnya anak patung ni! Berapa ringgit eh patung yang macam ni?

"Maya, jom!" Laungan Raisha itu terus membuatkan aku menoleh kepadanya, kaki terus menghampiri perempuan itu

"Jom, boss tengah tunggu dekat starbuck"

****
Dari jauh lagi sudah kelihatan Tengku Darren yang sedang fokus dengan laptopnya, diatas mejanya ada satu cawan kopi yang panas. Kami berdua berdiri di hadapan Tengku Darren, dapat aku lihat anak mata helang lelaki itu menyambar ke bahagian tubuhku yang tersarung baju office attire itu

Aku turut memandangnya, silih berganti aku memandang tubuh Tengku Darren dan tubuh aku sendiri. Alamak! Kenapa colour sama ni? Raisha dah sengih-sengih kerang busuk


Tengku Darren memakai suit yang berwarna coklat, manakala aku pun turut memakai office attire berwarna coklat. Kalau dipandang sebagai orang yang tidak dikenali, mungkin orang-orang akan berfikir bahawa kami adalah pasangan suami isteri

"Wow nampak serasi betul boss dengan Cik Maya, sama cantik dan sama kacak!" Raisha mulai menyakat sambil menjongket kening beberapa kali kepada aku, aku memukul lengan perempuan itu perlahan sambil membesarkan mata. Ish tak suka lah!

Tengku Darren berdehem seketika. "Dah siap shopping?" Soalnya, kini anak matanya kembali tertumpu pada skrin laptop. Serentak kami berdua mengangguk kepala

"Order lah air, saya bayarkan"

Secara automatik Raisha menarik sengihan, aku mengikuti langkahnya ke cashier untuk membuat pesanan. "Hai selamat datang, nak order apa?" Tanya lelaki yang berada di cashier itu dengan ramah, sempat aku lihat lelaki itu ukir senyuman kepada aku

"Maya nak apa?" Soal Raisha kepada aku, aku menggeleng tanda tak mahu. Dapat aku lihat perempuan itu menjegilkan mata kepadaku

"New York Cheese Cake saiz grande satu dan Red Velvet Cake saiz grande juga satu" Laju saja Raisha membuat pesanan pada aku sekali, aku menjelingnya

Lelaki itu mengangguk sambil tangannya rancak menekan skrin cashier itu. "Okey, nama?" Soal lelaki itu lagi

"Untuk New York Cheese Cake tu tulis nama Cik Maya, dan yang satu lagi Raisha" Terangguk-angguk lelaki itu, Raisha menyuruh aku duduk dahulu. Aku gigit bawah bibir, duduk berhadapan dengan Tengku Darren? Dengan pakaian yang sedondon macam dia? Oh my god!

Perlahan-lahan kaki aku melangkah kearah meja yang di duduki oleh Tengku Darren, mata lelaki itu memandang tepat pada anak mata aku. Zuppp! Eye contact!

Aku melarikan pandangan mata, tak mahu lama-lama pandang dia. Entah kenapa setiap kali lelaki itu memandang aku, ada terbit satu rasa yang sukar untuk ditafsirkan!

Punggung dilabuhkan diatas kerusi yang berhadapan dengan Tengku Darren, bukan sengaja. Tapi barang-barang yang aku beli dengan Raisha tadi ada dekat kerusi tepi tu

"Berpuas hati tak shopping tadi?" Suara husky itu bertanya membuatkan aku panggung kepala memandangnya, erm aku patut cakap berpuas hati ke tak eh? Kalau aku cakap tak berpuas hati sebab barang barang tu mahal, agak-agak kena marah tak?

Baru sahaja aku ingin membalas pertanyaan lelaki itu, ada satu message masuk kedalam email aku. Pantas jari telunjuk berada diatas skrin telefon, sah! Si Rayyan ni yang message aku! Huh, gatal aje tangan aku nak baling telefon ni dekat lantai! Dengan malas aku membaca apa yang ditulis oleh mamat kasanova itu

Good morning my dear, Maya.
Please forgive me honey, tolong bagi saya second chance untuk bahagiakan awak. Jangan buka hati awak untuk sesiapa melainkan saya, Luqman Rayyan. Saya janji dengan awak yang saya tak akan sia-sia kan peluang yang awak bagi lagi, please Maya. I'm begging you :(

I still love you, Maya

Your future,
Rayyan.

Aku menjulingkan mata keatas apabila membaca email tersebut, rasa nak hantuk aje kepala dekat dinding! Kepala hotak dia peluang kedua, aku tak akan pernah bagi dia peluang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya! Tak penat ke mamat kasanova ni kejar aku? Padahal perempuan keliling pinggang, telefon diletakkan diatas meja semula lalu aku memandang Tengku Darren yang turut memandang kearah aku

Alamak! Agak-agak berapa lama dah dia tengok aku? Aduh, mesti Tengku Darren nampak yang aku buat muka menyampah tadi

"Siapa?" Soal lelaki itu bersahaja, aku hanya geleng kepala tanda tiada siapa siapa, aku melontarkan pandangan kearah lain. Tak mahu bertembung mata dengan lelaki itu

I pretend to look around, but I'm actually looking at you.

Raisha menghampiri kami berdua dengan dua air, tersengih-sengih perempuan itu memandang kearah aku. Aku menjegilkan mata kepadanya, ni mesti ada aje benda dia nak menyakat aku kan? Kalau tak, tak mungkin dia senyum macam kerang busuk macam tu

____________________________________

Tajuk : The Last Love
Tarikh : 07/01/23
Tiktok : nur.camelia (silakan follow ^^)

Comment