END

SEDARI tadi gelak tawa Ariq bergema didalam villa mewah itu ketika dapat bermain dengan adiknya yang baru saja diletakkan diruang tamu tadi

Ariana juga bagaikan ingin ketawa tapi terhalang akibat kekecilannya

Ariq sangat pandai dalam menjaga adiknya, jikalau Ariana menangis mahukan susu laju saja kaki pendek itu berlari ke arah dapur dan mencari botol susu

"Ariq, jangan suka sangat nanti ada yang menangis" Tegur Haziq yang baru saja balik dari kerja, lelaki itu masih berpakaian baju loreng dengan beret merah dikepala

"Papa!" Ariq terus bangun dari duduknya dan menerpa kearah papanya lalu tangan besar papanya dikucup lembut

Haziq hanya tersenyum manis melihat akan tingkah laku anaknya mencium tangannya

Ariq sangatlah baik, sampaikan dia taktahu Ariq mengikut siapa, baik semacam

"Ariq dah makan? Mana mama?" Mata kuning keemasan itu meliar meliar mencari akan sosok tubuh isterinya namun tidak kelihatan

"Mama kat dapur, lapar katanya" Dan tanpa sebarang kata kaki panjang Haziq laju berlari kearah dapur ketika mendengar akan jawapan anaknya, dia tahu apa yang Arissa mahu lakukan

"Sayang!" Hampir terputus uratnya apabila mata itu terpandang akan Arissa yang baru saja selesai membakar roti didalam oven

Arissa hanya memadang suaminya yang jelas baru lepas terjumpa katak itu, satu fakta tentang Haziq Adha yang ramai taktahu, lelaki itu takutkan katak!

"Kenapa?" Rambut perangnya yang sudah mengacau pandangannya diselitkan kebelakang telinga

"Sayang buat apa? Kenapa masuk dapur? Kan abang dah larang?" Soal Haziq seperti jet pejuang yang baru saja mahu berlepas

"Alah abang, Haira nak makan rotilah, lagipun Ariq pun nak. Jadi dari pada Haira susahkan Mak Ijah baik Haira buat sendiri" Cerita Arissa agar suaminya tidak memarahi dia lagi, tubuh tegap lelaki itu didekati sebelum dia meletakkan beberapa keping roti itu diatas kitchen island bersebelahan Haziq sebelum tangan besar itu dikucup lembut

"Abang baru balik? Apa yang suami Haira buat kat pangkalan sampaikan berpeluh semacam ni?" Tanpa segan silu Arissa mengelap lembut peluh didahi lelaki itu dengan tangannya

"Sayang, abang busuklah. Jeneral Ariffin suruh abang commando rest tadi, lemah kepala lutut" Ketawa kecil meletus disebalik bibir merah itu selepas mendengar keluhan kecil suaminya

"Kesian suami Haira ni, penat tak apa nanti abang rest dengan Ari okay?" Lembut nada suara itu berkata sambil tersenyum bahagia

"Ariana ke Arissa?" Senyuman nakal mula terbit dibibir lelaki itu dan terus saja tangan Arissa mendarat pada lengan kiri suaminya laju saja Haziq mengadu kesakitan

"Auch, acuh sayang, sakitlah" Komen Haziq kesakitan, wajah tampan itu sudah berkerut menahan sakit

"Tahu pun! Gatal lagi. Anak dua pun still reti nak mengatal" Bebel Arissa sambil mmencekak pinggang dihadapan suaminya

"Sorry mem, sorry. Patik akan pergi mandi sekarang" Soloroh Haziq lantas berlari untuk menaiki tangga ke tingkat atas

โ€ขโ€ขโ€ข

BALKONI yang terdapat didalam bilik tidur dituju Haziq, sampai saja dia disana sekujur tubuh isterinya menjadi santapan petang ini

"Sayang, buat apa tuu" Terus terkalih kepala Arissa kearah suaminya, bibir mula mengoyakkan senyuman manis khas buat sang suami

"Tak ada, saja nak amik angin petang" Serak suara itu seakan-akan baru lepas menangis, wajah sembam itu sedaya upaya ditutup dengan senyuman namun tetap saja Haziq dapat mengecamnya

"Sayang menangis? Kenapa Menangis? Abang ada buat salah?" Dan sejurus itu kepala Arissa digeleng perlahan, menafikannya

"Taklah, sejak bila Haira nangis, mata masuk habuklah" Mata kirinya digosok perlahan supaya suaminya percaya bahawa matanya masuk habuk

"Arissa Haira, don't lied me, I know you crying" Tegas suara itu menegur tetapi tetap terselit kelembutan

"Haira rindu nenek" Luah Arissa akhirnya, air mata yang cuba ditahan tadi terus mengalir lesu

Laju saja jari Haziq menyekat air mata wanita itu sebelum dipeluk perlahan tubuh kecil itu

"Dah, dah jangan nangis, abang tak suka tengok isteri abang menangis macam ni, abang tak suka tengok isteri abang menangis macam ni, Allah lebih sayangkan nenek" Pujuk Haziq lembut, dibiarkan kepala Arissa menyembam didadanya

Dia tahu pasti wanita itu berasa bersalah kerana dia penyebab utama kematian Puan Fatimah iaitu nenek Arissa dari belah mama

"Kalau Haira tak minta macam-macam haritu, mesti nenek tak mati, mesti nenek masih hidup. Haira penyebab nenek mati" Teresak-esak wanita itu menangis didalam dakapan suaminya

