โ€ 32: ๐Š๐ž๐ฆ ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ฐ๐š๐ฌ โ€

Hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Kami akan pergi ke kem buat kali yang kedua tapi hanya pengawas sahaja yang ikut.


Setelah siap berpakaian lengakap pengawas, aku menarik beg keluar dari bilik. Kami perlu berkumpul di dewan sebelum menaiki bas.


"Amani!" jerit Iman.


Aku segera berlari bagi mengelakkan Iman memelukku. Dan, nangka busuk hampir jatuh! Hahhahh sian, sorry Iman.


"Jahat kau ni, Amani!" kata Iman dlm nada merajuk.


"Takde manusia sempurna. Semua orang buat kesilapan. Aku just mengelak supaya belakang aku tak cium jalan tar buat kali kedua," aku berpeluk tubuh.


"Ala sorry la, Amani. Aku gurau jer. Sowwy again. Besides, aku mana boleh lama-lama merajuk dgn kau, nanti rindu," kata Iman sambil memeluk lenganku.


"Yang ni tak rindu ke?" terjah Syafiq yang datang tah dari mana.


Aku dan Iman membuat muka menyampah.
Oh baldi, dimanakah kau saat aku memerlukanmu?


"Ee nak rindu buat apa," kata Iman.


"Sampai hati, Iman," Syafiq mengelap air mata palsunya.


"Mana nak sampai. Hati Iman dekat Syafiq. Cau!" aku berlari ke arah kawan-kawanku.


Iman dah mencebik manakala Syafiq tersengih.


"Woo woo chill ah. Pahal lari ni?" tanya Mai.


"Nothing," jawabku sepatah.


"Eh ahh Amani, aku nak tanya kau haritu, tapi lupa pula. Kenapa kau tak makan sampai 24 jam?" tanya Yana.


Yang lain hanya mengangguk dan setia menanti jawapan yang keluar dari bibirku.


"Saja buat record baru," ujarku selamba.


"Saja?!" jerit mereka bersembilan serentak.


"Iye lah saja," kataku sambil minum air kotak yang dibeli tadi.


"Amani kau tahu tak-" belum sempat Mai membebel aku sudah potong.


"...bahaya, kau ni memang cari penyakit lah. Dah tahu diri tu senang jatuh sakit. Bla bla bla bla..." kataku.


"Tahu pun!" jerit mereka serentak.


"Ee rasa macam ada ramai mak ayah! Uwu..." kataku lalu tergelak kecil.


"Banyak lah kau punya mak ayah," kata Iman.


Aku menjeling Iman.


"Dah jom masuk," aku ditarik Daniesh.


"Huaaaa saya boleh jalan sendiri," kataku.


"Nope. Nak tunggu awak jalan jawabnya sampai tahun depan," katanya.


Aku mencebik manakala kawan-kawanku tergelak.


๐š‚๐™บ๐™ธ๐™ฟ


"Okay so kita berhenti disini dulu untuk solat, rehat dan makan," kata Cikgu Ilyas.


Aku keluar dari bas dan segera ke kedai makan. Lapar lah tapi macam malas nak makan.


"Mana Amani?" tanya Mai.


"Entah dia, tengok-tengok dah hilang," jawab Daniesh selamba.


Mai memukul bahu Daniesh. Dia mengaduh kesakitan.


"Kau pahal, kang hilang bebetul bini kau tu," marah Mai.


Daniesh mencebik dan menjeling Mai.


Mereka pergi solat dahulu dan terus bergerak ke food court. Seketika mereka terlupa Amani.


"Eh haah, mana Amani?" tanya Yana mengingatkan Amani kembali.


Mereka hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mereka sambung makan tanpa memperdulikan Amani. Padahal dalam hati dah risau takut Amani hilang, tapi masing-masing beriak biasa.


Mereka berjalan-jalan untuk mencari Amani. Lagi 20 minit kena masuk dalam bas.


Tidak lama kemudian, mereka terlihat sesusuk tubuh yang sedang duduk sambil menonton drama korea di macbook miliknya.


"Amani!" sergah Mai.


"Eh mak kau jatuh terbang!" latahku.


"Hish kau ni, memang tak reti bagi salam ke?" tanyaku sambil menjeling Mai.


"Yelah, assalamualaikum. Yang kau ni apahal nangis?" tanya Mai pelik.


"Waalaikummussalam. Ni ha beb, layan drama korea," kataku.


"Ohh," kata mereka.


Seketika kemudian, tiba-tiba ada part yang 'kissing' muncul. Aku segera menutup macbook milikku.


"Dah jom," kataku.


"Ishh kau ni, apahal tutup? Aku nak tengok sambungan dia," kata Iman dalam nada merajuk.