"Shhhh, bukan salah Haira sayang, dah memang ajal nenek tiada siapa boleh halang, Allah dah tentukan ajal nenek" Disuap lembut rambut perang isterinya, dia masih tak putus asa lagi dalam memujuk bidadarinya agar berhenti menangis

"Kalau nenek masih hidup mesti nenek boleh main dengan cicit dia kan? Mesti nenek bangga dengan Haira sebab dapat 10A" Tangis Arissa lagi, kerana masa nenek mati dia baru berusia 6 tahun, kematian nenek kerana dilanggar lori akibat dia meminta gula-gula kapas

Haziq hanya setia membelai dan memujuk wanitanya yang sedari tadi menangis, dia tahu Arissa memang rapat dengan nenek, apa yang mak mertuanya katakan setiap bulan Arissa akan balik kampung kisahlah waktu persekolahan atau tidak

"No one wants the person they love to leave them even if death befalls them, there is no one's fault here because death is certain" Pinggang isterinya dirangkul kemas supaya isterinya tidak dapat mengelak lagi daripada dia

โ€ขโ€ขโ€ข

MELEDAK tawa Haziq ketika melihat dua orang sahabatnya sudah terbongkok-bongkok menyelesaikan masalah negara iaitu bermain catur

"Dah kenapa dengan kawan kau tu Rif? Gila ke apa?" Bisik Daim rapat ditelinga sahabatnya, dan Arif hanya mengelengkan kepala

"Dah terpengaruh dengan anak dia kali" Itu pula yang dikomen Arif setelah membuang pandangan terarah sahabatnya yang sedari tadi menjadi memerhati

"Papa dah gila, buat buat taktahu je" Celah Ariq seraya melabuhkan duduk disebelah kanan Daim dan Arif

Harini Haziq membawa ketiga-tiga kesayangannya masuk pangkalan dan disebabkan itulah Ariq bertungkus-lumus mencari baju loreng bersaiz kecil katanya mahu matching dengan papanya

"Sejak boleh Aria ni, macam ni ek kau sekarang" Laung Arif sedikit kuat agar dapat didengari oleh sahabatnya

Terus masam wajah tampan itu apabila Arif memanggil anaknya Aria

Ini punca dari Daim lah ni panggil Ariana sebagai Aria

"Boleh tak jangan panggil anak aku Aria? Dia Ariana bukan Aria!" Laung Haziq kembali, dia paling taksuka bila Arif terpengaruh dengan Daim yang jelas terbuang tabiat itu

"Biarlah, cantik apa nama Aria? Kau je yang tak nampak, buta!" Selamba badak saja Daim melaungkan kata kata itu buat Haziq, maklumlah pangkat sama

"Kau tulah yang buta, bangang. Anak aku ada kat situ tu, nak mati awal cakap aku tempah keradangan terus" Meledak tawa Arif mengenangkan pergaduhan dua manusia yang jelas berpangkat kapten ini

๐“’๐“ฒ๐“ท๐“ฝ๐“ช ๐“ฒ๐“ฝ๐“พ ๐“ซ๐“พ๐“ด๐“ช๐“ท ๐“ถ๐“พ๐“ญ๐“ช๐“ฑ, ๐“ด๐“ช๐“ต๐“ช๐“พ ๐“ผ๐“ฎ๐“ผ๐“ฎ๐“ธ๐“ป๐“ช๐“ท๐“ฐ ๐“ฒ๐“ฝ๐“พ ๐“ถ๐“ช๐“ฑ๐“พ๐“ด๐“ช๐“ท ๐“น๐“ช๐“ผ๐“ช๐“ท๐“ฐ๐“ช๐“ท๐“ท๐”‚๐“ช ๐“ถ๐“ช๐“ด๐“ช ๐“ญ๐“ฒ๐“ช ๐“ฑ๐“ช๐“ป๐“พ๐“ผ ๐“ถ๐“ฎ๐“ท๐“ฎ๐“ป๐“ฒ๐“ถ๐“ช ๐“ด๐“ฒ๐“ผ๐“ช๐“ฑ ๐“ผ๐“ฒ๐“ต๐“ช๐“ถ๐“ท๐”‚๐“ช ๐“ฝ๐“ฎ๐“ป๐“ต๐“ฎ๐“ซ๐“ฒ๐“ฑ ๐“ญ๐“ช๐“ฑ๐“พ๐“ต๐“พ ๐“ญ๐“ช๐“ท ๐“ผ๐“ฎ๐“ซ๐“ช๐“ซ ๐“ฒ๐“ฝ๐“พ๐“ต๐“ช๐“ฑ ๐“ฒ๐“ช๐“ท๐”‚๐“ช ๐“ญ๐“ฒ๐“ฐ๐“ฎ๐“ต๐“ช๐“ป

-๐“™๐“ฎ๐“ณ๐“ช๐“ด๐“ช ๐“Ÿ๐“ฒ๐“ต๐“ฒ๐“ฑ๐“ช๐“ท ๐“๐“ด๐“พ-

THE END

Maka berakhir lah sudah jejaka pilihan aku yang merupakan series pertama Pilihan Version

Story kalini agak pelik jugak yang kan, sebab semuanya tak masuk dek akal penulisannya

Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau story kalini tidak mengenai setia rasa kalian

Saya juga ingin mengatakan ribuan terima kasih kepada kalian kerana sudi menerima story saya yang entah apa apa ini

Dan sekali lagi terima kasih dan minta maaf kerana kekurangan yang terdapat di story kalini

Dan dengan itu Jejaka Pilihan Aku menutup tirainya

Alhamdulillah

Friday
26 April 2024
11:51AM

Comment