"Engkau ni ada kat sini juga aku WWE kang. Tak nampak ke part apa tadi?" bisikku.


"Iye lah fine. Dah jom," Iman menarikku.


"Ishh takyah ah tarik. Aku boleh jalan ah," aku segera melepaskan pegangan Iman.


"Amani, kau dah makan?" tanya Mai.


"Erkk... ermm... dah!" jawabku tergagap.


"Sure?" mereka memandang tajam ke arahku.


"Fine, aku tak makan lagi," kataku.


"Amani!" jerit mereka.


Aku menutup telinga dgn kedua belak tapak tangan.


"Iye saya tahu lah makcik pakcik sekalian. Kejap lagi, anak saudaramu ni makan lah," perliku.


Kami segera bergerak ke bas tapi sepanjang perjalanan diorang asyik membebel. Nasib dah pasang earpods awal-awal.


๐š‚๐™บ๐™ธ๐™ฟ


"Alhamdulillah kita dah sampai. Semua boleh berkumpul di dewan dahulu ye," kata Cikgu Amirah.


Kami berkumpul di dewan sementara menunggu yang lain.


"Assalamualaikum," kata seorang lelaki di atas pentas.


"Waalaikummussalam," jawab kami yang dibawah ni.


"Okay jadi kat sini kamu semua akan dipertanggungjawabkan kepada abg-abg dan akak-akak faci. So first, nama abang Rayyan Haiqal boleh panggil abang Yan. Ni semua abg-abg dan akak-akak faci total ada 12 orang utk jaga korang. So ini..." bebel Abang Yan.


Setelah mendapat bilik, kami bergerak ke dorm masing-masing. Aku sebilik dgn Mai, Iman, Yana, dan Puteri.


๐š‚๐™บ๐™ธ๐™ฟ


Malam pun menjelma. Setelah solat Isyak dan makan malam, kami harus berkumpul untuk menjalankan aktiviti pertama malam ni.


Yang pastinya bukan night walk sebab night walk esok malam and yes tak sabar nak tunggu esok!


"Okay jadi malam ni kita akan main 'true or dare'. Akan ada satu kotak untuk setiap kumpulan dan setiap sorang kena ambil satu kertas. Dalam kertas tu ada 3 soalan untuk true. Kalau kamu rasa takleh jawab soalan tu, kamu boleh buat dare yang diberikan. Abang Yan akan bacakan kumpulan kamu," terang Abang Yan.


Setelah Abang Yan membaca ahli kumpulan, kami bergerak duduk di kumpulan kami. Satu kumpulan mengandungi 15 orang.


Kumpulan kitorang, 10 orang adalah kami manakala lagi 5 ialah Emy, Syaza, Maya, Mel dan Alya.


"So first of all, lantik ketua. Second of all, lantik penolong. Third of all, kita akan start main," kataku.


"Ala mestilah Daniesh ketua dan Amani penolong. Korang kan ketua dan penolong pengawas," kata Syafiq.


Yang lain hanya mengangguk setuju kecuali Emy, Maya dan Syaza. Mereka menjeling aku namun aku hanya mengendahkannya.


"So this is the box and ketua start dulu," aku memberi kotak kepada Daniesh.


Daniesh mengambil kotak itu lalu mengambil sehelai kertas dari dalamnya. Dia membaca apa yang tertulis di atas kertas itu.


"Amacam?" tanya Aiman.


"3 soalan sebagai true. Pertama, pernah sayang someone tak? Kedua, sayang dia sepenuh hati? Ketiga, boleh bagitau huruf depan nama dia?" kata Daniesh.


"Dare dia apa?" tanya Zafran.


"Dare dia, peluk orang yang paling anda sayang antara ahli kumpulan," jawab Daniesh.


Daniesh memandang ke arahku. Aku menggeleng kepala.


"Kau nak true ke dare?" tanya Syafiq.


"True jerlah, Emy and the gang ada kat sini. Si Mel dgn Alya pun ada. Please..." bisikku pada Daniesh.


"Okay tapi balik saya nak peluk awak puas-puas," kata Daniesh.


"Iye nak peluk ke apa ke kat rumah lah," kataku.


"Eyy nak sweet lain kali, sekarang kau nak true ke dare?" tanya Mai.


"True jerlah," jawab Daniesh.


Aku mengambil kertas Daniesh lalu membacanya.


"First, pernah sayang someone tak?" tanyaku.


"Pernah," jawab Daniesh.


"Second, sayang dia sepenuh hati?" tanyaku lagi.


"Sayang," jawabnya.


"Third, boleh bagitau huruf depan nama dia?" tanyaku.


"A," jawabnya lagi.


"Kenapa dia kata A? Patutnya dia kata E lah kan nama you E," bisik Maya.


"Biar dia. I tahu macam mana nak ajar dia," jawab Emy sambil tersenyum sinis.


"Next, Amani," kata Mai.


Aku mencapai kotak lalu mengambil satu kertas. Mataku membuntang apabila membaca soalan dan aku menepuk dahi.


"Kenapa Amani?" tanya Puteri.


"Soalan dia macam nak masuk meminang," jawabku perlahan.


"Soalan dia apa?" tanya Yana.


"First, target nak kahwin umur berapa? Second, dah ada calon suami/isteri? Third, nak anak berapa?" kataku.


Mereka tergelak manakala Emy and the gang masih blur.


"Dah aku buat dare jerlah," kataku.


"Kenapa you tak jawab jer soalan tu? I nak tahu juga, lelaki mana yang nak dgn you," kata Emy sinis.


"Ada jer orang nak dgn aku. Aku nak jer jawab tapi kesian dekat kau," jawabku sinis.


"Apa dare dia?" tanya Mai yang masih dgn sisa tawanya.


"Nyanyi sebuah lagu English," jawabku.


"Nyanyi lah," kata Iman.


"Jap aku ambil gitar," kataku.


Aku bangun dari duduk dan menuju ke dorm. Setelah mengambil gitar, aku kembali ke tempat kami berkumpul.


"Yeay, Kak Amani nyanyi sedap. Patutlah ada orang tu jatuh cinta," kata Mel sambil memandang Daniesh.


Mukaku berona merah akibat malu. Mel ni memang nak kena tau.


"Okay, you can go ahead," kata Emy sinis.


Aku memetik gitar sebelum menyanyikan lagu 'I like you so much you'll know it by Ysabelle Cuevas'.


I like your eyes, you look away when you pretend not to care~
I like the dimples on the corners of the smile that you wear~
I like you more the world may know but don't be scared~
Cause I'm falling deeper baby be prepared~


I like your shirt I like your fingers love the way that you smell~
To be your favourite jacket, just so I could always be near~
I love you for so long, sometimes it's hard to bear~
But after all this time, I hope you wait and see~


Love you every minute, every second~
Love you everywhere and any moment~
Always and forever I know I can't quit you~
Cause baby you're the one, I don't know how~


Love you till the last of snow disappears~
Love you 'til a rainy day becomes clear~
Never knew a love like this, now I can't let go~
I'm in love with you and now you know~


I like the way you try so hard when you play ball with your friends~
I like the way you hit the notes in every song you're shining~


I love the little things, like when you're unaware~
I catch you steal a glance and smile so perfectly~


Though sometimes when life brings me down, you're the cure my love~
In a bad rainy day, you take the worries away~


Love you every minute, every second~
Love you everywhere and any moment~
Always and forever I know I can't quit you~
Cause baby you're the one I don't know how~


In a world devoid of life, you bring colour~
In your eyes I see the light, my future~
Always and forever I know I can't let you go~
I'm in love with you and now you know~


I'm in love with you and now you know~


Kedengaran bunyi tepukan gemuruh dari belakang. Semua murid, guru dan abang akak faci dibelakang.


"Wah, sedap Amani nyanyi. Nanti sebelum balik, boleh lah Amani belanja satu lagu," kata Abang Yan.


"Hehe, boleh jer. Thanks," kataku.


"Okay so dah malam ni, semua boleh masuk tidur," kata Abang Yan.


Kami bersepuluh berjalan masuk ke dorm. Tiba-tiba, bajuku ditarik dari belakang.


"Oh mak kau jatuh tergolek!" aku hampir terjatuh.


"Akak ni, Akak Amani kan?" tanya budak yang bertag 'Lara' itu.


"Haah, Akak Amani. Kenapa?" tanyaku pelik.


"Saya ada benda nak bagitau akak ni," katanya.


"Abang-abang akak-akak sekalian, beh tak saya pinjam Akak Amani sekejap. Please..." dia membuat muka comel.


"Boleh tapi jangan lama-lama," kata Mai mewakili semua.


"Okay, jom akak. Kita pergi sana," Lara menunjuk ke arah pondok yang tidak jauh dari dorm kami.


"Hah kenapa Lara? Macam benda penting jer?" tanyaku.


"Macam ni..."


To be continued...
โ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽโ™ฅ๏ธŽ
Part 32 done!! Sorry lambat update, harini busy sikit and internet problem. In Syaa Allah sis update lagi satu kejap lagi~
Keep support and enjoy!


From author,
princessbatrisyia,
24 Julai 2021๐Ÿ’“

Comment